Salam.

Asalnya tajuk blog ni lain. Tiba2 datang pulak roomate aku kat belakang ni. Terus aku lost beberapa idea spontan. Oh ya, hikmah daripada tindakannya itu, tiba2 aku dapat idea baru tentang perkara yang ingin dikongsi.

Korang pernah tak rasa rindu kat ibu bapa? Or, at least rasa macam nak dakap je parents korang, especially time korang rasa down gila2?

Bagi aku yang not a family type ni, perkara sebegini agak jarang datang bermain dalam fikiran ni. Tapi, pagi tadi menyaksikan yang aku hampir nak menjerit dalam lab sorang2 and memaculkan ayat ini:

"Ibu... mana ibu ni? Orang nak sangat peluk ibu!"

Bukan lah nak membangga diri. Tapi sebenarnya aku baru sedar yang Parents tu orang yang sangat penting kan? Ya Nuke, penting! Kenapalah kau berat sangat nak mengakui yang kau merindui ibu bapa mu? Kenapa lah sukar untuk kau peluk ibu bapa mu yang semakin tua tu? Kenapalah kau tak mahu ambil kesempatan sementara mereka masih ada ni untuk kau ucapkan rasa sayang mu kepada ibu bapa mu?


Mungkin aku mementingkan kerjaya barangkali? Oh tidak! Aku cukup takut jika apa apa berlaku kepada keluargaku. Takutkah kamu seperti aku? Aku anak lelaki. Besar tanggungjawab yang menantiku. Ya, memang besar.

Aku rindu ibu bapa aku.









Tadi aku lepak-lepak. Merenung masa depan barangkali, ataupun membuang masa yang dikatakan emas oleh orang kebanyakan itu. Apa sajalah. Maaf sahabat. Maaf kan aku kalian. Entry ini lebih kepada mood expression. Barangkali kamu jelik kerana membaca luahan hati yang hina ini? Ya, mungkin ya. Sebab aku lelaki kah?

Apa? Lelaki tidak boleh merindui ibu bapanya kah?

Kejam nya pemikiran mu itu!







NUke

6 Comments:

  1. Anonymous said...
    entry ni btul2 wt aku nanges....oh..mama.....i miss u n i love you so0o0o0o much!
    sYukCurz said...
    b strong man. sentiasa ada org yang sudi mendengar luahan kecil itu..
    charco said...
    I miss my parents too.. but there's no turning back for me.. be thankful of wat u hav today before its too late.. appreciate ur parents as their love will last forever...

    -mode: missing my besfren ever, mum-
    aPish said...
    wuwu..
    ko wat ak wndu fmily ak..
    nk blk umah la esok..
    ejan said...
    i luv my family..family luv me 2.. i luv mira 2..hehehe
    Costa Rica said...
    hhhaaaa best nye dok kat kg ni...mak ayah sentiasa di depan mata..kahkakhahh terbakar tak?

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.