Salam. ini merupakan entry yang ke 100 semenjak aku start blogging menerusi blogger.

Kenapa aku letak silver? kenapa tak gold? Haha, sebabnya aku pun tak pasti sama ada entry yang ke 100 ni mmg membawa gemilau emas ke tak. Pada aku, dengan usia blog yang tak sampai 1 tahun lagi ni, memang terlalu muda bagi aku untuk menyatakan yang blog aku ni dah 'gold' edition. Kalau korang tengok pun, layout blog aku ni pun malap2 silver je kan? Haha.

Edisi ni mungkin panjang. Kalau nak baca, sila. Kalau taknak, xpe. Aku tak paksa.

Bukan senang nak blogging ni. Tak semua orang boleh terus curahkan idea on the spot and on the dot. Sometimes we need to read other peoples' blog to get ideas, and to get to know about what had happened around us.

According to my previous entry, yes i did mad at people yang suka guna phrases yang originally dtg drpada kita sendiri. So, jangan lah berterusan begitu. Kan lebih bermakna kalau kita buat identiti sendiri kan?

Dah 100 perkara dibincangkan (termasuk entry ni) oleh aku. Dan jujur aku katakan yang usaha memeras idea untuk menjadi bacaan umum adalah SUKAR. Aku tak pernah menafikan kepayahan dan kesusahan mana-mana pelajaran kejuruteraan, Islamiah, teknologi komputer, dan juga bahasa. Namun aku tak juga mengatakan bahawa bidang pelajaranku adalah 'Senang'. Masing2 equal. Dan sebagai student yang membesar dan belajar sains semenjak Darjah 5 lagi, aku lali dengan segala istilah saintifik dalam setiap penulisan yang aku utarakan.

Ya, pendapat tidak sama. Perlu dibincangkan. Tapi tidak perlu berlarutan. Cukup setakat kita mencapai kata sepakat. Entry ini tak menafikan mana2 individu, cuma pendapat yang ingin dikongsi bersama.

Benar aku kadang kala agak emosi. Namun, diri kamu itu lebih emosi. Sedarkah kamu bahawa rakan-rakanmu mula menjauhi mu. Tidak lagi ingin bersamamu. Bergelak ketawa dengan jenaka yang hanya 'syok sendiri'.?

Benar perilaku aku itu kadangkala lebih bersifat bongkak dan meninggi diri. Aku hanyalah manusia keji, yang berterusan melakukan dosa. Aku akui salahku itu. Tapi tidak bagimu, kamu elihat langkah dan tindakan mu adalah yang benar dan terbaik, tanpa mempedulikan pendapat sahabatmu yang kadangkala jauh lebih baik daripada kamu. Mengalah lah. Apakah erti membangkitkan budi yang lama, tapi mencari ungkapan kasih atas kerja yang tidak ikhlas?

Ah. Aku mungkin bodoh dalam berbahasa indah. Jauh sekali untuk membidas. Tidak malukah kamu pabila sudu melebihi kuah? Apakah kuah tidak seberapa, besi pun disuap juga? Bukan bidas katamu itu, cuma pendapat saja. Betulkan frasa mu itu ya!

Oh ya, aku menulis hal ini krn mual barangkali...?

Semalam, mungkin hari malang buat sahabatku - Nora. Namun aku mengharapkan hari2nya semakin dilimpahi sinar lembayung-Nya. Aku akui persahabatan antara aku, Nora dan Ferdi semakin rapat dan menjanjikan hiburan tatkala kami menghampiri saat2 akhir bergelar mahasiswa prasiswazah di UKM. Alangkah indahnya jika semua sahabatku dapat lepak bersama2 lagi.

Aku tak bercadang pula nak berbahasa Inggeris secara penuh dalam entry ni.

Dengan jumlah lawatan sebanyak 6235 (stakat yang aku tgk ni), aku mahu sekali mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang setia membaca dan merespon dalam setiap entry yang aku paparkan ini.

Kepada sahabat2 kolejku, terima kasih. Sangat terima kasih. Sebab menyokong aku dalam setiap edisi entry yang aku paparkan. Sememangnya hasil yang original akan lebih menarik kan? Haha.

Oh ya, hari ni, aku habiskan masa ku di Lab di Agensi Nuklear, dan juga kuliah. Atas saranan dan prmintaan kebanyakan rakan kuliahku, ku uploadkan juga contoh soalan mid-sem subjek Elektronik Nuklear.


klik untuk besarkan

Oh ya, aku ingin merakamkan penghargaanku buat insan2 ini, kerana idea, sumbangan, dan juga perbincangan kreatif dalam menjanjikan sebuah entry yang menarik; Silvery 100.
  1. J
  2. Kamu
  3. Kamu
  4. Kamu
  5. Kamu
  6. Kamu; dan juga
  7. KAMU!

Kamu tahu siapa kamu kan? Sesungguhnya pengaruh kamu sememangnya kuat pada blog yang tak seberapa ini.




Ikhlas daripada aku;

NUke
author of http://nukerude.blogspot.com/

11 Comments:

  1. charco said...
    dah cecah 100 dah entry dlm blog ni.. tahniah n keep on writing k..

    see u when i see u..(maaf hamba pelajar cuma science yg tidak mampu bermadah puitis)

    -dalam poket-
    charco said...
    alamak..terkantoi bahasa tunggang langgang (obvious benar bdk science..)

    corrected version:

    "maaf..hamba cuma pelajar science yg tidak mampu bemadah puitis.."

    -mode gelakkn diri sndri-
    aPish said...
    alahai..
    kalu xterasa gak tatau la aku..
    huhuhu..

    weh! yg pic black n white tu gamba pe sbena nye..plek je ak tgk makhluk tersebut..wuwu..makhluk tu kne tangkap ngn polis ke?
    NUke_Rude said...
    huhu.

    to charco:
    haha. yer. anda budak science!

    to apish:
    gamba tu Nora captured tghr td. time nk g warta. Ada maskot McD promo valuemeal lak. haha
    Afir said...
    wah..blog dh dpt jubli perak..celbrating the 100th entry. xnak istiharkan cuti ker satu Malaysia..huhu..

    pepe pun congrats..

    truskan berbloging yerk!!!
    caiyok
    ejan said...
    huhuhu.. wat la jamuan cket.. celebrate 100th ni.. heheh
    Anonymous said...
    umedeto!!congrats in japanese.
    apa yg dikatakan itu benar,cuma mengambil masa utk memahami puitis mu.(sah2 bdk science!)haha..
    keep up writing k..
    u're one of my good friends.:)
    Nizam Zahri said...
    x aci
    aku x smp lagi seratus..
    hurmm
    ko ni marah saper nih...
    mesti budak tu jahat..
    aku comey dan baek jerk sepanjang masa..

    yang part McD tue, elok lah wat promotion, kecian McD warta, semenjak ada PKNS nih..

    Verification today: unsmiti
    rizal kamaruzaman said...
    komen gamba : ko wt pe kt hentian kajang tuh?
    NUke_Rude said...
    to afir:
    x perlu lah cuti seMalaysia. Siapa je aku ni... huhu.
    byw, thanx.


    to ijan:
    kejadahnya nak celebrate.. bajet lari ni.


    to shaima:
    tengkiu2. akan ku terus menulis blog selagi ada yang menyokongku.


    to nizam:
    haha.. aci? ko gi la batu caves. byk kot aci kat sana.

    hmm, marah gak la.

    psl mcD tu.. huahuahua. tiada komen

    to rizal:
    eh. suke hati aku aa nak watpe pun kat situ. hakhak. DAh tempat pn hentian kajang.. anta org naik bas la~
    nora de lala said...
    (tulisan utk 2 entry)
    haha. tahniah mimi..
    dah silver dah.. nntu bila dah gold,blanja aku donut jco ek.. haha

    thnx ar menceriakan aku lpas aku kena saman , (tok ferdauz gak)haha.. what a bad day.. nk pukui2 pak guard tuu..
    pak guard= dark matter.
    dark matter= menyakitkan ati menyakitkan ati= x payah peduli

    tulisan ini ditujukan wat pak guard yang sorang tu jer..

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.