Siri 14

"Gila ke apa korang ni? Tiba-tiba bercium? Gay ke apa?" herdikan yang dilemparkan Arief sedikit sebanyak mengejutkan Asyraf dan Xyryll. Terkejut. Tidak mereka sangka ada insan lain di dalam bilik itu. Nasib baik cuma Arief, kalaulah Fadhiri ada sekali, pasti keadaan menjadi kecoh.

"Eh Arief! Sorry, aku tak perasan pulak kau ada dalam bilik ni...", Xyryll cuba bertindak seperti biasa. Segera bahu Arief dipegang dan diurut-urut perlahan. Sementara itu, Asyraf masih lagi kaku berdiri, mungkin malu dengan Arief akan kelakuannya mencium Xyryll sebentar tadi.

"Nasib baik aku yang nampak... Kalau Fadhiri tadi, silap-silap dah dihebohkannya pada semua orang. Kau pun sama... nak projek ke.."

Sambil Arief masih membebel dan mengemas meja tulisnya, Asyraf segera duduk di katil. Kepalanya digosok. Mukanya juga digosok. Dia masih terkejut dan tidak percaya akan nekad kelakuannya menyambar bibir Xyryll yang nipis itu. Untuk seketika, Asyraf tersenyum sambil merenung lantai.

"Sorry eh Arief, kau jangan bagitahu Fadhiri lak!", Xyryll beria-ia memujuk Arief untuk tidak mengendahkan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Sebagai balasan, Xyryll berjanji untuk membelanja Arief makan tengahari esok hari. Pelawaan yang barangkali lebih berunsurkan rasuah. Selepas menolak pelawaan Xyryll itu, Arief tersengih dan tertawa kecil, sambil meminta kebenaran untuk keluar bilik seketika. Ada perbincangan tugasan katanya.

Lega. Selepas seketika, Xyryll mendapatkan Asyraf yang masih tidak berganjak dari labuh punggungnya di atas katil. Duduk. Menemukan peha kanan Xyryll dengan peha kiri Asyraf. Segera tangan Xyryll memaut leher Asyraf. Masing-masing tersenyum dan berdengus lega.

"Lain kali jangan buat macam tu lagi ya!", kata Xyryll kepada Asyraf. Namun peringatan yang dilemparkan Xyryll itu cuma bertahan untuk seketika. Kali ini, dia pula yang merapati hidung Asyraf, sebelum bibirnya bertemu dengan bibir Asyraf. Adegan permulaan yang panas sekali lagi berulang di antara dua sahabat ini. Duduk, sambil tangan mendakap pipi masing-masing, sebelum turun mencari baju untuk ditanggalkan dari badan.

Bersandar; kini terbaring pula. Dengan tiada baju menutup tubuh; dengan peluh bergelut cium; pergelutan nafsu dua lelaki itu kadang-kala dihiasi dengan dengusan nafas yang gersang, mencari penyelesaian yang salah. Xyryll yang ditindih Asyraf sesekali terkejut dengan perilaku agresif Asyraf yang bagaikan sudah biasa melakukannya. Sedikit bergetar tangannya apabila cuba menolak perlahan dada sahabatnya itu, dalam masa yang sama cuba meleraikan tautan bibir yang semakin erat.

"Kejap!"

Spontan dengan itu, Asyraf membuka matanya, perlahan meleraikai rangkulannya pada tubuh Xyryll yang tegap itu. Xyryll menyeluk poket seluarnya yang sudah tidak berbutang itu, dicapainya telefon bimbit dan mesej yang baru saja diterimanya dibaca.

"Siapa pulak lah yang kacau ni?", soal Asyraf yang sedikit geram dengan gangguan yang tidak dijangka itu. Belum sempat Xyryll memegang kemas dan erat telefon bimbitnya itu, Asyraf terlebih dahulu merentap dari genggaman Xyryll...

"Eh! Nanti. Nanti...!"

Terlambat bagi Xyryll untuk menghentikan Asyraf daripada merampas telefon bimbitnya itu. Peluh gemuruh dapat dilihat dari dahinya.

Sayang, kjap lagi blh x Ya call syg? Rndu la nk dgr suare syg.

Berkerut dahi Asyraf setelah mengetahui mesej itu datangnya daripada seseorang yang pernah diminatinya satu ketika dulu... Alya'.

--Bersambung...

p/s: Mungkinkah ini episod akhir? Mungkin ya! Mungkin tidak...

NUke

11 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    keep intense!

    kalu ni yg last., ko mang wat a big cliffhanger la bro.hahaha
    Anonymous said...
    erm..apa yang diperlukan untuk sekarang, adalah give it a breake!!

    writing is art,
    we dont force art,
    but, we enjoy it...

    as in..
    sex is like art,
    we dont force art...LOL!!!


    HAve a breake have a kit kat!!haha,
    i just finished reading the whole story from part 1 till the latest one 14.


    1st question:"is this based on true story or based on EXPERIENCE??" ...LMAO!!

    2nd question:"is xyryl howt?"lol, kiddin.


    i really enjoy reading it, how i wish i just make the review here!!
    haha

    I just want you to continue writing. DOnt stop ok!!!
    iyllienaz said...
    ok..nape sejak kebelakangan ni aku asek jumpe bacaan bekaetan gay je??wey, xkan ni episode last??
    NUke_Rude said...
    indera:
    haha. so, wat do u think? patutkah aku end kan citer ni kat sni je? haha...

    ano:
    thank you. i hope you're really enjoy reading the story.

    iyllie:
    aku pun taktau la. isu semasa barangkali?

    --teaser--
    "Ku Ampunkan Cintamu II"
    Faizal Sulaiman said...
    aloo nuke.
    hehe..kalu nak kembangkan lagi character, its okay to end up here.
    lagi banyak konflik.tpi kalu ko end up kat sini, memang cliffhanger tu menjadi la.guess what happen season 2 nanti.hahahaha

    terpanjang plak:-)
    keep writing!
    Ren said...
    Wah ingat dah habes ghopernyer bersambung lagi pulak....~
    Anonymous said...
    seram bila mendengar tajuknya...huhuhu
    Anonymous said...
    "iyllienaz said...
    ok..nape sejak kebelakangan ni aku asek jumpe bacaan bekaetan gay je?"

    kebiasaannya, penulis yang baik sering mencari 'critical issue' utk diketengahkan ke dalam sebuah penulisan...

    antara lain, isu jenayah politik, poligami, dan teremasuklah isu homoseksual. Sekalipun lapuk,dan isu ini telah menjadi bualan sejak sekian lamanya, tetapi, isu ini jarang dijadikan terbitan baik, dalam penulisan, mahupun skrin layar.

    Filem malaysia, COmolot, sekalipun mengetengahkan isu kritikal, tetapi berjaya menampilkan kreativiti sebenar sutradara Malaysia dan mengetepikan isu sensitiviti(sensitiviti apa tak tahu, sbb, ngr tak boleh terima hakikat isu ini berlaku di Mlys).

    Filem Indonesia, Cokelat Stroberi, juga mengetengahkan isu yang sama.

    Apa yang penting, isu ini perlu kita sedar bahawa ia telah menjadi sebahagian drpd hidup masyarakat.


    "bukan menyokong kaum homoseksual, tetapi mengelak kreativiti penulisan daripada sebarang kekangan sensitiviti"

    ***sorry, i know you dont like anon****but i have to!!
    Unknown said...
    hahaha...
    mari kita tunggu season kedua....
    saadah said...
    pergh makin hangat citer ini..
    haha.. pusing sane pusing sini...
    bagos2.. kasi ending yg mantap ya bro.. oho~
    NUke_Rude said...
    erk! okay, aku sepatutnya menjangkakan komen2 sebegini bila aku decide mempublishkan siri 14 nih. Huhu, anyway, Mr./Ms. Anonymous scra tak langsung dah mnjawab pertanyaan iyllie. Terima kasih.

    Berkenaan dgn siri2 yg akan datang.. sama ada akan ada sambungan atau tidak... itu aku saja nk suspenkan korang hahaha! tak fairlah kan for readers yg dah folo citer ni dr siri 1, and ended up smthg yg tergantung. huhuhu, but boleh je kan kalau aku nk stopkan siri ni kat sini kan?? kan?

    hahah.. semuanya akan terjawab hujung minggu ini :)

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.