Salam.
Aku baru habis 2 paper. So, maknanya aku ada 3 paper lagi yang tak setel. Semoga aku berjaya dengan warna yg berterbangan.. Huhu.
So, ape yg aku nk kongsi hari ni? Hm, mungkin pasal makan2. Aku tahu kita semua suka makan2. Dan kita tak pedulikan hal lain selain makan2. Makan adalah penting unutk menyapot energy. Selain tu, makan2 jugak penting untuk membesarkan perut dan menarik perhatian wanita! cewah. Pernah tak kita betul2 pikir yg makanan yg kita makan tu sebenarnya betul2 healthy? Mungkin ada dikalangan korang yang begitu concern pasal bab2 makan ni. Tapi, aku tak! haha, aku rasa sebab tu aku ni maintain kurus je kot. Tak bertambah2 berat badan.. tang tu je..
Ye la, mana taknya.. kalo pergi mapley.. aku akan order Maggi goreng, tak nak sayur.. telur mata!. hahhaha. Oh, menu aku ni slalu ditiru oleh Nora de la la. Cis kepada beliau. Kalo pergi kat kedai Pak Ngah, aku akan order nasi pattaya, tapi still aku asingkan mixed vege tu.. especially carrot n peas. Aku tak suka la rasa mix vege tu. Rasa ais dlm freezer. Huhuhu.
Makanan yg sihat tu apa?
Aa.. kalau korang nak tahu, kena la tanya nutritionist ke.. ape ke. Sebab bdasarkan apa yang aku tahu, mkanan yg sehat tu.. adalah makanan yg mendatangkan kebaikan. Oh! Tapi statement tu mungkin dah tak valid. Sebab apa? Meh sini aku bagi contoh.
Che Didu berusia 10 thn. Dia pergi ke kedai Jimat untuk membeli makanan kegemarannya, tak lain tak bukan.. Jajan berperisa kari berapi. Jadi. dia menggambarkan makanan itu sebagai healthy food. Sebab makanan tu mendatangkan kebaikan kepadanya disebabkan adanya permainan percuma di dlm jajan itu.
maka, tafsiran healthy food as makanan yg mendatangkan kebaikan tu, maybe dah lari konsep. Oh! harus diingat.. makanan sihat juga tak berkait rapat dengan pengurusan ekonomi individu. Tak faham? meh aku bg contoh lagi...
Muskapar ada RM1.20. Dia mahu sekali memakan makanan yg healthy iaitu salad segar dingan minyak zaitun yg kurg kolestrol. Akan tetapi harganya RM12.50. Memandangkan dia tak cukup duit.. maka dia mengambl keputusan untuk membeli Jajan berperisa sayur yang berharga RM0.60 ... Pada pandangan Muskapar, Jajan sayur itu tetap memberikan zat2 seperti sayur dan salad segar walaupun hakikatnya jajan itu penuh dengan MSG yang menyebabkan kepala mengalami kebotakan.
Jadi, makanla makanan yang berkhasiat dan pastikan ianya betul2 healthy food.
NUke
Salam.
Sehingga saat ini, aku masih belum menguasai sepenuhnya subjek High Energy Physics yang mana examnya akan mendatangi aku pada esok petang. Haha. Banyak peristiwa yang berlaku hari ni. And aku tak mahu amik port sangat.
Oh, kebelakangan ni banyak benda serba tak kena. Aku pun tak tahu kenapa. Yang pasti, aku rasa aku sorg je kot yg mengalami perkara tu. Huhuhu.
Satu persoalan. Korang pernah tak rasa macam nak lempang je orang lain? haha. Aku pernah. Aku memang rasa bengang dengan orang yang mengetuk pntu bilik secara berterusan, dan bila kita buka, terus menerus orang tu tanya itu ini... Annoying bukan? Sekurang2nya bagilah salam dulu, or at least ade skit greetings, panggil nama ke.. ape ke. Ni tak. Bukak2 je pintu:
"Mana romate kau?" or;
"Weh, aku nak soalan past year subjek ni... itu ini.. itu.. itu itu.."
Bukan apa, kadang2 tu kita ni tengah sebuk pikirkan or lakukan hal2 lain, dan bila situasi camni jadi, maka kita akan jd blur jap and maybe tak faham kehendak si tetamu itu. So, saranan aku kepada diri sendiri dan juga kalian, agar beri salam, or greetings terlebih dahulu ketika mengetuk pintu bilik org lain, sebelum menyatakan hajat kedatangan anda tu... Huhuhu.
by the way, baju2 nukegroup tu telah menjadi perhatian kawan2 aku yang lain dan juga lecturer. Diorang minta aku re-print kan baju2 tu sebab dorg pun nak. huhuhuhu. So, sapa2 yg nak tengok design baju yg akan direprint tu, boleh la klik kat sini.
Hmm..
NUke
dalam topik : life, pantang larang
Salam.
Akhirnya, masa yang ditunggu2 telah tiba. Exam pertama aku unutk semester terakhir sudah pun berlalu dengan jayanya. Ok. aku tipu. Exam tu memang berlalu dengan jayanya, cuma aku je tak menjawabnya dengan jaya. Jadi, harapan aku untuk menggenggam A solid untuk subjek itu mungkin kabur (atau hilang dr pandangan sama sekali). Tapi, aku percaya akan kebesaran Tuhan. Aku nak minta agar si pemeriksa kertas jawapan itu akan berlembut hati. Amin...
Tak perlu kau pertikaikan perbualan aku dengan adik beradikku yang lain. Kami tahu sememangnya kami memiliki satu persamaaan. Suka membuat lawak sengal. Kadang2 aku pun malas nak layan diri sendiri. Tapi, berbual-bual dengan adik beradik yang lain sedikit sebanyak akan melegakan tegangan emosi yang sememangnya tak stabil.
Jika haritu aku berbicara tentang ibu, kali ni aku nak cerita pasal Opah. Ye, opah. Opah merupakan satu panggilan kepada nenek. Nenek pula adalah satu perkataan yang sinonim dengan Opah. Opah, Nenek, Tok Wan, Nanny, and the what so ever tu adalah panggilan cuma. Tak perlu lah kita gaduhkan tentang Opah.
Oh no, mood aku untuk bercerita tentang Opah telahpun musnah. Aku emosi sekejap, sesuai dengan tagline blog aku ni yg kini menjadi kegilaan belia-belia: "Kenapa aku emo ah?" yang mana kalau korang nak tahu, ibu aku pernah bertanya..."Emo tu apa nak?". Disebabkan aku ni mewarisi genetik lawak daripada En Mahmod, aku menjawab: "Ala.. Emo pun tak tahu? Tak rock ah camni, bu~"
Oh, sungguh tak percaya akan perbualan ku itu. Aku menasihati ibu2 dan bapa2 muda zaman sekarang ni utk menjaga perilaku dan perkataan yang anak2 anda luahkan agar tak menjadi seperti aku ni. Haha. Tapi, ibu aku memang slumber. Seslumber dia menggosok2kan kepala aku yang berambut cacak itu. Hey, kalau org lain, jgn harap la dapat pegang kepala aku..!
Entry ini lebih kepada perbualan satu hala dan sesi bercerita karut disebabkan hilang keyakinan diri disebabkan exam sebentar tadi.
Btw, baju nukegroup dah siap. Supposed ada 16 helai, tapi yang aku dapat cuma 15 helai je.. ni tgh dalam proses berurus niaga jap.
Korang tak rasa ke lately aku ni kurang self-confidence?
NUke
Salam.
Kau pernah dengar perkataan elektronik? Pernah? Bagus. Kau tahu apa maknanya? Tak tahu? Samalah dengan aku.
Kau belajar elektronik? Tidak? Kau memang rugi.
Aku belajar elektronik. Tapi, aku tak pernah nak score subjek ini selain swaktu time menengah rendah. Sebab aku suka subjek Kemahira Hidup, dan tajuk elektronik time sekolah menengah dulu sangat lah senang.
Universiti? Kenapa dengan universiti?
Oh... Aku faham maksud kamu.
Sangat berbeza... subjek elektronik di universiti ni memang berbeza.
Oh. memanglah... aku bukannya amik jurusan Kejuruteraan Elektrik/Elektronik. Sebabtu lah aku kata susah.
Tapi, aku kena belajar juga Elektronik Nuklear.
Sebab apa? Kau tanya aku sebab apa?
- Subjek Wajib Major
- Nak graduate
- Nak kena faham cara kerja instruments.
- Nak lulus exam...
Salah diri kamu itu.
Belajar dan menuntut ilmu kerana Allah s.w.t
bukan kerana nak lulus exam.
NUke
Salam.
pagi ni aku bangun tak berapa nak awal. Dengan keadaan sejuk disebabkan tak berbaju. Malam tadi, aku ada call ibu. Aku cerita semua yang aku rasa; tension, nearly give up, and almost tak tentu arah disebabkan aku down. Ibu terkejut and cakap nak dtg jumpa aku esoknya (hari ni).
Kul 11.
Ibu datang. First time aku rasa tak sabar nak jumpa and cium tgn ibu sepanjang aku study kat UKM ni. maklumlah, rumah aku ngan UKM ni takde la jauh sgt, dlm sejam lebih da bole sampai kalo naik motor. So, bagi aku yg mmg down ni, aku rasa peluang berjumpa ngan ibu sendiri itu amatlah berharga.
Aku drive keta. Tak banyak benda dibualkan. Sampailah kat kedai makan Pak Ngah. Aku duk dlm keta and crita semuanya kat ibu. Ibu nasihatkan aku. Banyak benda ibu cakapkan. Hubungan aku dengan kawan, hubungan aku dgn keluarga... and ibu ingatkan aku perkara yang paling penting; hubungan dengan Tuhan. Ibu suruh aku banyak berdoa dan memohon pada Allah, pencipta yang satu. Tapi, aku sedar akan dosa yang banyak ni... akankah doa aku diperkenankan? Oh tuhan. Kau maha hebat. Kau menguji aku dengan ujian ini. Mampukah aku mengharungi nya?
Aku sangat mengagumi ibu. Ibu pandai menukarkan mood yg sedih dan down menjadi ceria. Aku seronok mendengar jenaka ibu tentang adik-beradik aku yg lain. Aku terpesona dengan ibu yang asyik menikmati kerang rebus. Betapa aku bersyukur mempunyai ibu yang memahami kehendak emosi anaknya itu. Ibu tak memaksa aku untuk dapat pointer yang tinggi. Aku tahu itu. Tapi aku mahukan nya sebab aku mahu menunjukkan kepada ibu bahawa pelaburannya selama hampir 16 tahun sejak aku mula masuk sekolah rendah itu berbaloi.
Aku tak boleh berterusan untuk down. Kalau difikirkan, apa sajalah yang aku hadapi sekarang ini berbanding mereka yang jauh lebih susah dan teruk menghadapi ujianNya. Aku kena bangun dan teruskan hari2 mendatang.
Aku kena mula study untuk exam kali ni. Kalau tak, macam mana nk perform? macam mana nak tunjukkan kpd ibu bhwa pelaburannya itu berbaloi?
Terima kasih ibu. saya sayang ibu.
NUke
aku still down.
aku call ibu.
ibu tanya, semuanya ok tak?
aku jawab ok. perhaps, aku tgh study ni.
aku tipu.
sampai sekarang, aku tak study apape.
sampai sekarang, aku tak wat correction thesis.
aku tipu diri sendiri.
aku kata aku bersemangat tinggi.
aku tipu.
aku still down.
disebabkan viva tempoh hari.
aku gembira bergelak ketawa dengan kawan-kawan.
aku tipu dorg dgn ketawa aku.
menunjukkan aku tak apape n viva itu perkara kecil saja.
damn!
aku target at least 3.77 utk sem ni.
now, aku sedar.
aku ada tendency untuk dpt 2.00 sahaja.
aku rasa macam nak bakar tesis aku.
NUke
Salam.
Since ada 1jam 15 minit lg sebelum kul 1, maka, aku merajinkan diri untuk mengupdate blog. Oh ya, sebentar tadi aku menonton series Kyle XY season 2. Saja suka2 nak tgk2 balik. So, apa aku nak bincangkan hari ini? Haha, based on topic, aku rasa korang semua dah tahu kot. Takpe2, teruskan membaca.
Warna PINK a.k.a merah jambu sering dikaitkan dengan girls n sifat2 kejambuan. So, apa masalah aku dengan kaler pink? Sebenarnya aku takde masalah pun. Cuma aku nak nyatakan kat sini yang aku ni takde la ghairah sangat dengan kaler2 pink nih. Honestly, aku pernah sound member perempuan time skolah dulu sebab dia pakai baju kaler pink. Dulu, aku sangat tak suke kaler pink, tak kesahlah yang pakai kaler tu lelaki or perempuan.
Aku ni takdela mengamalkan colorism (alternative word for racism). Haha! Cuma, aku sedar time dah dewasa ni kita tak boleh nak terlalu judge people. Right now, i have some friends (guys) yg suke pakai kaler pink. And of course, they look smart; bila kaler tu match dengan apparels yg lain. Aku tak kutuk lelaki yg pakai pink kalau kena pada gayanya, and sometimes aku rasa kagum lak sebab diorg berani pakai pink. Honestly, aku takde satu pun pakaian yg kaler pink. Spender? Oh no!
For some guys, pink is gorgeous. But for me, pink is a color. Haha. memang la kan? Bg some guys, pink kadang kala lebih menampakkan kemaskulinan. But for me, Pink is still a color. For some guys, wearing pink is adorable and akan menarik lebih perhatian samaada dr golongan muda dan tua, girls n guys sendiri. But for me, Pink is still a color. Hm, aku rasa aku still leh terima kaler pink yg tak berapa nk heavy kot, tapi like i said, kna la match; sama ada ngan apparels yg lain or warna kulit. No offense please.
Aku ade gak nampak some people wear pink dan penampilannya teramatlah buruk. And some people look good in pink. Terserahlah kepada penilaian mata masing2 kan?
Kadang2 aku tengok lelaki pakai pink ni terlebih Jambu lak.
NUke
Salam.
Aku ada terfikir pasal satu entry ni, tapi aku still sedang mengumpul data and opinion org ramai before aku leh publish entry tersebut. Entry apa? Ha, kena la tunggu. Yang penting it has something to do with guys. Kiranya guys' stuff la ni. Ceh, poyo je.
Ok. Enough.
Since exam aku akan habis pada 7 May, maka hari2 mendatang aku akan berisi dengan kebosanan lampau di samping penambahan selera makan tatkala duduk di rumah. Oh, mungkin impian aku untuk memilik berat badan mencecah 60kilo akan tercapai. haha. Aku dapat offer daripada someone untuk part time 3 hari untuk satu exhibition ni. Last 4 years, aku dah involved ngan exhibition yg company ni organised, cuma time tu, aku jaga booth company tu bertiga. By 2007 pulak, aku involved again dgn exhibition tu, but this time, aku kena jaga sorang2. bayangkanlah aaku time tu bru 19, and terpaksa menghadapi perbualan politik duta2 Arab n Pakistan, and dalam masa yg sama, kena mengadap Directors of some big companies yg mana masa tu, aku tatau pun dorg2 ni adalah org2 besar.
So, the question is, should i accept the offer for this year's same event? Hm, berat juga nak accept, tapi besar kemungkinan aku akan terima kot. Bila lagi dpt peluang mcm ni? Hm, maybe aku leh carik2 kerja skali? Haha..
Apa pendapat korg?
NUke
Salam.
Tadi, aku dpt call dr Ijan. Perbualan kitorg lebih kurg cenggini:
I : "Elo. Ko watpe?"
A : "Tdo. Haha.., Nape?"
I : "Nak ajak hang gi tengok wayang.. nak tak?"
A : "Kul bpe?"
I : "Satu."
A : "ok."
hasil drpd dialog tu, aku rasa korg dpt conclude byk perkara. Antaranya, aku bangun lambat, aku takde exam (lagi), dan aku masih x mandi lagi. So what? Aku masih lagi berbau wangi yer. Tak sia2 pakai deodorant. haha.
Back to main idea of this entry. Tadi, aku, ijan n umair gi Alamanda, nak tengok wayang. Cerita apa? Hm, 18SG punye cerita. Siap time nak masuk panggung tu kna tunjuk IC lagi, maybe sebb kitorg nampak sangat muda. Oh ya, kitorg tengok citer "Shinjuku Incident" lakonan Jackie Chan. Apa yg aku leh kata pasal citer ni? Hm, superb! Jalan cerita menarik and easy to understand. basically its all about pendatang haram China di negara Jepun, n howe they're involved into Kongsi Gelap. Kalo dah namanye pun kongsi gelap, mesti lah ade kes toreh2 muka, putus tgn n what so ever... Haha.
Memang maskulin ah crite nih. but mengecewakan jugak la sebab tak byk adegan fighting oleh Jackie Chan. Da tua gamaknya.
So, masa2 study aku terbuang di Alamanda. Thesis correction pun baru buat sikit2. kadang2 tu rasa mcm give up pun ada. Huhu. Aku perlukan semangat yg kuat untuk berhadapan dengan thesis ini.
Oh. Btw, aku surf la tenet n youtube malam td, terjumpa lak iklan Canon featuring Avril Lavigne. Aku teringat dulu yg dia (Avril) ni pernah bg statement yg dia takkan gunakan lagu dia untuk promo products, but things change kan? Lagi pun, dia nampak mcm commercial skit dlm iklan ni , walopun penuh dgn unsur pink.
* Gambar tu consist of large Coke, 3 movie tixs, sandwiches, and web yoyooh. Captured moment before aku update blog ni.
NUke
salam.
Aku sangat teruk hari ni. Bangun sangat lambat. Tak boleh jadi ni, aku kena adjust smula time tdo aku. Oh, patutkah aku menelan ubat tidur? Oh tidak... Hari ni, tiada banyak peristiwa yang berlaku. Perut aku still rasa tak selesa, disebabkan itu, aku kurang selera makan. Maka, makanan yg aku beli kat kafe td pun tak habis.
back to main content of this entry. Just put aside thesis-thingy first, ok. Perkataan 'sorry' atau 'maaf' bagi sesetengah org itu adlh SANGAT PENTING. Tambah2 pulak orang yang mcm aku ni. Not to mention yang aku ni senantiasa nk mengharapkan org lain minta maaf kat aku, tapi, aku dah dilatih oleh my parents untuk sentiasa meminta maaf kpd org, eventhough time tgh2 kita berjalan kat mana2, kaki kita yg dipijak oleh org lain.
to say 'sorry' seems to be so easy for some people, and ak sangat tak kesah kalo certain people yg dah terlanggar bahu or terbuat salah meminta maaf scr spontan. Aku pun kerap mengingatkan aku ttg perkara yg sama. Tapi yang paling aku benci adlh bila org yg dah terlanggar kita or terbuat salah (in terms of perbuatan la), pastu boleh plak pandang2 sambil buat muka sial. Keji kan?
Kan senang kalo just say "oh, sorry.." kan? Kadang2 aku heran gak ngan sikap segelintir org yg sentiasa berfikiran 'oh-aku-sorg-saja-yg-betul'.
btw. aku da tak sabar nk tgk Transformers 2 nih!
p/s: to topeq / ijan. Tq for d ice-cream.
NUke
dalam topik : life, pantang larang
Salam.
20 April bermula garang bagi aku. Aku sakit perut. Asyik nak cirit-birit je kejanya. Masuk hari ni dah hari ke 4 aku sakit perut. Cis kan? Oh, hari ni aku bangun awal and berjaya tak membuka pc pada waktu pagi. Selalunya kalau aku bangun awal, mesti buka pc n baca blog. Tapi, tidak hari ini. Aku ada presentation viva. Hah. Viva merupakan kemuncak pembentangan bagi segala pembentangan dalam pengajian kita kat universiti? Setuju?
Pernah korang rasa cuak selain menunggu giliran untuk viva? Haha. Aku dah alami perasaan cuak itu. Sampai 2 kali aku pergi tandas pagi tadi sebab sakit perut yg tak elok2 lagi.. dan mungkin perasaan cuak disebabkan menunggu geliran viva. keji kan?
Overall, aku rasa aku tak well-prepared for the most excited presentation. Aku present macam gred B. Aku tak pasti ape yang akan supervisor and pemeriksa aku bagi markah, tapi like my mom said... "takpelah nak, yang penting dah buat yang terbaik". Oh! sesungguhnya seorang ibu itu bijak untuk menenangkan hati anaknya. Terima kasih Ibu!
A moment before aku masuk ke bilik viva itu, aku rasa senak dan tak boleh nak duk diam, ke hulu hilir dan tak senang hati. huhu. Cuak beb!
Tak usahla mengungkit peristiwa yang berlaku di dalam bilik viva itu. Cukuplah korang mengetahui beberapa perkara kecil termasuklah komen daripada pemeriksa aku yang menyatakan bahwa "Your writing is not as good as your blog... And your English is.......". Kata beliau yang mengomen bahasa Inggeris aku dalam page 'Abstract'. Apa lah nak jadi dengan aku nih?
Aku cuak gak bila leturer aku tu ckp mcm tu. Adakah beliau sebetulnya membaca blog aku ni? Oh No!
Tapi, takpe. Semuanya dah lepas dan selesai. bak kata kebanyakan sahabat tadi... "separuh kaki dah graduate da!". Haha. Iya ke? Mungkin ya. Tapi aku sentiasa berdoa dan mengharapkan yang terbaik untuk semua perkara yang aku lakukan.
Kepada mereka yang belum viva lagi, aku nak ucapkan selamat berjaya dan jgn terlalu panik. Yang penting kena confident and defense your own thesis!
NUke
Salam.
As usual, tatkala diri kita ni dah nak habis belajar, maka akan ada satu acara yg boleh dikategorikan sebagai acara wajib; yakni "Majlis Makan Malam".. Tujuannya, (konon2) nak meraikan pelajar tahun akhir. Sebenarnya, pelajar tahun akhir tu bukannya kita kenal and suka sangat pun. Memang kita menunggu masa je dorg nak blah kan? hah. itu lah perasaan dalam hati aku time aku 1st year dulu2.
Skarang ni, aku pulak da final year and akan meninggalkan tempat aku study nih. Sedih ke? Honestly, mmg sedih especially nk berpisah dgn kawan2 yang rapat. Maklumlah, di universiti ni, kwn2 semua dtg dr seluruh plosok Malaysia, bukan mcm kat skolah kebangsaan, pergi kedai je leh jumpa kwn sekelas.. Haha.
Junior2 lepas ni mesti da tak sabar nak tunggu aku blah dr UKM. Aku dapat merasakan yang dialog2 ni akan bermain di benak fikiran mereke:
"Bagus lah mamat tu blah, aku nak pinjam nota kejap pun tak bagi!"
"Alamak! Dah nak blah dah dia ni, duit aku Rm2 yang dia pinjam dlu tak bayar lagi..."
"Hah! Dah lama aku tunggu saat ni, blah jugak dia... Lepas ni, aku lah yang dapat memegang gelaran Lelaki Kacak!"
...dan macam2 lagi. Tapi aku percaya, dalam banyak2 tu, mungkin ada sorang dua je yang berfikiran camni:
"Alamak, takleh lah aku nak usha rambut dia yang spiky tu lagi.. Ouchy!"
"Lepas mamat ni blah, sapa je lagi yang nak teman aku mkn nasik goreng ayam?"
or;
"Lepas ni, terpaksa lah aku drive kreta sendiri.. mamat tu dah blah.. sedihnya!"
hahah.. kalo ada yang terasa, aku mintak maaf aa.. no offence.
Back to main title. Aku dapat tahu yang dinner nuklear tahun ni berkonsepkan BBQ dan akan dianjurkan pada 30 April ini bertempat di pkarangan bagunan nuklear. (oh my J!). Honestly, aku sangat tak kesah tentang perihal tempat itu, cuma aku runsingkan pasal para pensyarah dan juga staff nuklear yang lain... Tapi, what makes me proud of nuclear sc ni, sebab lecturers yang sempoi-but-at-the-same-time-tegas. huhu.
lagi satu, aku dapat tahu yang bayaran untuk dinner adalah RM15 ???? (oh my J!). Bagi aku, 15 ringgit untuk makan BBQ adalah terlalu mahal. Makan ape je kalo BBq kan? mestilah Ayam, sosej, kentang, dan jagung.. btul tak? Aku ada risik2 junior yang handle dinner ni, katanya diorg terpaksa naikkan bayaran dinner sebab:
- Barang2 makanan diorang dah beli dlm kuantti yg byk! (yang ni aku musykil, dinner lambat lagi, takkan da beli mknn basah tu?)
- Diorang kata budak2 1st year nuklear TAK MAHU join dinner.
Mengeluh panjang aku. Respon yang hanya mampu aku berikan adalah... 'mengerlingkan mata sambil menyilangkan tangan di dada'. And bila di tanya2, diorg tak mintak sponsor dr beberapa pihak yang berkaitan. Lagi mengejutkan, diorg ni tak tahu pun pasal nak mintak2 sponsor nih.
Persoalan yang muncul di pemikiran anda mungkin seperti ini; "kenapa korang yang final year tak handle je dinner tu?". Dan aku menjawab, bermula batch kitorang, segala sesi pembentangan hasil tesis, viva dan thesis-thingy dijadualkan pada minggu study week dan minggu pertama exam, which means, no rest and super hard work to catch up both final exams and thesis stuffs. And the other thing is, last year, batch kitorang dah handle dinner untuk sesi lepas.. takkan nak handle lagi kot? penat gak kan?
Sometimes, kita hanya mampu mengharapkan semuanya yang terbaik, namun, realitinya ia memerlukan tanggungjawab bersama.
Selamat berexam!
NUke
Salam.
Sebelum aku terlupa, encik Indera telah memberi satu award kepada aku (blog aku). Ada plak beberapa arahan...
-- literally translate from his blogger profile. Jgn marah bro! HAha!
--
* Shy at first but like a little devil if u know me later. love to make a new friens and hate those who are keep judging each other. movie lover,music hunter and crazy bout travelling!.
--
- AkuAyie
- Akey87
- Cik Arie
- Myraspberry
- Mr.Shari
- Oyen
- Costa Rica
Berbalik kepada kisah aku. Hari ni, aku berjaya membangun awal berbanding 2 3 hari yang lepas. Sebagai usaha memperbetulkan smula jadual tidur. Since rambut pun makin panjang dan serabai, maka aku nekad untuk ke kedai gunting rambut bersebelahan kedai jual top-up di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi. Haha! Aku tak tau apa nama kedai tu.
Oh, aku cuba nak upload gambar baru aku dengan gaya rambut yang menggoda itu, tapi, aku pun tak tahu kenapa keluar gambar macam kat bawah ni. Hm, kenapa ea?
NUke
Ada banyak perkara yang telah kita semua lakukan. Sama ada ianya perkara baik, sederhana baik, jahat, dan kejam. kadangkala tu, kita siap boleh berbangga2 lagi dengan kebaikan dan kejahatan yang dah kita lakukan.
Kalaulah masa ni boleh diulang semula, aku rasa aku akan membetulkan beberapa perkara yang aku rasa ianya merupakan kesilapan bagi aku.
Kalau masa boleh diulang;
- aku tak nak melawan cakap ayah pada 16 September 2005.
- aku mahu sekali menegur ayah semasa dalam perjalanan ke kampung untuk hari raya puasa 2005.
- aku mahu sekali menolong ibu dan ayah, instead of tidur; 2000-2002.
- aku tak mahu begaduh dengan Along pada 16 September 2005 dulu. Sebab aku sedar Along lah yang banyak support aku time aku sekolah asrama dulu.
- aku tak mahu menengking Angah dek kerana pergaduhan aku engan abang aku dulu, Mac 2008.
- aku mahu pulang ke rumah setiap masa sewaktu dalam tempoh 5 bulan aku berperang dengan abang aku.
- aku ingin sekali belajar elok2 time 1st year kat UKM ni. Huhu.
Dan banyak lagi perkara yang aku mahu perbetulkan. Tapi, semuanya dah lepas. Dan apa yang dah terjadi dulu menjadikan diri aku yang sekarang, kan?
Korang? Ada pernah menyesali sesuatu perkara?
NUke
Sedih pulak rasanya.
NUke
Salam.
Selain mimpi basah, apa lagi mimpi yang menggembirakan korang? Untuk aku, aku pernah mimpi menang kreta. Walaupun aku tersedar selepas tu, dan tahu bahwa itu hanyalah mimpi, aku tetap berasa gembira. Huhu. Mmpi yang best dan indah selalu menyebabkan mood pagi menjadi ceria. Betul tak?
Okay, macam mana pulak dengan mimpi yang tak best. Aku pernah alami satu mimpi yang tak best waktu belajar kat KMM dulu. Aku mimpi one of my family member meninggal dunia dlm accident kereta. Tragis kan. Yang aku sedar, air mata da mengalir kat pipi. bangun tidur je, terus aku call parents tanya kat dorg sama ada semua org okay atau tak. huhu.
Tadi aku mimpi ngeri lagi. Walaupun aku tahu yang mimpi aku tu mungkin dah tak valid kesahihannya sebab waktu tu matahari mmg da tgak atas kpala n aku stil atas katil, but still aku tetap cuak dengan mimpi yang aku alami tadi.
Mimpi apa?
Semestinya bukan mimpi basah. Tadi aku mimpi one of my family members meninggal dunia. Kejam kan? Kenapa mesti aku bermimpi benda yang sama? But this time, after 3 years since aku kat KMM dapat mimpi yang sama. Mungkin mimpi tu just mainan tidur. Dan untuk mimpi yang aku alami tadi, aku sememangnya taknak dan takkan percaya.
Ada ke patut, aku mimpi org meninggal, and dalam mimpi tu, aku tgh tolong akak aku goreng pisang. Hm...
NUke
Salam.
Hm, since minggu ni merupakan study week, maka, pengisian hari adalah sangat tak baik. Pagi tadi, aku ada la join discussion study High Energy Physics, lepas discussion tu, kitorang gi makan cendol & mi rojak depan kilang Hitachi. Sedap! Memang sedap cendol tu. Balik je bilik, terus bukak pc and on9, baca2 komen yang kalian tinggalkan, before heading to bilik Topeq. Lepas tu, balik tido sampai maghrib, bangun, mandi dan mengadap pc ni. Update blog.
Boring kan hari ni?
Orang2 tua selalu menasihat, jangan terlalu mementingkan diri. Kata mereka tak bagus perbuatan tu. Ye ke? Yoyooh je! Aku setuju dgn pandangan mereka, memang tak bagus kalau asyik nk mementingkan diri, tapi tak bermaksud kita tak boleh nk pentingkan diri langsung. In some cases, kita terpaksa mementingkan diri, otherwise, kita akan dipijak dan sentiasa ketinggalan.
Dalam situasi kita beratur untuk membayar tol, dan ada segelintir org yg pintas guna emergency lane dan cuba masuk ke dalam laluan kita... apa yang kita buat? Mungkin ada yang berbaik hati, memberi saja laluan kpd mereka... pendekatan baik katanya. Tapi kalau aku, jangan harap la aku nak bagi.. ewah2, org lain elok2 je bratur.. ko sedap2 lak nak potong Q ye? Ya, mungkin kamu ada alasan yg kukuh untuk cepat.. tapi, jgn la terlalu mementingkan diri.... Since kamu da mementingkan diri dgn memintas org lain, kenapa aku tak leh nak mementingkan diri dgn tak bagi kamu masuk laluan tu? Fair lah kan?
Haha.
Ini saja untuk masa ni. lain kali sambung lg.
NUke
dalam topik : life
Selain tangan, kaki merupakan anggota badan yang penting! Cuba kalo korang tgk anjing or kucing. diorg kan ada 4 kaki. Mana ada tangan.. Cuba korg tgk diri sendiri. Ada 2 kaki! Haha.. kalah dengan kucing! btw, bagi manusia, tangan adalah anggota yg paling penting.. cuba tgk kucing tu smula.. takde tgn! Kagum kan dgn ciptaan Allah ni?
back to kaki.
Ada org jenis yg sangat cepat berpeluh. ada org pulak, nak keluar peluh tu pun payah. Bila peluh2 mengalir keluar dr bdn, tak kira la akibat berjemur tgh2 panas, atau bersukan, maka kita akan mula rasa rimas. Betul? Bayangkan kaki anda berpeluh dengan banyak... mesti rasa tak selesa kan? Tapi, kita bernasib baik, kalau pakai kasut, ada pelengkapnya; iaitu stokin. Jadi, aku amat menyeru org ramai untuk memekai stokin sebelum menyarungkan kasut.
Bila kaki berpeluh, peluh u akn dserap oleh stokin. Nasihat saya, sebaik saja anda selesai menggunakan kasut, sila tanggalkan stokin anda, DAN jangan terus simpan stokin tu ke dlm kasut, melainkan kalau anda yakin ia btul2 kering,.. sebaiknya, anginkan stokin tu tlebih dulu. maksudnya, letakkan di luar kasut.. supaya stokin tu dpt kering tlebih dulu, before simpan smula dlm kasut.
lagi bagus kalau korang basuh je trus stokin tu.
Bukan apa, peluh kaki ni ade skit macam bau busuk yg teruk! tak macam peluh2 ketiak yg disapukan deodorant, peluh kaki ni, nak2 lak yg ada cagu, lagi la.. bau macam lahan-t je. Aku admit aku suka letak stokin mrata2, tapi skitar kwsn kasut je la. sebabnya, aku taknak stokin aku tu kering dlm kasut lalu menyebabkan bau yg jijik.
Tapi, bagi aku, kalau nak mengelakkan kaki berbau, senang je.. rajin2 la sabun kaki. Kan?
NUke
Salam.
Aku rasa dah tiba masanya untuk entry ni. Sebagai menunjukkan sifat keadilan dalam diri, entry 'spender' tempoh hari perlula diseimbangi dgn 'Bra'. Cis! dasar pervert betul! hahaha. Sebelum ke isi kandungan yg utama, aku just nak share kegembiraan setelah berjaya men-submit final draft thesis aku pada jam 4.32 ptg tadi. Satu kelegaan yang bercampur perasaan terharu tatkala berjaya men-submit draft thesis itu.
Enough thesis. Sekarang ni masa untuk laid-back sambil korek2 hidung! Cis! kesat kat bawah meja pula!
Entry ni lebih membicarakana ttg pandangan aku terhadap something that we call 'Bra'. Umumnya, Bra adalah sjenis pakaian dalam bagi kaum Hawa. Namun, aku prcaya golongan Adam yang nak menjadi Hawa juga turut memakai bra. Correct me if i'm wrong okay! kalau kita gi mana2 shopping store or mall, mesti kita perasan yang section pakaian pompuan mesti lagi besar drpd section laki. Hal mcm ni adalah perlu! sebb lelaki kebanyakannya hanya memerlukan 1 jenis pakaian dlm yakni 'Spender@boxer'. Cuma kadang2 je beli singlet. Berbeza ngan girls, yang terpaksa membeli 2 jns pakaian dlm... Bra n panties (ye ke ni?).
Aku sangat kagum bila mlihat girls memilih bra. not to mention yang aku ni kaki skodeng kat shopping malls.. just bila2 aku temankan kawan2 or my sis beli2 baju, aku just terperasan akan kekhusyukan segelintir girls yg begitu takjub mukanya memilih bra.
Bra ni ad yang xde tali, ade besi la.. ada pelapik dia la.. ntah apape la.. And yang paling aku kagum ngan bra ni sebab dia ada saiz2 yang aku sendiri pun masih tak berapa nak faham akan perbezaannya. Apa itu cup? A? B? C, D, E? atau F? Argh! pening! nasib baik aku laki, xde la pening2 nk bli bra.
Aku masih tak begitu mahir akan bra! Nanti lah, tunggu aku da kahwin nanti, aku tanya la isteri aku pasal bra. Dan ketika itu, blog ni pun tak tahu lagi masih ada atau tidak?
Perlukah aku berblogging sampai tua?
perlu? Tak perlu? Perlu ke?
p/s: korang rasa, aku nak ke isteri aku nanti pakai bra?
NUke
Tolak ansur dan perkongsian tu adalah lumrah dalam hidup.
Tapi, ada sesetengah perkara tu sukar untuk kita kongsi kan.
Anda setuju?
Mungkin tidak.
Namun, masih ada yang bersetuju.
Jadi,
Tak perlu lah terkejut kalau ada orang yang sanggup berkongsi semua benda dan perkara.
...walaupun seluar dalam!
---
ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2008
Keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008
Bintang Paling Popular - Nabil
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
Penyanyi Lelaki Popular - Mawi
Penyanyi Wanita Popular - Datuk Siti Nurhaliza
Pelakon TV Lelaki Popular - Rosyam Nor
Pelakon TV Wanita Popular - Dynas
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular - Meet Uncle Hussain
Artis Nasyid Popular - Rabbani
Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil
Artis Komedi Wanita Popular - Norkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular - Nabil
Artis Baru Wanita Popular - Stacy
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Jamal Abdillah
NUke
Mungkin ramai yang tak sedar, kadang kala gurauan yang kita lakukan tu sikit sbyk mnyebabkan kemarahan org lain tanpa kita sedari. Walaupun kita tahu yg kita mmg saja nk buat org tu marah atau tak.. seharusnya kita meminta maaf.
Slot pantang larang kali ni nk membincangkan kelakuan yang suka 'Tolak Kepala Orang Lain', tak kira lah sama ada dalam keadaan marah, bergurau, ataupun tanpa sebb yg konkrit. Korang suka tak tolak kepala org lain? Suka? Haha.. Ni nak tanya pulak, korang suka tak kepala korang kena tolak ngan org lain? Huh? Tak suka? Haa.. tau pun tak suka.
Bagi sesetengah org, (macam aku ni), kepala mrupakan tempat yg paling tinggi pd bhgn tubuh (mmg la kan sebb kepala kat atas kan?). Entry ni aku just nk crita pasal kepala ok, kalau korg berhajat nk bergurau2 pasal kepala2 yg lain.. aku mls nk layan!
Aku cukup tak suka dgn kelakuan sesetengah org yg suke sgt tenyeh2 kepala org lain sambil bercakap "Ek el le..." or "kepala hotak ko!". Apa kau igt kau ke yg lahirkan aku? Kalau mak ayah aku tenyeh2 kepala aku ni, aku tak kesah sebb diorg mmg ada hak ke atas diri aku ni. Ni kalau setakat member2 (or boss2 ke), ape hal lak kau nak tenyeh2 kepala aku? Ko ingat kepala kau tu bagus sgt?
Bagi aku, kalu setakat nk berseloroh tepuk2 blakang ke, pukul2 bontot ke, aku leh terima lagi la... ni kalau dah tahap gurau2 tepuk2 kpala... ape kes? nak cari gado?
Kalo sapa yang ada tabiat suka tepuk kpala org lain ni, aku nasihatkan, hentikanlah. Tak semua org suka dengan tabiat tu. Kalo ade yang terasa, aku minta maaf awal2. Ni just pandangan aku.
(still mengumpul info pasal BRA)
NUke
dalam topik : life, pantang larang
Salam.
Hm, malam tadi, aku bercita2 lah nak menyiapkan sepenuhnya tesis aku tu.. tapi lain lak jadinya, aku kuar makan, lepak2 kat bilik, n sentuh skit je tesis tu. Haha. Oh ya, aku dapati entry Spender Selesa yang lalu sangat mendapat sambutan. Ternyata tajuk spender adalah tajuk yang bagus. Haha. Enough spender!
korang perasan tak yang lately, penulisan aku dlm blog ni agak skema? Skema kah aku? Cis. Ni la akibat menaip tesis 24/7. Bahasa pn jadi poyo2 n baku jer. ntah pape la aku ni. So, kalo korg rs blog ni mcm jd skema jap.. bersabarlah.. nanti2 aku alter balik style nukilan aku sprti dulu2 ok.
Oh ya, nak bercakap pasal cinta. Honestly, aku ni bukan la tau menahu sgt psl2 cinta ni. Nak2 lak kalo suruh cerita pasal cinta dalam blog ni. Aku admit yang aku ni jenis perlakuan-tak-romantik. So, aku kesah ape kan? Kak Kiah kampung sebelah pun tak amik tahu pasal aku ni kan? Haha.
Ramai org (basically kwn2) desak aku suh crita psal lover aku kat dlm blog ni. Eiysh! Takde keja lah aku nak letak kesah2 cinta aku kat dlm blog ni. Sorry ah bro.. sis... bukannya kedekut ke hape.. cuma tak ready lg kot.. or maybe, aku tak suka kot!
but then, ada jugak member2 aku yg berkata: "tak payah laa letak2 pasal awek kat blog ko tu.. aku rs org lain bukannya nak baca sgt pun psl awek ko tu!"
hm.. betulkah?
Btw, final draft thesis aku untuk viva ni dah di-approved oleh my supevezor.. skarang, masa untuk rilex, sambil mencr info pasal Bra pulak! hahaha.
NUke
Salam.
Hari ni, aku mulakan hari dengan mandi pagi yang membosankan tatkala diri masih lagi tak cukup tidur dek kerana usaha menyiapkan tesis pada malam tadi. Justeru, mata aku kelihatan sedikit bengkak. Hm, then, after mandi, aku ke Bangunan Sains Nuklear dengan harapan untuk berjumpa penyelia tesis aku. Bila aku pergi ke bilik dia, alih2 dia takde pula. Lepak di bilik tutorial sambil buat2 bising yang annoying before discuss few things about thesis writing.
Kul 11, aku pergi semula ke bilik penyelia aku tu, still takde orang kat dalam tu, then aku dapat tau yang semua pensyarah sdg bermesyuarat pagi tu. Cis! kalau aku tau, mesti aku da bangun lambat kan?
Tengah hari tadi, aku dah renewkan lesen memandu! woohoo! kegembiraan melanda kerana dah boleh drive keter Nora de lala, dan juga motor tersayang.
Back to the tittle. Aku yakin, korang semua mesti ada pakaian kegemaran kan? Baju ke? seluar ke? even boxer or bra (bg yg pompuan lakan!). Haha... betul tak? betul tak?
Ok, since ada beberapa orang bertanyakan kepada aku, "kenapa (kebanyakan) lelaki suka pakai 'spender' yang lama ah? kadang2 tu sampai dah koyak2 pun pakai lagi.."
Mula2 aku nak je jawab balik "macam mana kau tahu?" tapi.. malas aa... Maka, dr pandangan aku, inilah jawapannya.
Barang yang baik susah untuk dibuang kan? Sama juga dengan spender. Aku admit yang aku lebih selesa dengan spender aku yang dah lama aku gunakan (bukan spender yang tak basuh ok!), kdg2 tu sampai dah 3-4 tahun spender tu still ada dalam almari baju aku ni! Bercerita pasal spender ni bukan menunjukkan yang aku ni jenis tak tahu malu, tapi aku just nak berkongsi cerita 'how i look at things'. Aku harap para pembaca tak kesah!
Spender yang baru dibeli agak kurang selesa untuk dipakai. Sebab apa? Sebab getahnya masih kuat dan menyenakkan perut . Then, kainnya juga still keras n kadang2 tu terlalu 'grip' dan menjadikan Mr. Z itu tak dapat kebebasan sempurna. Ini juga boleh mengganggu prestasi penghasilan benih2 anak yang sempurna, kacak, dan lawa kelak!
Then, kenapa prefer yang lama?
Senang je... sebab getah spender tu pun dah flexible dan sesuai mngikut lilitan pinggang. So, takdela rasa terjerut sangat kan? Kalau perut buncit lepas mkn pun still rasa selesa dan tak senak. Lagipun kainnya dah jadi lembut dan selesa dipakai.
Kalau spender yang koyak pun, kau pakai juga?
Depends. Kalau dah koyak tang tengah2 tu, ape kejadahnya aku nak pakai lagi kan? baik buat tenyeh muka kau je! hahaha. Kalau setakat koyak2 kcik n kat tepi2 tu, aku rasa aku pakai lagi kot. Lagipun ni 1 langkah untuk kita berjimat!
Jadi, aku harap, pandangan aku ni boleh lah dikongsi bersama. Bukan untuk menceritakan keangkuhan ataupun keburukan diri, tapi ini hanya satu perkongsian cerita. Bukan senang korang nak dengar crita psl hal2 ni kan? Tambah2 drpd seorang lelaki. Aku nk wat entry ni pun fikir 2-3 minggu dulu.. huhu.
aku lagi prefer pakai boxer. BEBAS untuk bernafas!
NUke
Salam.
Semalam, hari sangat panas menyebabkan kulitku turun darjah kecerahannya. Takpe, abaikan sebentar hal itu. Petang semalam, aku try siapkan beberapa paragraph untuk Bab 4 tesis aku. By maghrib, aku dapat la tambah few things and repair mana2 kesalahan dlm chapter2 yang lain. Kul 8 malam, dah janji dgn geng2 kolej ni tgk wayang. Cuba teka crita apa?
ceritanya ialah Pantas & Garang 4. atau nama bahasa inggerisnya ialah Fast & Furious 4. Ceh! ternyata buruk bila ditukarkan ke Bahasa Melayu. No offense okay!
Mula2 pergi Alamanda, dlm kul 8.50 kot sampai kat kauntr tiket GSC tu. Alih2 tgk banyak seat dah penuh. Since bukan selalu nk lepak2 tgk wayang, and alang2 dah sampai situ, kitorg beli lah jugak tiket walaupun seat tu di 2nd row depan belah tepi kanan. SANGAT TAK BEST. Ni sapa lah punya idea nak gi tgk wayang ni ha? siapa? siapa?
Haha, mula2 tu kitorang takde la kesah sangat since brader kaunter tu ckp skrin n seat tu agak jauh. Ingatkan jauh la sangat. Haram je!
before melempiaskan nafsu menonton wayang, kitorang ke Burger King untuk makan malam! Cewah! Makan benda biasa je, burger feveret French Chicken ngan air Vanilla Coke - satu diet yang tak seimbang kan?
Then, round2 jap dlm Alamanda before masuk cinema hall.
Akibat seat yang terlalu depan dan dekat dengan skrin, di tambah lak kedudukan kerusi yang berada di sebelah tepi, maka kitorg 4 org ni pun bersenget2 tengkuk just semata2 nak menonton PANTAS & GARANG4 tu. Rugi kalau korang tak tengok! Out of 5 stars, aku bagi 4.85 je. Kira okay la tu kan? Tapi kalau korang nak tgk kat wayang, better la korang wat booking dulu, or at least beli tiket awal2. Kalo tak... meranalah tengkuk korang nanti.. macam aku!
NUke
Salam.
Lewat ini cuaca agak panas pada waktu siang, dituruti dengan hujan lebat pada sebelah petang. Jadi, apa implikasi cuuca kepada aku? Senang saja, cuaca menjadikan aku semakin rajin, bertanggungjawab, dan menjadi sopan! Cis! tu semua tipu! Ketidaktentuan cuaca ni menyebabkan aku menjadi semakin MALAS, tak bertanggungjawab dan juga LAPAR! huhu.
Namun, beberapa minggu lalu, aku kerap ke ANM, untuk masuk lab bagi menyelesaikan tesis aku, dan menyaksikan aku berpanas terik dibawah mentari yang garang. Apekah kesannya? Mestilah haus dan juga mengalami sakit kepala. Haha, panas terik juga ternyata mengubah sesuatu yang sinonim dengan aku iaitu kecerahan warna kulit.
Dek kerana berpanas dalam tempoh masa yang agak lama.. maka kualiti kecerahan kulitku merudum ke tahap yang..... ntah!
Aku makin gelap!
Biasa la.. nampak macam buat kerja skit kan? Haha!
NUke
Salam.
Aku sangat emosi minggu ni. Permulaan hari Isnin yang tidak begitu baik kerana aku tak tahu ada kelas taklimat viva jam 0830 pg tadi. Dan aku juga mengalami tekanan akibat ketidak-siap-an lagi Bab 4 dan Bab 5 tesis aku. Kena submit final draft pada 13 April 2009. Aku juga menjadi tak tentu arah dan mengambil keputusan untuk tak ke kuliah akhir subjek fotografi untuk ke Sains Nuklear.
Tak cukup dengan itu, aku juga mendapati aku di tag oleh Mira yang mana tag itu ada kena mengena dengan 6th folder dan 6th picture dalam folder tu. Maka, untuk menjaga keaslian gambar yang diperlukan itu, aku mengedit terlebih dahulu sebelum memaparkannya di sini.
Korang rasa la kan, berapa banyak huruf T ada dalam entry kali ni?
33 huruf! (aku rasa la!)
NUke
Salam.
Benda pertama yang aku pikir sebaik saja aku sampai ke bilik di UKM ni adalah meng-update blog! Cis! kalau lah ibu bapaku tahu, maka hancur luluh lah harapan mereka... Mesti diorang ingat aku balik UKM ni dengan perasaan tak sabar2 nak siapkan thesis writing... tapi haram jadah!
Emosi agak tak stabil. Hari ni, aku ikut ibu aku hantar adikku ke sekolah asramanya. Turut disertai oleh Angah. Since lesen aku da expired, maka Angah lah menjalaskan tugas sebagai driver manakala aku co-driver yang perlu memastikan diri aku dan diri Angah tak tidur tatkala hujan lebat yang menyebabkan kemengantukan. Sampai rumah jam 6.30 ptg. Layan kerenah anak buah sekejap sambil tgk TV sementara menunggu waktu Maghrib dan masakan malam siap.
Habis makan, kemas2 barang and mula bergerak ke stesen Terminal Putra. Angah hantar aku since dia pun nak balik ke rumah dia kat Ampang. Perjalanan ke KL Sentral amatlah smooth dan untuk itu, aku amat menghargai teknologi LRT Putra yang satu ketika pernah memegang gelaran "Sistem Rel Keretapi Tanpa Pemandu Paling Panjang Di Dunia". Tapi sekarang aku tak pasti akan gelaran itu... masih dipegang erat lagi kah?
Sampai KL Sentral, aku terus beli tiket KTM Komuter ke UKM yang berharga RM3.30 tu. Trun ke platform 6 dan tunggu tren.
Tunggu dan terus menunggu...
Tunggu lagi... dah setengah jam aku tunggu ni...
Tunggu dan akhirnya ada lah satu pengumuman:
"Tren ke Seremban akan tiba dalam masa 30 minit"
Tatkala aku mendengar perucapan itu... hatiku berdetik memaki hamun setiap orang yang bekerja di KTM walaupun brader Pakistan yang hanya bekerja sebagai cleaner di situ. Oh Komuter, apalah nasib kamu? Adakah kamu selalu sangkut di tgh2 rel lalu menyebabkan kelewatan? Atau kamu dipandu oleh pemandu yang tak mementingkan jadual waktu kerja?
Atau masalah teknikal yang perlu dipersalahkan?
Jujur aku katakan, kelewatan itu SELALU berlaku bagi tren yang menghala ke Seremban! Vavi betul!
Aku rasa la kan, tagline KTMKomuter tu patut di ubah la, daripada "Keselamatan Anda Keutamaan Kami" ke "MASA Anda Keutamaan Kami".
Korang tahu tak macam mana nak saman KTMKomuter?
NUke
Salam.
sedang-sedang aku view gambar2 yang ada dalam folder 'My Picture', aku terperasan akan style rambut aku yang berubah dari semasa ke semasa. Jujur aku katakan yang aku sangat mementingkan gaya rambut kalau nak ke mana2 event, or even nak ke kafe. Haha! Pada aku, rambut itu penting! Huhu...
So, kat sini aku compile kan beberapa gambar yang aku crop; menunjukkan style rambut aku yang berubah2 tu, since aku Darjah 2, sampai la aku dah masuk UKM.
Pada aku, aku suka style rambut aku waktu aku kat Matrikulasi Melaka (2005), ala2 poyo jer bila dikenang2 semula, tapi, itu lah aku. Mmg poyo pun. Apape pun, aku merasakan yang aku semakin banyak kehilangan rambut. Mungkin ini satu indicator yang cuba memberitahu aku bahawa aku akan botak suatu ketika nanti. Oh ya, teringin juga nak membotakkan kepala suatu hari nanti.. Apakah rupa aku tatkala aku botak nanti? Oh, masih tak terbayang lagi~
Aku nyer tagline waktu skolah dlu.. (mungkin sampai skarang!):
"My Hair Is My Beauty"
Bila dikenang2, apa saja lah yang penting sangat tang rambut tu kan?
NUke
Salam.
Maka berakhirlah sudah pembentangan hasil kajian thesis aku. Memang mencabar bagi aku untuk menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh pemeriksa aku dan juga pensyarah2 yang lain. Takpe, aku ingat kalian semua sampai bila2. Haha... Bukan berdendam okay! Saja je buat ekspresi macam tu. Anyway, aku rasa sedikit lega selepas pembentangan hasil tu tadi. Poor Ferdi and Nora sebab diorg di-schedule-kan untuk membentang pada esok pagi. Sepatutnya petang tadi turn diorg... Takpa2, ada hikmah disebalik kejadian...
Oh ya, semalam; April 01, 2009. Lesen memandu aku tamat tempoh. Haha, dan aku masih tak me-renew lesen. Sebab nya? Ingatkan nak renew hari ni, since ada presentation, maka tak dapat la nak renew lesen. Esok atau lusa je lah aku renew. Lagipun duit biasiswa IBAY (IBu AYah) tak masuk lagi. Maka bersabarlah ya.
Enough.
Kembali kepada beberapa perkara yang aku tak sempat nak ceritakan di sini. Kembali ke 31 Mac, yang mana aku ada dinner kolej, dan tadi, Mira baca blog aku and kata nak tengok gambar2 dinner. To Mira, aku tak banyak sangat amik gambar malam dinner tu, nanti aku amik gamba2 dr kwn2 aku, pastu aku ltak kat sini ok.. Insyaallah...
Then, My 1st ever blog-award given by Mr. Shari (as mention in previous entry).. ni lah dia. And supposed ly aku kena bagi award ni kat 7 org yang lain. Sapa nak, bgtau aku ok. Ahaha.
Yes! maybe my presentation is good, but still...not my best.
Malam ni boleh lah main futsal! Yay!
NUke
Ketika aku mula taip entry ni, jam menunjukkan 2330. Bermakna ada 30 minit lagi untuk masuk ke 2 April 2009.
31 Mac:
Ada majlis makan malam tahunan kolej aku. Temanya tak pasti, rasanya tiada tema. Cuma tagline nya adalah "Malam Pesona Bintang". Aku malas nak hurai panjang lebar pasal dinner tu sebab most of my friends dah explain n cerita pasal dinner.
Apa yang aku pakai? Baju belang hitam emas ngan topi koboi yang aku jumpa kat rumah. Antik rasanya topi tu, sebab ada tulis tahun 1758. Apape je la, yang penting aku dapat makan malam tu and meja kitorang blakang meja VIP. X istimewa pun. haha...
Habis dinner, mendapat satu tekanan. 2 April, jam 0900 akan menyaksikan aku membentangkan hasil kajian tesis aku tu. Huhu, cuak pulak rasanya dengan last minutes preparation, aku still leh menggatal2 tangan untuk wat blog! Apekah?
Oh ya, dapat Award dr Mr. Shari, nanti bila ada masa lapang lepas2 ni aku wat pasal award tu pulak. anyway, thank you to Mr Shari.
Aku makin pressure. Nokhtah.
NUke