Okay, someone pernah melakukan kesalahan. Tak kira sama ada pada diri sendiri, orang lain, Tuhan, atau pegangan agamanya. Prinsip yang selama ini menjadikan dia adalah dia, kini sudah dilanggar. Terlebih batasan, dan akhirnya memakan diri.

Berlaku penyesalan di situ.

Isi hatinya mula berniat untuk kembali kepada kebenaran, kembali kepada pangkal. Dan juga kembali kepada jalan yang lurus.

Tapi, tidak selalunya jalan itu akan lurus. Sesekali akan ada selekoh dan beloknya juga. Dan ketika itulah kita perlu menjadi lebih waras. Dan gerak hati menjadi penting, bagi memastikan langkah pemulihan yang diambil itu akhirnya membawa hasil yang diinginkan.

-

Aku. Pernah memberi nasihat. Secara sarkastik, obviously. Tapi aku juga tahu yang kadang kala, aku juga perlukan nasihat. Sebab seperti yang aku katakan, tak semua jalan itu lurus. Dan gerak hati aku juga meragui pilihan yang ada.


(Menginsafi diri...)


NUke

5 Comments:

  1. Sky0ne said...
    sama la dgn aku pun..kdg2 selalu menasihatkan org, tp ada certain masa, aku juga buat kesalahan serupa
    Unknown said...
    okay. kau berfikir wajar. aku suka.

    jalan belok ke, lurus ke, mahupun jalan mati; semuanya adalah sebahagian proses kehidupan.

    nikmati kesilapan yang kau dah buat, dan hargai pengajaran yang kau dah dapat.
    zixol said...
    sik pa..manusia tu kan saling memerlukan..bila kita nasihatkan org lain,scr xlangsung kita nasihat diri sendri jugak...

    apa maksud sarkastik?
    NUke_Rude said...
    skyone:
    ye bro. kita manusia. kadang2 tu mmg giliran kita utk ditegur.

    ungu:
    seriusly, aku suka opinion ko yg terakhir tu. ada point di situ.

    zixol:
    stuju bro. sarkastik tu, lbh kepada poyo la. aku takkan beri takrifan secara mudah dan terus-mnerus. sbb ade sstgah perkara tu, elok diketahui atas inisiatif sendri.

    sarkastik kan?
    zixol said...
    ye..sgt sarkastik.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.