Salam.

Sebelum aku menulis hal2 yang lain. Aku just nak bagitahu, ni entry ke 100 aku untuk tahun 2009. Hip hip hooray! Ok, lets move on to the main idea of this entry. 1 May merupakan Hari Pekerja. memandangkan ianya hari pekerja, maka semua pekerja akan mendapat cuti. Aku yakin, ramai org dah plan balik ke kampong since malam khamis lagi, maklum la cuti 3 hari, bole la lepak2 n rehat kat kampung.

Aku? Aku tak balik ke kampung, sebab keluarga aku duduk di taman perumahan. So, istilah balik kampung maybe dah tak valid untuk aku.. So, jangan tanya aku soalan ni, "Ey, ko tak balik kampong ke?", tapi tanyalah aku dengan soalan macam ni, "Ey, ko tak balik taman ke?"

Ada yang mempertikaikan tentang cuti yang turut sama dinikmati oleh pelajar. Mereka bertanya, kenapa pelajar pun dapat cuti sedangkan mereka bukan pekerja. Ya, mungkin ramai yang tak berpuas hati dengan keistimewaan itu. Namun, dendam itu hanya mampu ditahan dan disimpan dalam hati. Jadi, kenapa pelajar turut mendapat cuti pada Hari pekerja?

Hm, untuk menjawab persoalan ini, aku mengambil masa kira2 2 jam untuk mengumpul idea sebelum mampu berhujah. Pertamanya; memandangkan pekerja (akademik & bukan akademik) bercuti, adalah perlu bagi pihak school, kolej, or universiti turut memberikan cuti kepada pelajar. Ini bagi mengelakkan para pelajar dari belajar secara sendirian di dalam dewan kuliah. kalau hal ni berlaku, ade kemungkinan timbul theory2 baru dalam matapelajaran dan menyebabkan mereka gagal menguasai subjek dengan betul.

Kalau universiti turut menjalankan peperiksaaan pada hari pekerja, maka para pelajar bolehlah bersenang lenang meniru sesama sendiri dek kerana pengawas2 peperiksaan sedang bercuti hari pekerja.

Jawapan lain yang sesuai dan tepat bagi persoalan 'kenapa pelajar turut cuti' ni adalah... "Sebab si pekerja dulu pun dapat cuti time diorg bergelar pelajar... so, kira fair-lah kan?" kata seorang pelajar yg tak ingin namanya disebutkan.

Aku pun terfikir, betul jugak!



So, apa aktiviti yang bagus untuk mengisi waktu cuti? Adakah tidur? Ya, bagi aku, tidur yang lena dan nyenyak pada waktu cuti adalah pilihan yang sangat baik. Dan tak membazir duit.

What do you say?


p/s: kalau pelajar tu bukan sejenis pekerjaan, kenapa dalam mana2 borang tu ada word "Student" dalam ruangan 'Occupation' ?



NUke

6 Comments:

  1. Anonymous said...
    i totally agree. tdur tak membazir duit.
    btw,love this pix.
    oh ya..ko tak blik taman ke?:P
    farish izaryl @izreez said...
    yeh2 jom tdor2 hahahak
    Faizal Sulaiman said...
    hahaha..n3 ko ni very loveable to read!klako siot.

    p/s kan besh exam aku harini.xda org jaga.hahahaha
    Anonymous said...
    hhahahah...yet another interesting entry of urs...keep it up...

    bab amek xm tyme cuti tuh mmg sgh bernas skali...
    AkuAyie said...
    tido? aiyoo...

    jom la gi jogging! hehe
    chechoki said...
    ha'ah..btol2..
    sdgkan kalo ade exam invigilator a.k.a pgawas exam pun bdk2 ni leh tiru..
    apetah lgik kalo x de org jage..
    huhu..

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.