isalam,

semalam (15/01/09) hari membuang undi bagi pilihan raya kampus (PRK) di UKM. Alhamdulillah, dalam tak nak aku mengundi tu, terlaksana jugak tanggungjawab aku tu jam 0920 di Foyer KUO.

This year, dah takde ugutan-ugutan buang kolej lagi dah memandangkan aku da final year, and aku rasa dah cukup dewasa untuk memikirkan mana satu yang patut diundi. But still, bak kata Epong "whoever wins, we lose"

Maybe nak memerhatikan segala aktiviti yang bakal MPP baru lakukan tu tak sempat la bagi aku memandangkan aku hanya tgl beberapa bulan je lagi kat UKM ni, but aku hrap mereka yang terpilih betul2 menjalankan amanah yang diberi dan menunaikan segala manifesto yang dijanji.

jangan bila dah nak retired pun masih tak nampak ape pun sumbangan or pembaharuan dan pembaikan dalam segala sistem yang sedia ada ni. Time tu nanti barulah masing2 nak menyesal undi calon itu la, menyesal sokong calon ini la.. haha, benda2 macam ni, biasa la kot.

Mula2 nak tarik undi tu, cakap macam hebat and lebat je.. alih2, bila da menang, hidung pun makin tinggi... (tak semua la kan!) and aku harap kepimpinan MPPUKM yang baru ni jauh lebih baik daripada yang tahun lepas (aku betul2 berharap begitu!).

Kepada yang menang - Tahniah! jalankan tanggungjawab anda.
Kepada yang tewas - Tahniah juga! cuma mungkin kemenangan anda itu nanti akan membawa kepada kelalaian atau kesilapan. Itu semua ada hikmahnya, Tuhan lebih mengetahui kan?



NUke

2 Comments:

  1. Nizam Zahri said...
    xpe amier extend brtanding bg krusi mpp tahun dpn
    NUke_Rude said...
    huhu..xmo lah aku..

    ko la betanding epong!! aku sapot!

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.