FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN:

  • Penulis blog ini suka menulis karangan.
  • Penulis juga kdg2 keras hati, so dia tulis ikut suka dia je.
  • NUke Rude Blog ni merupakan blog yang ke-3 penulis
  • So now, laman ni mnjadi laman rasmi penulis.
  • Penulis juga tak mempunyai helaian janggut ditengah2 bahagian dagu!

So, dah tahu pasal aku? Haha, macam mana? Hebat bukan?! Ok la, straight to the point. Today, aku nak share cerita ngan korang semua ttg "Ey, macam mana ko leh start blogging ah?" and menjawab soalan2 seperti "Ey, aku tak sure la blog ko ni kategori ape.. xplain skit!", sambil2 aku menyingkap sejarah hitam aku sejak aku digelar 'blogger'.

Kepada yang baru berjinak2 dengan dunia blogging, ingin sekali aku mengucapkan selamat datang. Ternyata kita seperti adik beradik.. cuma dibezakan dengan tahap pemikiran dan point of view. Hmm.. bajet wise-saying lah tu. Buang masa saja!

Aku mula start blogging ni since 2003. Time tu, aku form 4. Dulu2, aku blogging through Friendster. But, disebabkan aku kemudiannya masuk asrama, n ditambah pulak dengan intenet kat rumah yg hanya mnggunakan dial-up, maka.. frienster tah ke mana.. blog pun ntah ke mana. Malang sekali bagi blog itu sebab aku pun tak ingat namanya.

Aktiviti rutin aku sebelum ada blog.

Lepas aku habis SPM n matrikulasi, aku masuk UKM. Then, sekali lagi aku mula berjinak2 dgn 'Blog Friendster'. time aku 1st year lagi, aku da tukar profile name friendster aku kepada "Nuke Rude". Aku x bercadang nk cerita pasal nama nuke rude tu, tapi cukuplah korg tau yg ianya ada kaitan dengan course aku; Sains Nuklear.

Blog 2nd aku dibagi nama NukEnergy. Established pada 2006. Aku tak sure blog tu still ada dlm alam maya dusta frenster itu atau dah terlupus. Sebagai insan yg baru2 nak matang n kenali dunia, blog aku tu selalu dilanda macam2 kontroversi, yang nyatanya melibatkan aku secara individu dengan pentadbiran JAKSA (macam bdn psatuan) kolej. Aku wat tak kesah je. kadang2 rasa cuak n geram gak bila kita diterima dgn layanan yg tak setimpal dgn usaha kan? So, basically blog tu tak berjaya menampakkan diri aku yg sbnar, tapi more to self expression as a growing teenager. Pastu aku rename blog tu kepada NUke Rude.

Early 2008. Aku tekad untuk terminate SEMUA social networks yg aku join: Friendster, Myspace, Tagged, Facebook, and Netlog. So, maknanya, aku kena terminate NUke Rude friendster. Aku plan untuk terminate semua2 tu pd besday aku yg ke 20 on September that year. So, setelah memikirkan sgala macam platform untuk aku trus stay dlm alam maya ni (ceh!), maka aku register NUke Rude blog kat blogspot.

Aktiviti rutin aku selepas ada blog! hahah.. Sama je!

10 Mei 2008. Aku publish entry pertama aku menerusi blog yg korang tengah baca nih! Dengan rasminya blog ini dibuka kepada umum.

Hari ni, berbekalkan nama NUke Rude, blog ni still tak cecah setahun. And aku harap aku akan still berblogging sampai aku dah takde riwayat.. so, segala mcm pandangan aku selama ni still kekal dalam ni.




Itulah dia anak2.. sejarah Encik NUke sebagai sa-orang blogger tegar.

Blog ni aku kategorikn sebagai Y

Y tu untuk apa? Y tu untuk YOUTH.

Kenapa? Sebab basically, apa yg aku kongsikan ni adalah pandangan aku sebagai seorang remaja/pemuda yang kini berusia 20 tahun 8 bulan.





Huhu. Panjang kan?

NUke

10 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    wah..sejarah nih. tules buku la plak:-)bahahaha
    farish izaryl @izreez said...
    oh bru umo 20thun ke nuke hiks.. wah kire lme gak r die blogging:)
    ain si kacak said...
    hehehe..
    ain pun youth juga..

    boleh wat story memoir of nuke rude..
    :)
    dr itu! said...
    huhu...

    dahsat sungguh! tapi ape pon, mmg best blog ko ni.. aku ikot gak selalu tapi jarang la nak komen2..
    mini said...
    ok gak la blog ni...:)
    puji sikit nak bagi lembut hati...
    jejaka anggun said...
    heheh... menyahut cabaran yoyooh. tahniah!
    oyen said...
    Nak sangat komen kan? Ha, nak komen la ni...

    Err.

    Ko baru 20 tahun 8 bulan?????!
    (0_o)
    NUke_Rude said...
    ter. aku br 20 thn 8 bulan. kenapa?
    oyen said...
    erm, xde aper...
    aku rase sangat berumur...

    ngahahhahaha!
    Anonymous said...
    awal yang baik

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.