Hari kedua bermula dengan ke-bangkit-an yang penuh bergaya. Memandangkan waktu di Thailand satu jam lebih lambat daripada di Malaysia, maka beginilah keadaan Bangkok pada jam 6.50 pagi. Gambar ni aku ambil dari tingkap bilik hotel kat tingkat 44.
Sepatutnya berkumpul untuk breakfast pada jam 8.30 pagi. Tapi, since aku dan roommate dah siap awal, maka kitorg decided untuk turun dan usha2 line kat area swimming pool & taman kat tingkat 27.
Lepas breakfast dan berkumpul, kami naik van tour untuk ke destinasi lawatan pertama. Kuil...... (lupa nama & tak tahu camne nak eja). :D
Biasalah, tempat-tempat agama ni, kena lah ada respect skit kan? So as the situation bila mat salleh datang melawat masjid kat Malaysia ni. Pakaian kena sopan. So, antara yang dilarang ketika masuk ke Wat / Kuil kat sana adalah memakai topi / cap. Kasut pun kena buka.
Jalan-jalan & pusing-pusing, ternampak pintu gerbang ni. Sama macam kat Petaling Street kan? Tulisan je lain. Diorang nyer version of China Town.
Pergi melawat Wat lagi. Kali ni besar sikit. So, ada lah patung-patung 'jaga' sekali.
Sebagai bukti yang aku memang ke Thailand, maka kenalah bergambar dengan bendera Thai. Chehe!
Then, on the way keluar dari situ dan menuju ke arah van tour, aku sempat membeli satu benda yang dah tak ada lagi di Malaysia. Air botol kontur Fanta. Perisa strawberry. Hahaha! Botol tu, aku simpan bawa balik sini, as a collection. Then, menuju ke satu lagi destinasi, Royal Palace. Time tu dah la matahari dah meninggi, dengan hausnya lagi, penat berjalan... sebab tempat tu sangatlah luas. :)
Bak kata orang, "Kuman seberang laut boleh nampak, Gajah depan mata tak nampak". Itulah dia. Aku tak pernah lak bergambar dengan guard Istana Negara kat KL pun... tapi kat Bangkok dah sudah!
Tengah hari, singgah makan di riverside. Makan atas kapal. Takdelah besar sangat pun. Then, bila dah kenyang baru best lambung2 dipukul ombak Sungai Chao Praya. Dulu-dulu tau pasal sungai ni pun sebab belajar Geografi dan sejarah. Tu je.
Banyak jugaklah air sungai yang tak berapa nak jernih tu melekat kat muka ni.
Balik Hotel. Ada masa untuk bersiap2 dan mandi. So, we all decided to go for swimming, yang mana peristiwa hampir meragut nyawa berlaku.
Memandangkan kolam berada di tingkat 27, maka angin yang kuat tu memang suatu yang menarik; dan membahayakan. So, tengah2 syok berendam, angin kuat pun datang. Payung besar tu pun leh lak terbang dengan lajunya ke arah aku yang kat dalam kolam tu. Nasib baik la ada pokok palm yang menahan, dan batang kayu payung itu pun terhenti mengejut hanya beberapa jengkal daripada pipi kanan aku yang kacak ini. Huhuu.
Syukur pada Allah, aku panjang umur.
:) Nanti sambung lagi. Ada kisah Bangkok: Rempit Style.
NUke
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
nice bro! bilalah nak merasa pi overseas ni.hehehe.moga rezeki bertambah-tambah lepas ni, bro!
pic no.3 is great, tp rasanya klu amik waktu mlm lg cantik kot.
ada nmpk fairy lights tergantung kat pokok, background city lights- pergh!!!
thank you! takpe, insyaallah lpas2 ni adalah rezki kalian pergi mlawat ngara org! seronok!
Ri:
hahahah. tu dia... komen drpd sorg professional photographer!!
Tahniah, sampai jugak awk ke Bangkok, ye? Sy ke situ lebih 11 thn dulu. Wat tempat awk bergambar tu tak silap namanya Wat Phra Keaw.
Tapi 1 thing, sy tak perasan pulak ada guard kat Royal Thai Palace tu. Klu tak nak jgk merasa gambar dgn mamat tu. Tapi lepas ni klu ada rezeki & $$ lebih, try ke London, ambik gambar dgn guard Buckingham Plc plk. Memang cantik & hensem, changing of Guards 4X weekly jam 1130am. Anyway byk jgk istana lain sy dah set foot (Versailles, Neuschwanstein, Schonnbrunn, Heidelberg, Edinburgh, Inverness, Holyrood Plc, Balmoral, Stirling, Warwick, Salzburg, Rome, Madrid, Bratislava, Vatican etc.), tapi still guard paling segak & tampan is in Buckingham, UK.
P/S : Kalau awk nk tngk gmbr2 istana ni, jgn segan2 add fb saya, exactly ikut nama sy.