Saja nak menjalankan survey2 ni. Seperti yang korang leh tengok kat bahagian Polls sebelah kanan blog ni, sila ambil bahagian dlm survey blog Nuke Rude ya.

Saja nak tau, siri novel mana yang korang suka.

=)


Ku Ampunkan Cintamu
Siri debut kat laman blog ni, mengisahkan 2 sahabat yang tidak pasti bagaimana pengakhiran cinta mereka. Seorang itu merupakan biseksual yang meminati rakan sendiri, yang mana seorang lagi itu masih naif dan hanya secara perlahan menerima perilaku songsang yang diaruhkan oleh si pemendam rasa. Siapa yang kecewa akhirnya? Mungkinkah si gadis, teman istimewa?


Pe'us
Sambungan dari siri pertama; namun dari perspektif adik si gadis yang menjadi mangsa cinta terlarang 2 jejaka. Bertemu semula dengan bekas kekasih yang kini merupakan teman hati seorang sahabat yang baru dikenali. Menerusi laman sosial, dia akhirnya akur dengan nasihat lelaki itu yang tidak mahu si gadis keliru - atas cinta waktu dahulu, dengan cinta yang dimilikinya kini.


Ku Ampunkan Cintamu 2
Lanjutan daripada siri debut. Menyaksikan ketidak-tulusan cinta terlarang. Kompleksiti menjadi tunjang utama jalan cerita. Konflik semakin memuncak pabila rakan sekelas turut memendam rasa dan menjadi saksi kecurangan yang berlaku. Jalan lama dipilih, atau jalan lurus menjadi pedoman?


Jasmyn
Terperangkap antara jinjang pelamin dan cinta pertama, sukar sekali bagi si gadis mentafsirkan satu baris ayat sang lelaki. Dan dari situ bermulanya 'flashback' segala kegembiraan, kekecewaan, pengubat luka, dan akhirnya membawa kepada penyatuan dua hati. Semua itu mengundang sesal si lelaki yang dahulunya tidak pernah menghargai erti cinta si gadis.


Selamat memilih.

NUke

3 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    yang pentingnya aku dah undi!hehehe
    Unknown said...
    ku ampunkan cimtamu 1&2..
    hahha kenapa pecahkan sedangkan ia menjadi francais.. :p
    NUke_Rude said...
    faizalsulaiman:
    terima kasih! haha.

    tengku:
    hahah. hm, diasingkan sebab masing2 membawa penceritaan dan konflik yang berbeza. :)

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.