Malam tu, kami dijadualkan untuk ke Siam Niramid; satu teater persembahan budaya yang diiktiraf oleh Guiness Book of World Records sebagai teater paling tinggi di dunia. Well, memandangkan persembahan tu bermula jam 8.30 malam (siap dengan makan malam), maka bos decided utk gerak keluar dari hotel jam 6 petang.
Satu langkah yang bagus memandangkan Bangkok ni sangatlah teruk kesesakan lalu lintasnya.
7.50 malam. Kami masih lagi tak sampai separuh perjalanan. Menurut tour guide yang jaga kitorang, "This is the worst traffic jam in the past 10 years." Rasanya ada eksiden kot. Then, bos mencadangkan half of the team should take the Motorbike-taxi. So, at least dah sampai sana, leh reserve kan seats untuk yang lain2. All the guys naik motor rempit. Cuma sorang perempuan yang berhati kental saja menyertai kami.
Komen: Aku masih panjang umur (lagi) sebab tak terjatuh or terlanggar apape or kereta or bas sepanjang pe-rempit-an itu.
Memandangkan dalam teater tu takleh nak bawa masuk kamera, so tiada lah gambar. Pun begitu, selepas persembahan tamat, pengunjung diberi peluang untuk memberi makan kepada gajah. 20 Baht je pun, belu tebu, then hulur la kat gajah. Ade ke patut gajah tu nak molest aku punya belalai jugak!?? Cis!
Balik semula ke hotel lepas dah penat2 bersuka ria. Decided to go to the SkyBar yang located at 55th Floor. Huiyoo. Gila tinggi dan cantik pemandangan Bangkok time malam2 ni. Gambar tak berapa nak clear sangat, but untuk tak menghampakan semua, aku letaklah gambar tangga2 skybar yang cam-cool saja ni!
Day 3: Shopping day. So-called shopping.
Pagi. Naik Skytrain from Siam Central to Mo Chik. Yang mana ada taman Chatunchak tu. Beli lah 3 4 baju skit. 8 9 fridge magnets, 2 3 selendang sikit, dan 1 tin air Sprite sebagai penghilang dahaga.
Tengah hari. Balik hotel. Kemas-kemas barang. Pack-up. Mandi lagi. Lepak Central World mall kejap. Makan, window shopping. Chocolate shopping sikit. Berkumpul. Naik teksi pergi ke Airport.
So, goodbye Bangkok, and again, we flew back to KL with Malaysia Airlines.
Sampai KLIA jam 10.50 malam.
Bangkok Trip
28-30 July 2011
NUke
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
seronok
kalau betul2 dapat pergi
kumpul la duit. pastu pergi bercuti
:)
hmm.. naik gajah x sempat!!