"Jennifer... Ooo.. Jennifer..."

Sepi. Tiada sahutan kedengaran. Natalie sekali lagi menyahut nama kawannya itu...

"Jennifer Mat Lemang.... Oo... Jennifer Mat lemang..., mana kau ni haa?"

Namun, suasana masih sepi. Jennifer sekali pun tak menyahut panggilan yang dilaungkan oleh Natalie. Jennifer hanya buat dono je, sambil mengunyah kuaci dan menonton drama bersiri 'Keliwong'. huhu. 

--

Di atas merupakan salah satu situasi yang paling aku tak suka. Ye lah, kalau dah dengar orang sahut2 or panggil2 nama kita tu, apa la salahnya kita menyahut, walaupun dengan 1 perkataan "Ya..!". ini tidak. Kadang2 tu, org yg kita panggil tu ade kat bilik sebelah je, nak kata dia tak dengar tu macam pelik pulak sebab setiap kali ade sesi bergosip, laju je org tu join sekaki. Bagi aku, adalah lebih baik jika kita terdengar seseorang memanggil nama kita tu, kita sahut dengan serta merta. mana lah tahu ade apape urusan penting ke? Lagipun ni boleh menjimatkan masa dan tenaga.

tak kesian ke kat org yg memanggil kita tu? terjerit-jerit bagai nak rak. Huhuhu. So, slot pantang larang kali ni lebih kepada menegur sikap segelintir manusia yang sengaja berpura2 tak dengar or sengaja nak membiarkan org lain mendengar namanya dengan kuat. huhu.

Apape pun, yang baik jadikan teladan, yang buruk itu jadikan sempadan. Semapadan apa? entah lah.



Huhu!


NUke

3 Comments:

  1. charco said...
    hoho..

    my favourite quote bila org panggil "yup!!!"

    simple n mudah utk d sebut..

    For me, maybe org yg tak dgr kita panggil tu da kne simptom "deaf" kot..tp mmg tak elok la kalo org panggil tp wat dunno je..so..kita abaikn je org2 cmtu..haha

    mode: detective conan!! yatta!!
    farish izaryl @izreez said...
    geram bile org yg kte pngil xmnyahut hahah
    Faizal Sulaiman said...
    trimas coz buat aku gelak bro. "jennifer mat lemang?!". hahahaha

    yep ni mang pantang betol ni. org jawa cakap "budek"! (pekak). samada sengaja @ tak tu tak taulah. aiyohh.

    nice n3!

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.