Heh! Sekali sekala kena jiwang. Walaupun itu bukanlah sifat aku secara natural di dalam dunia blog, tapi, sesekali dengan si dia, feeling jiwang tu terlepas juga! Haih! Gatai noo nak kawen aih!

Tidak lah. Bukan aku yang nak kahwin. At least bukan dalam masa yang terdekat ni la kot. Nak kena stabilkan diri dari segi mental, fizikal, rohani, dan kewangan. Bila badan da betul2 terserlah six-pack nya, barulah boleh ready nak kawen! Barulah larat nak angkat isteri bawak ke bilik tidur! Haha! Imaginasi liar. Tapi, apa-apa pun, kewangan tu kena standby jugak. Nak kahwin ni bukan boleh tangkap muat saja. Kalau boleh, elaklah berhutang dengan sapa-sapa semata-mata untuk selesaikan urusan kenduri kahwin.

Zaman sekarang ni, kalau takde RM10 ribu, jgn la mimpi nak bercakap pasal kahwin. Apatah lagi kenduri-kenduri bagai. 10 tahun akan datang.. mungkinkah perbelanjaan itu akan double? Wallahu'alam.

Perkahwinan Idaman aku? Hm, mestilah berkahwin dengan si isteri yang berpegang utuh pada ajaran agama. Se-rempit-rempit mat rempit pun, jauh di sudut hati, mesti dia nak kahwin dengan wanita yang beriman, so isteri dia tu nanti boleh jadi ustazah pada anak-anaknya. So, tengok, betapa pentingnya pegangan agama dalam kehidupan berumahtangga. Cewah!

Then, nak yang pandai masak! Supaya aku berjimat. Tak yah nak membazir asyik makan kat kedai mamak je. Dahtu, aku ni dah la suka makan. Tapi sayang... belum tiba masanya lagi untuk aku betul2 menjadi berat! Jadi, diharapkan dgn penyeri rumah tangga yang suka memasak nanti.. akan 'taff' lah aku!

Then... hm. ape lagi? Nak live-stream kenduri kat blog ni.. boleh? Baru lah style!


NUke

4 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    woh

    persandingan mcm ko buat v log ko tuh.muehehehehehehe

    kumpul harta dulu weh, setuju ngn ko, kahwin skunk ni bajet at least 10k baru cukup.hahahaha
    Unknown said...
    taff si perut..ahahaha
    zixol said...
    cukup ke 10ribu tu?
    tu baru duit hantaran..blom kenduri lagi..lepas kawen botak kpale
    NUke_Rude said...
    faizalsulaiman:
    hahaha. mcm lawak je pulak nti buat vlog time bersnding! ahahah.

    tengku:
    ye la. kena la taff! hahaha!

    zixol:
    mmg tak ckup rasanya. hm..mungkin ko boleh membuat sumbangan ikhlas kpd aku nanti..? huhu.

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.