Awas: Kalau takut, jangan tak baca!
When you decided to work in event industry; one thing that you need to really-really realize - that you have sacrifice your own sweet-young-life. And please expect working on public holidays or over the weekends. Aku rasa, itu satu nasihat yang berguna kepada generasi2 muda yg sibuk nak mencari kerja. Ingat pesan aku tu.
So, yeah. Aku kena kerja over the weekend, and also, kena kerja waktu public holiday. Dalam kes ni, agak ringan lah, sebab aku kena kerja time 'Hari Wilayah'.
Pukul 11, aku buka ofis dan mulakan kerja seperti biasa. Sampailah lbh kurang jam 12.30 tengah hari, one of my colleague datang. She's from the accounts department lah. So, takdelah sunyi sangat ofis tu. Aku pun, sambil2 buat kerja, sembang2 lah jugak dengan dia yang sebuk mem-fotokopi beberapa dokumen penting untuk presentation CFO minggu depan. Oh, dia datang atas dasar suka rela. Manakala aku, lebih kepada 'kena kerja'! haha. Tapi, okay apa dapat triple pay!
1.30 petang. Aku cakap kat dia yang aku nak keluar carik lunch kejap. Tak ke mana sangat pun, pergi beli McDonald's saja. Tapau, bawak balik untuk makan kat ofis. Risau jugak aku nak biarkan si kawan sekerja tu sorang2 kat ofis. Dah lah dia tu perempuan. Ofis pulak kat tingkat 3. Kang kalau apa-apa jadi, kan susah.
2.45 petang. Dia punya turn pulak keluar lunch. Katanya, dia pun nak tapau McD. Mungkin terliur setelah nampak aku makan fries McD yang panas2 tu. 5 minit lepas dia keluar, aku pun sambung la mngadap pc, balas2 emel kpd clients. Then, tiba2 aku terdengar bunyik kuat seolah2 macam ada orang tepuk cermin tingkap. Ada la dlm 10 meter di sebelah kanan aku.
Aku toleh la. Takkan la burung eksiden langgar tingkap kot? Haih! Berdegup jantung! Abaikan.
5.45 petang. Kawan aku tu pun dah hampir selesai dengan kerja2 dia. Ada lagi 2 3 files je yang nak kena buat salinan. Tengah2 aku pun nak siapkan kerja, tiba-tiba pulak loceng kebakaran tu berbunyik2. Yang bestnya, bila aku keluar ke bhgn lobi lif, aku dengar loceng kat aras 3 tu saja yang bunyi! Ah! Takpe, abaikan. Masuk balik ofis. Taip emel laju2. Member aku tu pun fotokopi selaju yang mungkin.
Senyap. Takde dah bunyik loceng. Lega. Taip2 emel secara slow-mo. Nak membuang masa.
6.10 petang. Ade pulak bunyik loceng pintu ofis. Sape pulak lah yang main-main loceng ni?? Aku tengok kat depan, takde pulak orang! Pak guard ke yang main2 ni????
"Ira, aku rasa... dia nak suruh kita balik sekarang la...", kata aku.
"Tu la pasal. Aku setuju dengan kau.", Ira sempoi je tinggalkan kerja dia tu, angkut fail-fail bawak ke meja dia dan terus berkemas2.
Aku pulak, make sure report & emel dah siap dihantar, then off pc. 6.45 petang. Aku tutup ofis.
Dalam lif. Aku memberanikan diri untuk menceritakan kpd Ira perihal cermin tingkap tu. Surprisingly, respon dia camni:
"Oh, time kau pergi lunch pun, aku terdengar benda yang lebih kurang juga..."
Floor Display dalam lif dah menunjukkan '0' (Ground Floor). Tapi pintu tak terbuka. Sampailah aku tekan butang < >.
Jahat kan dia!
NUke
dalam topik : kerjaya
8 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
lol
ah, dia juga perlukan hiburan.
:D
baru lah kerja jadi lebih mencabar!
faizalsulaiman:
haha. nasib baik aku berdua.
ray:
hahah.. btul gak! hahah!
ungu:
kalo btul la kan, aku rasa dia mesti terhibur tgk ktorang mnggelabah.
liz:
hahaha. i dont want to know dia la.. huhu
ko patut bersyukur. huhuhu