assalamualaikum

hm, nak cerita pasal yuran pengajian pulak. b4 new year haritu, mmg kitorg da register untuk semester baru, and masing2 pun agak busy dgn pemilihan subjek2 yg bersesuaian dengan diri n keperluan pengijazahan. Begitu jugak aku. But then, kedatangan aku ke bilik Topeq, sikit sebanyak memberikan aku satu info baru ttg kenaikan yuran pengajian.

aku study dalam Fakulti Sains & Teknologi (FST), and kalau diikutkan secara kasar, of course la yuran subjek FST ni agak mahal, tapi tak la semahal yuran fakulti kesihatan kot. just RM35 per unit (jam kredit). Ok, semester baru ni aku amik 15 jam kredit.

kalau ikutkan rate RM35/unit, so, total yuran subjek aku sahaja = RM525.

But then, time kat bilik Topeq tu, satu perkara baru terbongkar, dia kata yuran subjek da naik, dari RM35 ke RM74 per unit. Dekat 2 kali ganda tu.. lebih lak tu. Aku macam, tak caya gak la, but then, after check kat jadual subjek aku sem ni, yer.. mmg benar akan perkara itu.. YURAN NAIK!

Hal ini takde la begitu besar...SEKIRANYA pihak bendahari atau fakulti itu sendiri terlebih awal memaklumkan ttg kenaikan yuran. DAN penjelasan yang munasabah PERLU dilakukan. Semalam, aku ada tanya on9 question yang disediakan UKM, and sekarang ni tgh tunggu feedback drpd Bahagian Bendahari.

Most of my friend tak berasa senang dengan hal ni. Ada yang mengambil langkah berjaga2 bg menantikan kesahihan ttg pekara ni, and ada yang buat tak kesah. Ada juga yang dah siap bershopping lagi dengan duit PTPTN yang baru masuk tu.

Aku? aku prefer tak usik dulu duit PTPTN tu. Huhu, dah la aku dapat half je.

b4 this, yuran KESELURUHAN aku (include kolej, n etc.) hanya RM 1200 (max).
tapi, dengan kenaikan yuran baru ni, yuran SUBJEK SAHAJA pun dah RM 1125... tu tak masuk kolej n library ngan ape jadah tah lagi..

kenaikan ni berlaku di semua fakulti rasanya.

* nak ngadu kat PMUKM, honestly, aku tak kenal pun dorg. Huhu,.. AND pilihanraya kampus sesi ni pun tak buat lagi. So, takkan nak ggt jari je? *



NUke

0 Comments:

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.