Al-kisahnya, aku telah diminta oleh seorang kawan ofis untuk menjadi pengapit beliau. Macam kagum juga lah sebenarnya, sebab aku masih dalam proses 'berkenalan' dengan si pengantin ni. Kitorang baru kenal tak sampai setahun pun lagi. Kenal as in.. betul-betul kenal lah. But, rasa honoured juga lah sebab dapat kepercayaan sang sahabat tu untuk menjadi 'best man'nya pada hari besarnya.

Besaaaaarrr punya! Apa yang besar? sialan lo kalo pikirin bukan-bukan. Lol.

So, the wedding took place in Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Technically, it became my so-called weekend getaway juga lah. Walaupun aku terpaksa attend satu meeting sebelum bergerak ke sana; even though aku dah apply cuti rehat. Naah. That's another story. By the way, perjalanan pergi ke sana melalui Gua Musang, mengambil masa kira-kira 8 ke 9 jam. But perjalanan pulang melalui Terengganu dan LPT took us 15 freaking hours. And aku sangat berbangga sebab sepanjang perjalanan tu, aku yang drive! Weeho! Personal record kot!

So, that's it, aku jadi pengapit. Memandangkan peranan aku pengapitlah cuma, maka aku takleh nak 'overdress' sangat. Cewah. Jadi, perlu serabai-serabaikan sikit muka dengan kumis-dan-janggut-tak-berapa-rapi di dalam persalinan baju melayu yang ditaja kainnya oleh sang pengantin, yang dipadankan dengan samping kain pelekat. Aku malas nak pakai songket sebab susah nak gulung-gulung.





Alkisahnya, orang tua-tua ada berdongengan.. kalau jadi pengapit ni tak boleh lebih dari 3 kali. Tahu kenapa? Kata mereka, setiap kali someone tu jadi pengapit, dia akan tambah 10 tahun (membujang). So, kalau dah 3 kali.. tambah 30 tahun lah ya?

Aku tak berani nak percaya sebab jodoh tu semua urusan Yang Maha Esa.






Lagipun, ni dah kali ke 5 kot aku jadi pengapit. Haha! Gila kau, kalau membujang lagi 50 tahun? So, aku kahwin umur 75 ke apa? Hahaha.



NUke

6 Comments:

  1. Ri said...
    looking good, nuke, serabai or otherwise ("_,)
    Faizal Sulaiman said...
    cepat kahwin. hahah

    aku baru 2 kali. selamat lagi. #gitu
    AeMcSketch said...
    seriously? hahaha! malang naseb si pengapet. HAHAHA...
    NUke_Rude said...
    Ri:
    awww.. hahahaha.

    faizal:
    boleh. ko sponsor lah! haha

    Zara:
    kan? kalaulah betul.. memang aku decide jadi pengapit je la.. 20-30 kali pun takpe. hahahaha
    Sky0ne said...
    ingatkan ko yang kawin
    NUke_Rude said...
    skyOne:
    kikikiki.. tertipu tak? hahaha. bukan aku lah bro.. :(

    Hidney:
    hahaha. aku mcm suka pulak komen ko yg membina ni. cewah. my majlis? insyaallah soon.. soooooon.. soon. haih..

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.