WARNING
this entry is about local politics, those who are not interested, please visit another sites.

--------------

Assalamualaikum,




entry kali ni membicarakan tentang penyalahgunaan istilah atau perkataan di kalangan masyarakat Malaysia (umumnya), dan juga kesalahan dalam penyampaian berita sama ada di akhbar mahupun television (dan radio).

Umum mengetahui sekiranya sesebuah kerajaan itu mentadbir sesebuah negeri atau persekutuan, mereka digelar "Pemerintah", manakala mereka yang kalah, (atau tidak memerintah dalam kawasan tersebut, dipanggil "Pembangkang").

Situasi ini lazimnya diamalkan di seluruh negara di dunia. contoh terbaik adalah Amerika Syarikat, di mana sekiranya Parti Demokrat memerintah, maka gelaran Pembangkang adalah kepunyaan Parti Republikan. Begitu juga sebaliknya.

namun, situasi berbeza di Malaysia. Secara keseluruhan, negara diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional yang dipanggil Pemerintah, manakala Pakatan Rakyat pula merupakan pihak Pembangkang.

Hal ini sepatutnya berterusan dalam pemerintahan negeri. Sedia maklum bahawa negeri Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor, dan juga WP Kuala Lumpur diperintah oleh Pakatan Rakyat, justeru mereka membawa gelaran Pemerintah. Akan tetapi, mereka tetap dilabel sebagai PEMBANGKANG. Dalam hal ini, mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pemerintahan si Pemerintah, digelar pihak Pembangkang.

Media tetap mewar-warkan pemerintah 5 negeri (dan WPKL) tersebut sebagai pihak pembangkang. Masakan mereka menjadi pihak pembangkang sedangkan mereka sudah pun memerintah pentadbiran negeri-negeri itu hampir 1 tahun?

Mungkin tampak remeh, namun situasi ini sedikit sebanyak meracuni pemikiran rakyat dalam menilai baik buruk sesuatu pentadbiran.

Apa yang ditulis dalam entry kali ini hanya merupakan pendapat, dan sekiranya ada pandangan yang boleh dikongsi, amatlah saya alu-alukan.


NUke

0 Comments:

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.