Seperti yang dijanjikan, ini sambungannya...

JULAI



Aku suka bulan Julai tahun ni. No! bukan sebab abg aku punya besday... cuma byk peristiwa mnarik jadi kat aku! Kemenangan yang tak dijangka pada Yoyooh Blogger Awards bagi pertandingan The BlogSquad. Alhamdulillah, juri2 memilih blog ni utk merangkul anugerah 'Blog Penulisan Kreatif'. Satu penghormatan bagi aku dan semua ni takkan terjadi tanpa kalian yg membaca dan menilai. Tapi, 2 hari lepas tu, nenek aku meninggal dunia. Ketika azan subuh berkumandang pada hari Isnin, 13 Julai 2009. Wan pergi selama2nya.


Blog ni dah mempublishkan lebih 200 entries. Dan satu lagi sejarah blog peribadi tercipta di Nuke Rude Blog apabila siri kontroversi percintaan songsang 'Ku Ampunkan Cintamu' mula dipublishkan pada 23 Julai 2009. Siri pertamanya bertajuk 'Perempuan'. Feedback positif dan negatif diterima bila siri ni nekad aku publishkan, dan aku decide utk teruskan juga. Kenduri kahwin kakaku yg ke-3 pada 25 Julai. Dia disatukan dengan pilihan hati yg juga sepupu. Siapa sangka kan? Hujung bulan, aku dipanggil utk interview kerja di sebuah event management company.

OGOS
Kini aku dah tak bergelar penganggur. Aku mendapat kerja pertamaku dan mula bekerja pada 3 Ogos. Walaupun gaji tak lah sebanyak mana, tapi aku rasa ni satu permulaan yg bagus. Lebih baik drpd duk termenung di rumah dan menghadap blog 24/7. Sekali lagi pada bulan ini aku menukar layout blog. Seperti apa yg ada skrg ni lah. Ogos; kerja, motor dihimpit lori, emosi aku yg terkesan drpd ungkapan seorng ibu. Dan peristiwa terbesar dalam hidupku ialah KONVOKESYEN!


Terima kasih semua yg mendoakan kejayaan saya! Takdelah 1st class, cuma 2nd class upper saja. Dan selepas itu, Ramadhan pun bermula! :)

SEPTEMBER
Slot baru diwujudkan di blog ni. 'The 8' menyenaraikan lapan perkara yg paling hangat/hebat/top mengikut tema yg diketengahkan. Tarikh yang seribu tahun pun tak tentu sempat jumpa lagi '09.09.09'. September gak menyaksikan aku mencecah jua akhirnya umur 21 tahun. hahaha!!!

hm, lagi.. berbuka puasa dgn kawan2 syarikat di KLCC dan juga memberi $ raya utk pertama kalinya kpd sanak saudara dan ibu bapa! sekali sekala berbakti, apa salahnya. Raya tetap meriah walaupun tahun ni merupakan tahun ke-5 raya disambut di Kuala Lumpur yang sepi... Huhuhu.

OKTOBER
Tak banyak peristiwa yg berlaku bulan ni. Aku semakin serasi dgn persekitaran kat tmpat kerja. Teamwork makin kuat. Keja makin banyak. Entry2 aku di blog pun byk berkisar ttg suasana kerja dan persekitaran saja. Oktober bulan yg sangat sibuk bagi aku. Tambahan pula dengan internet yang tak berapa nk sihat... comel!

NOVEMBER
Busy gila! Event pertama aku dgn kompani baru di KLCC. Awal bulan ini satu lagi slot baru diperkenalkan. Slot 'Muxic' adlh satu slot music review ttg lagu or album terkini di pasaran. Untuk siri pertama, aku memilih album 'Out of Ashes' drpada 'Dead By Sunrise'. Siri Ku Ampunkan Cintamu semakin menemui klimaksnya dan feedback pembaca semakin menarik minat aku untuk mensaspenkannya.

Kesibukan diri juga menyebabkan aku jatuh sakit dan demam panas mencecah 40 darjah dan hidung berdarah. Time tu rasa nak mati je. Huhu, sekali lagi terima kasih kawan2 yg mendoakan kesihatan aku ktika itu.

DISEMBER
Walaupun bulan ni tak habis lagi, tapi aku tak kesah. Dengan Disember memunculkan diri, maka banyaklah perkara tiba ke penghujungnya. Antaranya ialah siri Ku Ampunkan Cintamu yg telah pun tamat kesemua 15 sirinya itu. Isu perkauman yag aku bangkitkan jugak turut mndapat respon baik drpd pembaca.


Selain tu, entry ke 300 aku dipublish pada 11 Disember. Bulan ni jugak menyaksikan kegirangan kita, rakyat Malaysia apabila pasukan bola sepak kebangsaan berjaya menewaskan Vietnam pada pelawanan akhir Sukan SEA di Laos. Dengan kemenangan itu maka berakhirlah penantian 20 tahun negara. Baru2 ni, aku mencuba memberikan review ttg industri muzik tempatan dan bulan ni jugak aku sekali lagi berjaya mempublishkan Vlog aku yg pertama; 'Dinner' pada 22 Disember.

--
Alhamdulillah. Tahun ni aku leh katakan yg banyak perkara gembira berlaku pada diri. Kejayaan peribadi dan kehidupan aku dgn J, kerjaya, dan taraf kewangan. Salah satu perkara yg terhebat berlaku tahun ni juga adalah memiliki kalian sebagai pembaca. Tanpa korang yg membaca dan memberikan feedback yang membina, barangkali blog ni dah takde dalam laman maya ni.

Terima kasih. Dan aku harap tahun 2010 akan memberikan lebih byk kejayaan dan keceriaan pada kita semua.

2009 : Genap 7 tahun aku berblogging.

NUke

12 Comments:

  1. AkU said...
    aku suke bce short stories ko..somehting diffrent..but a bit fishy..ngee~~
    Faizal Sulaiman said...
    yihaaaaa...7 thn dah blogging.lama seh;p

    tahniah dan teruskan menulis ok nuke;0
    Unknown said...
    huhu
    hidup kau mcm pelangi...
    adehh...
    Ryan Ervan said...
    7 tahun berblogging
    n that cool
    well, such a nice year u having with
    he..he..he..
    farhana said...
    congrats untk award penulisan plg kreatif 2 :)
    wow..da 7 thn ke blogging...keep it up ya....
    NUke_Rude said...
    aku:
    hahah. thx. nti kalau ad rezki lagi, ada la series lain...

    faizalsulaiman:
    yiihaa gak! thx bro!!

    tengku:
    ko ni mmg suka ber-metafora kan? hidup kamu pun mcm pelangi gak.. hahaha. thx!
    NUke_Rude said...
    aman:
    ye.. kngn best, sedih, tak best semua ada thn ni. thx yah! hope thn ni juga bg kamu byk keceriaan.. :)

    farhana:
    terima kasif farhana :) saya dah link kan blog kamu itu.
    AkU said...
    is't base on true story...atau hanya fiction??
    ngee~~
    NUke_Rude said...
    aku:
    hahaha.. ramai btul tya soklan ni... aku dah bgtahu da... cte tu hanya rekaan semata2. bukan crita benar atau pun pngalaman sendri.. huhu
    AkU said...
    hehhee..juz curious je..ala2 Benjamin Button..
    mne la nak tau..ko nak sulam kisah peribadi ko dlm short story tuh..
    juz wondering bro..
    NUke_Rude said...
    hahahah. nice try bro. :)
    iyllienaz said...
    congratz second class upper..gempak tu..

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.