Menyesal, ku akui tak terima cintamu.
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku.
- Menyesal; 6ixth Sense
Kita park dekat sini saja lah. Nanti, senang sikit nak keluar. Kalau letak kereta kat sana nanti susah nak buat U-turn.
Farah mengangguk sambil mencalit lipstik pada bibirnya. Dia ingin sekali tampak jelita ketika bergambar bersama dengan Jasmyn dan Zack di atas pelamin nanti. Bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Hafiz menunggu Farah menyiapkan solekan dan mengemas alat-alat soleknya masuk ke dalam tas tangan; sebelum pendingin hawa dimatikan, radio ditutup, dan enjin dipadamkan.
Eh! Eh! Betulkanlah sikit kolar baju kau tu.
Alah... okay lah ni. Kau ni kecoh lah Farah.
Sure lah. Aku tak nak ada yang bikin spoil dalam gambar nanti.
Eleh. Diorang yang kahwin, kau pulak berlebih-lebih.
Sedar tidak sedar, mereka telahpun berada di pinggir khemah putih. Kelihatan kedua ibu bapa pasangan pengantin di muka pintu pagar rumah. Masing-masing gembira menyambut tetamu, bertukar-tukar salam sambil tidak putus-putus mengucapkan terima kasih. Respon pabila kunjungan mengucapkan tahniah atas penyatuan dua mempelai. Gembira itu merupakan petanda. Ada kerestuan yang tidak disangkal. Hafiz bengang.
Pengantin dah sampai ke, Uncle?, tanya Farah.
Belum lagi. Katanya dah ada dekat surau depan sana tu. Kejap lagi beraraklah diorang.
Korang dah makan ke belum? Kalau belum, pergi lah makan dulu.
Farah dan Hafiz meminta izin untuk menikmati hidangan 'nasi minyak' dahulu. Dalam pada mereka mencari tempat duduk yang kosong, kedengaran beberapa suara memanggil mereka. Siapa lagi kalau bukan kenalan-kenalan sewaktu di sekolah satu ketika dulu. Mereka mengajak Farah dan Hafiz untuk bersama-sama mereka.
Tidak dijangka, kenduri kahwin Jasmyn dan Zack ini ibarat mini-reunion. Soraya tampak manis berkebaya ungu. Hizami masih lagi kekal dengan style rambut beralunnya, sementara Helmi Hakeem masih lagi kekal sebagai 'si galah' di kalangan mereka - satu 'title' yang dipegang sejak Tingkatan Tiga. Dan ramai lagi yang turut hadir. Ada juga yang sudah beranak dua. Ada juga yang sedang menanti lahirnya cahaya mata sulung. Semuanya bergembira.
Kompang dipalu. Pengantin yang sama padan itu kelihatan dalam persalinan putih. Anggun sekali wajah Jasmyn, walaupun dengan solekan yang serba sederhana dan ringkas. Hafiz terpesona. Sepatutnya, yang berada dan berdiri di sebelah Jasmyn adalah dia. Adalah dia.
Dirinya...
...jika tidak berlaku akan se-peristiwa yang mengubah segalanya.
-
Hafiz.
Ya, Jasmyn?
Have you make up your mind?
I don't know.
You terima sajalah offer tu. Lagipun, itu kan apa yang you mahukan selama ni.
Then, how about you?
Me? I tunggu sini saja lah...
(pause)
... I tunggu sampai you balik lah, sayang.
Then, I'll take the offer.
When are you leaving?
Next 3 weeks.
Hafiz ke United Kingdom untuk 5 tahun. Jasmyn setia menunggu.
Seiring camar pulang, setia pada janji. Itu doaku selama ini.
- Kau Kekasihku; Siti Nurhaliza
- End of Part 3 -
NUke
2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
*koi buat2 tk faham kn aper aku komen selama nie
nice twist bro!