
Sekarang ni kita dah berada dalam 2 minggu terakhir Disember. Sekejap je masa tu berlalu. Tahun 1431H pun baru je muncul. So, (bakal) selamat tinggal 2009, dan selamat datang 1431 Hijrah. Make sense tak? Okay lah kan?

2009 : Banyak yang boleh diperhatikan dan diulas bagi industri muzik tempatan. Bermula dengan kebangkitan berterusan indie bands. Januari menyaksikan penguasaan kumpulan indie yang semakin diterima ramai dalam aliran mainstream. 'Lagu Untukmu' oleh Meet Uncle Hussain, diangkat sebagai Juara Lagu. Namun dalam masa yang sama, industri muzik tempatan turut diserikan lagi dengan penguasaan seorang penyanyi lelaki yang semakin gah namanya; Faizal Tahir. Pentas AJL 23 Januari lalu turut menyaksikan FT membolot 3 anugerah yang mengukuhkan lagi namanya dalam arena muzik tanah air.

Siapa sangka, walaupun tak bergelar juara dalam AF, penyanyi ini memiliki vokal yang mantap sehingga mampu mengalahkan saingan para senior di AIM 16. Aizat membuktikan kepada semua yang dirinya sememangnya berbakat. Lihat saja baru2 ni, 2 buah lagunya telah layak dan dipilih untuk berentap dalam final AJL 24 yg akan berlangsung Januari 2010. Namun dalam masa yang sama, penyanyi tersohor Malaysia masih membuktikan bhw beliau masih lagi sukar utk digugat. Sungguhpun penyanyi2 baru muncul setiap tahun, Dato' Siti Nurhaliza masih tetap unggul. Dengan 4 anugerah berjaya dirangkul pada AIM16 yang mana 'Lentera Timur' diangkat sebagai album terbaik 2008, beliau sebenarnya membuktikan bhw muziknya sememangnya berkualiti. 2009 juga barangkali mungkin tahun yang istimewa buat Siti apabila beliau me-releasekan album berkonsepkan kerohanian buat pertama kali sepanjang 14 tahun berkecimpung dalam seni muzik. Satu lagi individu yg tak boleh dilupakan tahun ini adalah Misha Omar. Tak melampau rasanya bila aku katakan yg Misha sememangnya bersaing hebat dengan Siti tahun ni.

Artis-artis lain yang menyerlah tahun ini antaranya ialah Hafiz, Tomok dan Alyah. Masing-masing mempunyai kelebihan baik dari segi lontaran vokal, penampilan, dan juga tarikan tersendiri. Tak dilupakan juga 'comeback' Hattan dan Saleem yang kembali menyerikan arena muzik mainstream. Begitu juga dgn kemunculan banyak indie band; Pesawat & Modread misalnya.
kat sini aku senaraikan lagu & artis yg aku rasakan dah berjaya menguasai 2009 dengan jayanya... hahaha...

- Dan Sebenarnya - Yuna
- Situasi - Bunkface
- Bencinta - Faizal Tahir
- Revolusi - Bunkface
- Tak Mungkin Kerna Sayang - Alyah
- Bunkface
- Faizal Tahir
- Aizat
- Yuna
- Hujan
NUke
dalam topik : muzik
7 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
*telan airliur*
x sngke kau minat kaw2 kat industri music sampai leh bg reiew cmtu skalik.
tahniah!
aku hnye boleh karokjamban sajork~
bunkface mmng band yg berada di kelasnya yg tersendiri~
huhu. bg review je la.. nk tulis lagu tak reti. hahaha.
farhana:
sama lah kita. start suka bunkface after ter-donload 'situasi'. hahaha.
faizalsulaiman:
tu ah psl. thn indie band..
janggel:
:)
mode: cuti musim sejuk sudah bermula.. yeah!!