Sama seperti tahun 2008; aku akan merumuskan apa yang dah berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun ini. Kiranya re-cap la konon2nya. Macam harraamm... takdelah, selain memudahkan aku utk refer pada 1 entry saja, korang pun leh gak busybody and amik tauladan atas segala peristiwa yg terjadi pada aku sepanjang tahun ini.

Dan nyatanya, tak semua perkara baik berlaku. Ada moment yg sedih, gembira, teruja, dan juga terhina. Lumrah alam. Even cerita dongeng pun tak semuanya indah. Pasti ada satu watak jahat yang mahu merosakkan kesucian cerita itu. Walaweh, analogi bukan kepalang lagi.

JANUARI
Alhamdulillah, 2009 aku dimulakan dengan baik dan ketika itu aku bergelar pelajar prasiswazah Sain Nuklear yang menikmati semester terakhirnya di UKM. Selain kegembiraan yang tercalar akibat desas-desus yuran pengajian yg dinaikkan; aku juga berjaya mengikuti ekspidisi menawan Gunung Angsi, N9 anjuran Badan Kaunselor Rakan Sebaya, KUO.


Tak banyak juga peristiwa yang berlaku selain drpada usaha gigih aku yg masih mencuba menarik seramai pembaca ke blog aku ni.


Aku juga tahu yang satu entry aku di blog ni di'quote' dan dipostkan di yoyooh.com di bawah kategori 'hard talk'. Terima kasih kepada sipenge-post itu sebab sudi membaca dan membawa entry aku itu ke-tengah dan dinilai oleh komuniti remaja lain. :)

FEBRUARI
Kesibukan diri dengan projek tesis. Ulang-alik ke makmal di Nuklear Malaysia & dalam masa yang sama berlaku banyak salah faham antara aku dengan 2 org sahabat. Entah apa lah khabar dorg skang? Februari 2009 merupakan salah satu bulan yang tak stabil bagi aku. Banyak sangat permainan emosi. But dlm masa yg sama, status blog mulai kelihatan stabil dengan bertukarnya layout baru. Start dr bulan Februari, aku mula menerima feedback yg konsisten drpd pembaca yg kbanyakkannya adalah kwn2 kolej univ. gak dlu. Haha.

Beli kamera baru berharga RM750 utk kegunaan peribadi & subjek fotografi. Dan bermulanya slot 'Pantang Larang' di blog ni pada 10 Februari 2009; dengan edisi pertamanya 'Kencing'. Juga merupakan ulangtahun nukegroup yang pertama pada hari itu! Hahaha. Bulan Feb juga menjadi penanda aras blog aku setelah berjaya mendapat 5000 views-nya yg pertama. Dan pada masa yg sama aku juga mula minat pada Bunkface! Diorg datang UKM utk happeningkan lagi Karnival kolej Keris Mas.

26 Feb 2009 : aku postkan entry yang ke-100 pada blog ni.

MAC
Selain drpada kehebohan 'Earth Hour' yg mana UKM carik nahas dgn para studentnya yg gigih menyiapkan tesis, aku rasa Mac menyambung ketak-stabilan emosi aku di UKM. Dek kerana perselisihan faham antara aku dgn someone, aku pernah tutup blog utk seketika selain drpd meremovekan shout-box. Family day kolej yang so-so dan tak semeriah sewaktu aku 1st year... dan juga keberanian aku untuk menggunakan photoshop utk mengedit gambar utk blog. Mac; aku banyak duduk dalam lab dan hang out dgn Nora & Ferdi, ke sana sini dgn kamera! Bajet!


APRIL
Dalam bulan ni je, aku post 31 entries kat blog ni. Ramai yg mula melabel aku sbg blogger tegar. But at the same time, aku cuak dek kerana viva @ ujian lisan thesis. Gabra sial bila pemeriksa aku cakap "Your writing is not as good as your blog!". Oh Tuhan! lecturer aku membaca blog ini. Nasib baik aku takde talk bad about them! Anyway, lepas viva aku down gila. Dekat seminggu lebih aku tak sentuh thesis utk wat correction. April jugak menjadi bulan exam terakhir aku as degree student in UKM. Study group dengan Nora & Ferdi (and sometimes with Faeezah). Lokasi study kat sekitar Bangi & Putrajaya. Banyak masa utk makan & borak2.. study cuma 15-30 minit je. Dan utk menenangkan hati yang duka, ibu sanggup datang and spend the whole day dgn aku... bagi semangat dan motivate aku utk habiskan thesis! Thanks mom!

Dan oh! aku rasa aku ada post one of my favourite entry ever during April; 'Spender Selesa'.


MAY
Tamat exam. Hantar thesis dan menjadi penganggur tak rasmi. Status kewangan yang tak memberangsangkan. Pastu join jaga exhibition di PWTC utk WaterMalaysia2009. Oh, Ferdi join sekali dan habis je event tu, kitorg memboroskan diri dgn wang gaji di The Mall. Dan satu peristiwa penting yang aku takkan lupa; aku join 'yoyooh.com The Bloq Squad Challenge'. Satu pertandingan yg menyaksikan peserta dinilai dan dikritik hebat based on their entries. Haha. Dlam bulan ni jugak aku byk stay kat kolej sama2 dengan Topeq, Ijan, Apish & Epong. Akibatnya, kna denda sebab share bilik. Pastu bengang ngan pengetua!


Ulangtahun pertama blog NUke Rude pada 10 Mei 2009! dan makan malam Nuklear juga berlangsung pada bulan Mei!!!

JUN
Tukar layout blog lagi. Kali ini warna putih!


Cabaran BlogSquad masih berlangsung sepanjang bulan ni. Tak banyak perkara berlaku pun. Banyak lepak kat rumah dan rumah family angkat di Semenyih. Ake menjadi freelancer penulis. JUga, trip terakhir nenek ku ke rumahnya di Jasin. Dan keasyikan menikmati Transformers Revenge of the Fallen!


Dalam enam bulan pun dah macam2 perkara jadi. Gaduh ngan member baik sendiri. Down dengan thesis. Freelance writer. Blogger tegar. Macam2 lagi lah. Next entry aku story pasal the other remaining enam bulan ya!

NUke

13 Comments:

  1. AkU said...
    ko memang blogger tegar..nge~~
    NUke_Rude said...
    AkU:
    i'll take that as a compliment. ramai gak ckp aku camtu.. huhu
    AkU said...
    frankly..it's a compliment from me to u..
    NUke_Rude said...
    yeah.. i knw.. thx br0
    :)
    AkU said...
    keep it up man..
    i like ur journalism..
    lean back..i mean..lay man..senang nk digest..diction..ngeee~~
    NUke_Rude said...
    okie dokie br0.. keep on reading kay ;)
    Faizal Sulaiman said...
    just for u know, aku sgt suka baca entry kau sebab penulisan kau ;p

    yeahhh keep writing okay nuke.
    Unknown said...
    hahaha
    kagum dgn ko ok blh buat entry byk2...
    bila aku nk blh bt mcm tue..
    haahaha
    farish izaryl @izreez said...
    mmg bloger tegar ni ehhe good job!
    NUke_Rude said...
    faizalsulaiman:
    ha! tak tau nk ckp ape lagi.. terima kasih sebab membaca & support blog ni ! :)

    tengku:
    alah.. lama2 boleh la tengku! hahaha

    farish:
    kamu pun sama.. haha. thx!
    iyllienaz said...
    hey..keep on writing..=)
    always try to spend time reading ur blog..
    NUke_Rude said...
    iyllie:
    terima kasih iyllie! serius... terima kasih! :)
    Ren said...
    Huhuhuh meriah! Meriah!

    Teruskan usaha anda!~

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.