Kisah bersiri Aidilfitri: Butang Baju & TV LCD



BATANG PADANG, 28 Ramadhan 1432H – Sekeluarga daripada keturunan Wan Ngah Bedah didapati selamat tiba di kampung milik warisnya itu dengan menaiki sebuah Perodua Myvi, dan sebuah Perodua Kelisa. Menurut salah seorang daripada mereka, Noorjehan (bukan nama sebenar), mereka tiba dengan perasaan penuh girang walaupun sebelum itu perjalanan mereka terpaksa ditangguhkan kira-kira 30 minit dek kerana mencari butang baju melayu di gedung pakaian Hari-Hari. Walaupun tidak berpuasa dengan mengisytiharkan dirinya sebagai musafir, cubaan Noorjehan untuk mendapatkan ‘Corn-in-a-Cup’ gagal, setelah permintaannya ditolak mentah-mentah oleh ahli keluarga yang lain. Dia, bagaimanapun berjaya untuk tidak berpuasa selama 7 hari pada Ramadhan kali ini.

Turut bersetuju dengan kenyataan itu adalah pemilik Myvi Biru, Noorsyakimah (bukan nama sebenar), katanya “…haritu dia tak bagi tahu (kepada) aku! Ini sudah last-last minit baru terhegeh-hegeh nak cari butang baju melayu!”. Ternyata kenyataan amarah itu ditujukan kepada salah seorang saudara lelaki yang menyertai misi balik kampung itu – Nuke Rude.

Encik Nuke Rude apabila mahu diminta komen tentang perkara ini enggan mengulas lanjut. Mungkin dek kerana malu dan terkedu.

TV LCD Pengubat Duka?

Dalam kes yang lain, Puan Rabiah (bukan nama sebenar) berkata, “Harapnya Aidilfitri kali ini akan lebih bermakna dengan adanya TV LCD Toshiba” yang dibeli oleh salah seorang anak lelakinya itu. Dia menambah, “bukan apa, TV di kampung ni tak clear sangat.

Rabiah, 59 teruja untuk menonton rancangan-rancangan raya di televisyen, namun, semua itu mungkin terpaksa dilupakan disebabkan hanya stesen tv Al-Hijrah saja yang clear di kampung itu. Encik Mahmod (bukan nama sebenar) menambah “Di kampung ni susah sikit. Nak kena guna aerial tinggi (bumbung) baru clear. Kalau guna aerial dalam rumah ni, memang kabur.” Rabiah kelihatan pasrah dengan situasi yang berlaku.

Difahamkan aerial bumbung di kampung itu sebelum ini musnah dalam kejadian ribut petir.

Bersambung...

NUke

1 Comment:

  1. Ri said...
    aisey..
    klu tau nukie tkde butang baju melayu ari tu, sure ri dah singgah opis bg hadiah!

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.