Dan memang selalu aku bersalah. Selalu saja mengabaikanmu, meninggalkanmu.

Bait-bait lirik lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir itu senang saja diulang Hafiz. Entah kenapa dia begitu tertarik dan tertangkap dengan couplet lagu itu. Baginya, memang ada signifikan dan maksud yang mendalam - terhadap apa yang telah berlaku antara dirinya dan juga Jasmyn. Lagu Hanyut yang didengari menerusi iPodnya itu segera dimatikan setelah menyedari dirinya sudah sangat menghampiri stesen LRT Wangsa Maju. Dia berdiri dan berjalan perlahan menghampiri muka pintu, langkah awal yang diambil bagi memudahkan dirinya untuk keluar dari koc yang sedikit padat dengan manusia yang baru selesai beraktiviti pada hari Sabtu.

Tren berhenti. Hafiz keluar.

-

Sesekali Jasmyn menoleh ke kiri dan kanan memerhatikan kenderaan yang laju memecut di sepanjang Jalan Genting Klang. Sudah hampir seminit dia menunggu giliran untuk melintas. Berkali-kali dia menekan punat lampu isyarat pelintas jalan. Masih tidak bertukar hijau. Dia sudah terlambat untuk ke Alpha Angle; ingin bertemu dengan seseorang yang dahulunya pernah bertakhta di hati.

'LINTAS'. Isyarat untuk melintas akhirnya bertukar seperti yang diharapkan. Setelah memastikan tiada kenderaan melanggar peraturan, Jasmyn segera melangkah dan melintas.

-

In case that u reach there 1st, just wait for me at the food court.

Teks ringkas dikirimkan kepada Hafiz, menyedari dirinya mungkin terlewat untuk bertemu. Mengenali Hafiz untuk 13 tahun sejak di bangku sekolah menengah, dirinya tidak mungkin akan lewat kerana lelaki itu sangat persis dan mirip Dato' Hamzah, bapanya - yang sangat menepati masa. Mungkin juga sikap itu yang membuatkan Jasmyn jatuh hati dengan Hafiz satu ketika dulu. Jasmyn tersenyum sambil menghayunkan langkah laju.

-

Hafiz?
Jasmyn...?

Minuman dipesan. Tiada niat untuk menjamah makanan. Masing-masing tersenyum dan tersipu setelah 2 tahun tidak bertemu. Kali ini, perjumpaan yang sepatutnya seringkas dan secepat yang diharapkan itu perlu diselesaikan dengan satu matlamat - menyampaikan khabar dan berita, dan kemudian berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang lagi.

It's been a long time kan?
Yes. How are you?
Nothing much. You?
As you can see lah. Macam ni saja. Eh! Minumlah.

Here. Jemputan kahwin I. Untuk you and Farah. I hope both of you can come over to my wedding.
Jasmyn menghulurkan sampul berwarna hijau muda kepada Hafiz. Sampul dibuka dan satu kad berwarna putih kelihatan. Ternyata, perkhabaran yang didengar Hafiz selama ini memang benar. Jasmyn is getting married.

Dengan siapa?
Bila?
Di mana?

Persoalan itu muncul satu persatu di benak fikirannya. Dia seakan-akan tidak percaya akan perkhabaran yang diberitakan sendiri oleh si bakal pengantin - Jasmyn. Sambil-sambil Jasmyn menceceh akan persiapan perkahwinannya itu, fikiran Hafiz entah melayang entah ke mana. Puas di tatap satu persatu muka kad jemputan itu. Setiap baris ayat dibaca. Mencari siapakah jejaka yang bakal mengahwini Jasmyn.

Muhammad Zakaria Bin Muhammad Ghurair.

Rakan sekelas mereka ketika di Tingkatan 3 Bakti.

-

If we love again, I swear (to) love you well. I go back in time and change it; but I can't. So if the chain is on your door, I understand.

- Back To December; Taylor Swift


-End of Part 1-


NUke

10 Comments:

  1. ismael zaharee said...
    Congrats.. dh keluarkan new story (ayat puji)

    Masih terlalu awal untuk aku komen apa2 pasal story line, tp gaya penulisan semakin baik. Aku bukan che'egu BM tau.

    Setia menati ep kedua.. Then baru boleh komen in depth.. =)
    Faizal Sulaiman said...
    teruskan menulis,nuke:)
    zixol said...
    =)
    NUke_Rude said...
    ismael:
    wah! tu dia.. kna tgu part 2 baru boleh komen sejujurnya ya? haha. nway, thank you bro.

    faizalsulaiman:
    insyaallah, kalau pjg umo, sy akan terus menulis.

    zixol:
    =)
    Unknown said...
    saya masih belum terima apa-apa offer...

    *saya nk bewrsara-rozita che wan
    iyllienaz said...
    walawey..new one..syok jugak ni..
    Anonymous said...
    4 bintang. Penulisan yang lebih matang dari segi penceritaan. Dan adegan suspen at the end memang berjaya.. each tima
    Joey said...
    erm. aku konfius. adakah ini cerita betul atau rekaan semata2?
    NUke_Rude said...
    tengku:
    hahah. tawaran berlakon ke? hahaha.

    iyllie:
    haha. thanks! insyaallah, akan siri baru ni akan disiarkan setiap ahad & rabu.

    ano:
    time kasih banyak. 4 bintang daripada brapa ye? haha.

    joey:
    haha. u guess?
    Joey said...
    entahla. aku rasa mcm betul. ialah nampak gambar perempuan tu yang bernama Jasmyn tu.

    Bila baca komen, orang kata new story.

    I guess memori (bukan nama sebenar), bley?

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.