Yeah. Aku adalah bekas penuntut di Kolej Matrikulasi Melaka. Ataupun dikenali dengan nama KMM. Orang lain kata, budak2 KMM ni poyo. Sebab apa? Sebab results matrikulasi kitorang selalu gempak2. Ramai yang skor 4.00. Tapi, aku takdelah skor 4.oo pun. Jadi, aku tak poyo.

Orang kata budak2 KMM ni pandai2. Padahal semua tu terletak kepada pemikiran kita sendiri. Kalau kita rasa pandai, maka pandailah kita. Kalau rasa tak pandai, maka tak pandai juga jadinya.

Orang kata budak2 KMM ni cantik2 dan hensem2. Yang itu, aku setuju lah kot. haha.

Haritu, pergi kenduri kahwin budak ofis kat Melaka. Kebetulan pula dekat dengan Masjid Tanah, maka aku ajak member aku sorang tu singgah kat KMM kejap. Amik-amik gambar. Dah lain dah KMM ni. Tak macam zaman aku dulu. Hm.

Terkenang pula cluster C yang jauh di belakang sana. Terkenang pula peristiwa mandi di tandas dewan kuliah sebab takde air. Terkenang pula lambakan ulat gonggok kat KMM tu. Terkenang pula mesin ATM yang terletak kat sebelah pondok guard.

Terkenang pula kenangan dengan arwah roommate yang dipanggil Ustaz.

Terkenang pula kisah perpisahan cinta, dan bermulanya tabiat dan hobi baru iaitu bermain skuasy.


NUke

4 Comments:

  1. Ri said...
    kenangan :)
    Joey said...
    i never got to go to kolej matrikulasi.

    some bad choice that i made. otherwise, i could be a doctor. or even play snow in UK. lol.
    Unknown said...
    lambakan ulat gonggok???????!!!!!!!kenapa ada byk ulat gonggok??
    Unknown said...
    lambakan ulat gonggok???????!!!!!!!kenapa ada byk ulat gonggok????...

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.