Result SPM dah diumumkan dan dah keluar. Jadi, siapa-siapa yang dapat keputusan yang cemerlang, sila lah bergembira seketika ya! Dan yang tak berapa nak cemerlang, it's okay. It's not like the end of the world; eventually, lepas ni akan ada yang sambung belajar di peringkat Sijil, Diploma, or matrikulasi. Lepas tu sambung Ijazah Sarjanamuda, then so on...

Hidup ibarat jadual yang telah ditentukan oleh sesuatu yang bergelar 'sistem'.

Pengalaman aku ambil keputusan SPM mungkin tak banyak beza dengan orang lain. Since, sekolah aku terletak somewher 300 km away dari rumah, maka ibu ayah aku takda lah rajin nak mengangkut aku ke sana semata-mata untuk ambil keputusan. Lagipun, time tu aku rasa memang aku nak pergi amik keputusan dengan kawan. So, sehari sebelum itu, aku ke Ipoh, ke rumah Ahmad Faisal; rakan sekelas aku time Form 4.

Cuak, gemuruh, kecut perut... semua perasaan tu aku rasa tatkala pagi hari result-SPM-keluar. Tak sabar pun ada. At the same time, masing-masing tak nak ambil keputusan tu dulu. Semua menolak-nolak sesama sendiri untuk ke depan dewan menghampiri meja yang tersusun lurus dengan barisan cikgu-cikgu yang duduk di belakangnya.


Ni slip SPM time zaman aku dulu-dulu. Dah dapat result ni, baru boleh certified blogger!

Gamble lah! Tawakal saja. Keputusan pun dah ada. Itu semua adalah usaha aku selama 10 tahun bergelar pelajar since Darjah 1. Ini lah kemuncak zaman persekolahan. Di mana kita akan melihat pencapaian kita. Sebelum membandingkannya dengan kawan-kawan. Suatu sistem yang kejam untuk meninggi dan menjatuhkan air muka seseorang... kan?

After all, it's all about your own effort!

Aku agak rindu dengan perasaan tertunggu-tunggu akan setiap kali keputusan peperiksaan mahu diumumkan oleh cikgu kelas. Atau pun, koman-koman aku rindu akan perasaan nervous bila Cikgu Norliah Adom mahu memberikan semula kertas jawapan subjek Maths, ketika di Tingkatan 2 dulu-dulu.

Dan perasaan itu berpindah-pindah kepada generasi muda saban tahun. Dan adik aku merasainya sebentar tadi.

SPM : Sampai Perut Memulas....


NUke

6 Comments:

  1. farhana said...
    Hai budak pandai... =)
    Joey said...
    memang budak pandai

    p/s almost juga ambil spm 1600 km jauh, but i guess my destiny cuma sampai tingkatan 2 saja.
    Faizal Sulaiman said...
    hahahahaha

    terbaik la sijil ko ni weh!!!
    Unknown said...
    ok bila tengok sijil kau, aku bakar sijil aku.

    kbai.
    zixol said...
    bukan budak je neves..

    cikgu yg ngajo ni pon neves jugak..

    kot2 ramai result teruk kene jawab lak dgn pengetua..
    Awie Omar said...
    Penjenamaan Blog aku dapat 8F

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.