Bagi mereka yang mengenali aku sedari sekolah rendah, pasti mereka akan tahu akan tabiat buruk aku yang tak suka makan sayur. Selalunya, kalau ada jamuan2 kelas atau dapat makanan bungkus lepas aktiviti sekolah, aku akan makan saja apa yang diberi...kecuali sayur. Sayur tu, sama ada aku akan buang dalam longkang, atau aku asing ke tepi. Yelah, buang dalam longkang sebab duduk makan dgn kawan2 tepi longkang. Huhu.
Maaf lah sayur. Bukannya aku niat nak buang kau ke apa... Bukan juga niat aku untuk membazir.
Lebih kurang camtu lah dialog aku kepada sesayur itu.
Tapi, aku macam ada satu perasaan geli kot dulu-dulu. Semuanya sebab aku pernah ternampak sorang budak muntah kat tandas sekolah. Keluar sayur-sayur. Eyek. Geli dowh! Muntah-muntah warna kuning, then ade helaian2 daun (yang aku assume time tu adalah sayur).
Gila tak trauma! Dah ter-set dalam fikiran:
Makan sayur = Muntah!
Then, bila dah masuk Darjah 6, aku mula lah makan sayur sikit-sikit. Tak boleh banyak sangat sebab setiap kali makan sayur, terbayangkan muntah daun! Tu yang buat tekak tertutup rapat dan susah untuk menelan sayur!
Sayur; menurut sumber ini.
Bila dah masuk usia remaja dan akil baligh, aku makan juga lah sayur. Tu pun takde lah banyak. Sebab lepas tu baru tersedar yang sayur ni, kalau kena pada masakannya, jadi sangat sedap! Kiranya macam jakun jugak lah.
Masuk universiti, aku jadi alah dengan sayur balik! Sebab selalu je aku tengok kat dalam tray sayur yg ada kat kafe kolej tu, ada telur2 lalat. Dan masakannya tidak begitu meyakinkan. Sayur pun macam dah terlalu layu. Lagipun, kalau ambil lauk sayur, kena tambah 30sen. Zaman2 study dulu, mana la ada duit sangat nak mkn sayur! Hehe.
Sekarang?
Aku makan petai beb! Kagum gila! Pecal pun aku bedal!
Kau gelak pulak?! Kau makan petai?
NUke
dalam topik : makan
12 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
Geli.
sekian :)
aku dedulu tak makan,skunk makan. tp sayur berdaun mcm sawi, aku terus pura-pura alah:))
satu kemajuan tu da mkn petai..
aku makan je,bukan stakat petai,kalau boleh dgn daun2 pokok petai skali aku makan buat sayur!
ahaha giler lah mak cik kantin ko sayur tambah 30 sen..ahaha
"teacher!!! saya xnak rumput!!!"
hahah. rugi rugi rugi.. hilang 1 nikmat dunia! hahaha. cewah!
joey:
ko ni lagi pelik. sedap tu ikan. especially ikan keli.... pastu, telur mata...goyang punyer...
faizalsulaiman:
haha. statement takleh blah. makan petai barulah jadi melayu? huhuhu. anyway, selama ni aku tak melayu lah! haha.
agak2 la bro. kang ko makan daun2 tu kang, masuk spital plak nti. kot2 kna keracunan ke apa.. makan je la petai tu. huhu..
zixol:
wah! sdap tu bro.. sure berpeluh kan? nway, hdangan tu pun antara fevret jugak. lpas tu kencing, sure bau ptai. haha.
hidney:
weh bro. kalo bawang termasuk dlm kategori sayur ke??
tengku:
kalo nk tau rasanya, kena la cuba sendri. nanti x surprise la kalo da bgtau siap2! hahaah. mlm ni, ko try la petai! haha.
hahaha, liar betul imaginasi budak tu! i like.
tapi, aku rasa dlu2 pun aku pernah ter-ingat yg sayur n rumput tu.. about the same. maybe tu la antara reason aku x mkn sayur kot, time kecik2 dlu.