BATANG PADANG, 29 Ramadhan 1432H - Setelah pasrah dengan keadaan siaran televisyen yang tak seberapa itu, Rabiah meneruskan rutin hariannya sebagai seorang ibu, isteri, dan menantu di kampung Wan Ngah Bedah itu. Dalam perkembangan lain, NUke Rude yang bergembira dengan butang baju melayu itu tersentak daripada lamunan dan keselesaan.
Semuanya gara-gara dirinya yang baru sahaja tersedar yang dia masih tidak memiliki Songkok! Hal ini dipanjangkan kepada Noorsyakimah dan Noorjehan. Sama seperti sebelumnya, Noorsyakimah sekali lagi berang dengan kecuaian adiknya itu. Dia menambah, "...Hish! kau ni memang macam-macam la! Semalam butang baju melayu, hari ni songkok pula!"
Mereka kemudiannya bercadang untuk ke TESCO Kampar, dengan harapan dapat menemui songkok pilihan. Perjalanan menaiki Myvi Biru itu turut disertai oleh Nurhidayah (bukan nama sebenar), Noorjehan, dan juga Faris Rezky (bukan nama sebenar). Sejurus tiba di TESCO, mata melilau mencari songkok, namun apa yang ditemui hanyalah kordial RutBir F&N yang berharga RM6.99. Noorsyakimah & Nurhidayah kemudiannya leka memilih produk kecantikan, bagi menghilangkan kesan parut jerawat; sungguhpun muka mereka tidak nampak celanya.
Songkok Dijual di Tapah?
NUke Rude ketika ditemui di sini berkata, "Kami terpaksa singgah sebentar di Tapah untuk mencari songkok. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan juga hikmah bulan Ramadhan, saya temui songkok di sebuah kedai buku Islamiah berhampiran dengan Maxis Center; bertentangan dengan bank CIMB."
Dia yang berbaju robot bersaiz sedikit ketat dan berseluar 3-suku bagaimanapun sempat melondehkan sedikit seluarnya sehingga menutupi lutut sebelum masuk ke kedai songkok tersebut. Dan bila ditanya berkenaan dengan hal itu, dia enggan mengulas lanjut.
Malam Raya Menjadi Huru Hara?
Suasana malam raya menjadi kelam kabut setelah Rabiah menyedari akan baju melayu suaminya, Mahmod tidak berada di dalam almari di kampung. Dia yang cemas dengan situasi itu segera menelefon anak lelakinya yang masih di Kuala Lumpur, Mohd Ridzwan (bukan nama sebenar) untuk sama-sama memeriksa baju melayu itu di bilik persalinan. Semua ini berlaku gara-gara Mahmod yang begitu yakin akan baju melayunya itu berada di rumah kampung.
Mahmod ketika diminta mengulas lanjut mengenai perkara ini hanya mampu tersengih.
Bersambung...
NUke
2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
ayah- terlepas pandang satu suit baju melayu
hmm.. meeeeemang anak ayah! haha!
but i'm sure they all love you both anyway :)