Aku agak kagum dengan seorang sahabat; yang masih lagi mewarisi dan mengekalkan budaya masyarakat kita. Yakni bersilat. Dia siap boleh promo kat aku lagi, kot-kot kalau aku nak join Silat Gayong ni. Respon aku, mestilah tersenyum dalam hati.
Silat Gayong tu brader.
Yeap. Walaupun zaman makin maju. Semua dah ada facebook, tapi budaya dan warisan perlu dan tetap perlu dijaga. Aku respek member aku tu. Sebab, aku rasa dalam keadaan dan zaman sekarang yang serba canggih ni, masih ada yang masih mempelajari seni mempertahankan diri tradisional dan klasik.
Silat. Aku tak pernah terfikir pun untuk pakai baju 'uniform' silat warna hitam tu. Ya. Sampai sekarang aku tak pernah pakai sebab aku ni bukanlah peminat seni mempertahankan diri ni. Kalau ya pun aku khusyuk menyaksikan orang bersilat; itu pun sebab pasukan Malaysia ada bertanding dalam mana-mana Sukan SEA, atau Sukan Asia. Tak pasti pula Sukan Komanwel & Sukan Olimpik ada acara Silat ni...? Ada ka?
Yeah. Aku respek. Dengan usia yang tak seberapa muda, masih ada juga dikalangan 'remaja' (cewah) macam aku ni masih mengamalkan dan mempelajari Silat Gayong!
(Kagum...)
NUke
dalam topik : malaysia
6 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
respect jugak...
my anak buah masuk silat gayung kat sekolah dia...kalo ada kat seklah den dulu dah lama den masuk dah. idok ler den masuk PBSM..hehehhe
rawr.
tapi aku malas dengan birokrasi
aku tak tau kalau ko pernah dengar cerita 'anak angkat gayong'
p/s ingat lagi senior tu paksa aku lawan orang yang aku benci time tu. Aku lari sembunyi kat tandas pun dorang carik sampai dapat.
Pendek citer, aku ter'paksa' lawan.
p/s aku rasa sekarang aku tak pandai silat.