Perkataan Nostalgia dan Klasik itu dah terlalu common bila mahu men-describe-kan sesuatu perkara yang sudah menjadi sejarah. Sebab tu aku guna terms 'Aku Dah Rasa Tua' untuk segmen terbaru kat blog ni.
It was way back in 1998. Time tu aku Darjah 5, setelah berjaya melompat katak kelas bersama-sama Asyraf Yaakub, Muhammad Haziq Abdul Haiyee, Ahmad Fauzul Adzim, dan juga Ahmad Ridhwan Hassan. Aku satu kelas dengan Muhammad Haziq.
Time tu, aku ingat lagi; bila dah penghujung tahun; satu fenomena dan senario luar biasa berlaku di SKSTB. Budak-budak semua sibuk mahu bermain yoyo. Ini semua gara-gara iklan dan komersil Pro-Yo!
Kiranya, sapa yang ada Pro-Yo memang dah hebat dan up-to-date. Dulu-dulu, walaupun harganya RM19.90; tapi, bagi budak sekolah yang pakai uniform biru (sebab aku jadi pengawas disiplin) macam aku ni... Besar wooo amount RM19.90 tu. Brape banyak kali boleh main tikam-tikam and menang coklat atau pistol mainan yang ada belerang tu. Dan ketika itu, aku cuma mampu memasang niat untuk memiliki Pro-Yo.
Sehinggalah penghujung tahun 1999. Lepas habis UPSR, ada lawatan kelas PEKA 21 ke Pulau Langkawi. Time tu, ibu bagi aku duit poket sebanyak RM30 sahaja. Dan aku menyerahkan wang itu kepada Cikgu Zainal Abidin yang pakai kopiah tu untuk simpan. Sebab apa? Sebab takut terbeli benda yang bukan-bukan and entah apape kat Langkawi. Hari terakhir di sana baru aku minta balik duit aku tu; dan beli lah jajan and key-chain bentuk penyu or burung helang.
On the way balik KL (naik bas sekolah), barulah rasa macam mewah sebab masih ada duit yang banyak. Then, nak di jadikan cerita; bas sekolah tu berhenti kat stesen minyak BP untuk isi minyak. Dan aku, bukan main gembira lagi sebab dapat beli PRO-YO !! ! ! ! !
Aku punya Pro-Yo, lebih kurang yang macam ni lah.
(Dulu2, Pro-Yo ada jual kat BP je.)
Ada juga kawan-kawan aku yang lain beli.
Balik sekolah; since UPSR pun dah habis, maka bermainlah kami Pro-Yo itu. Belajar skill yang macam2 through manual yang disediakan. Antara yang aku ingat... 'Walk the Dog' dan 'Round the World'. Mula lah berlawan2, tunjuk sapa lagi hebat.
So, bila aku dah tiada mood untuk berPro-Yo...?
Bila tali yoyo tu dah putus. Abang aku punya pasal. Lepas tu, dia pulak beli Pro-Yo... setelah aku punya dah jahanam.
At the same time, aku ada permainan lain! Nanti aku cerita...
Gambar: Sumber Google.
NUke
dalam topik : RasaTua
3 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
penah main yoyo ada lampu tu.tatau nama apa. main2 mcm tu je takde sampai leh lipat2 ngan skill2 yg leh membuatkan budak pompuan ter-uja!hahaha
aku ske gasing!
bila tak reti main, aku salahkan yoyo.
jadi aku beli dan beli lagi, sampai aku bosan nak beli dah.