Faizal Tahir menungguli kategori Vokal dan Persembahan Terbaik pada malam Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL 23) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi. Jeritan serta kegarauan suara Faizal telah menambat hati juri untuk memilihnya sebagai penerima Anugerah Vokal terbaik pada AJL kali ini. Persembahan unik, dengan adegan memotong rambut dan menukar baju turut menarik perhatian juri lalu turut mengungguli anugerah Persembahan Terbaik; menafikan persembahan rancak oleh Stacy (Aku Stacy), juga persembahan hebat daripada Farawahida (Persoalan Cinta) dan Aiman (Dusta Berkalang). Tahniah buat Faizal Tahir yang membawa pulang trofi dan wang berjumlah RM 10 000 bagi setiap anugerah yang dimenangi itu.
Juara kategori Etnik Kreatif milik Farawahida yang pertama kali menyertai AJL menerusi lagu ciptaan Julfekar, Ku Seman, dan Izza Rosley - Persoalan Cinta. Elemen muzik tradisi Cina yang diselitkan sememangnya berjaya mencuri tumpuan para juri dan juga penonton; disertai dengan persembahan menggunakan kipas lipat oleh para penari yang mengiringi lagu tersebut. Satu pencapaian yang membanggakan buat Farawahida dan juga komposer serta penulis lirik lagu Persoalan Cinta. Namun, kemenangan ini sememangnya tidak dijangka memandangkan kesemua lagu yang bertanding dalam kategori ini sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri.
Faizal Tahir sekali lagi menerima trofi AJL. Namun, kali ini beliau menerima anugerah Juara Kategori Balada, menerusi lagunya Sampai Syurga. Sampai Syurga merupakan lagu tulisannya sendiri, dan muzik oleh Audi Mok dan Ahmad Izham Omar, yang dimuatkan dalam album debutnya; Aku.Muzik.Kamu. kemenangan Faizal menepati jangkaan ramai dek kerana kekuatan lirik dan komposisi muziknya yang sempurna. Juara kategori menerima trofi dan juga wang sejumlah RM 12 000.
Kategori Pop/Rock sememangnya menjanjikan persaingan sihat yang sengit membabitkan 3 buah kumpulan dan 2 solo wanita. Persembahan Stacy yang mantap dan vokalnya yang hebat gagal mendapatkan perhatian yang arif. Begitu juga dengan lagu Kalis Rindu, nyanyian Elyana yang mana terdapat sedikit masalah pada mikrofon ketika persembahan berlangsung. Kemenangan berpihak kepada kumpulan indie Meet Uncle Hussain yang mempertaruhkan lagu ciptaan Taja, Tass, dan Lan iaitu Lagu Untuk Mu. Sama seperti Farawahida, kumpulan yang pertama kali menyertai AJL ini turut terperanjat dengan kemenangan mereka pada malam tadi.
Sungguhpun kategori Balada memperlihatkan penyertaan 6 buah lagu, namun, pemenang anugerah tertinggi AJL23 pada malam tadi adalah hasil ciptaan anak seni tempatan yang bertanding dalam kategori Pop/Rock. Sungguhpun mereka menjangkakan kemenangan berpihak kepada pemenang kategori Balada, namun, sebenarnya hasil ciptaan Taja, Tass, dan Lan diangkat sebagai Juara Lagu. AJL 23 yang berkonsepkan 'Iluminasi Muzik' sememangnya berjaya menampakkan kepelbagaian warna dalam seni muzik tempatan.
Kemenangan 2 tahun berturut-turut bagi kumpulan indie (AJL 22 - Estranged dan AJL 23 - Meet Uncle Hussain) ini menampakkan kematangan dan kesempurnaan hasil seni generasi muda masa kini dalam mencorak industri muzik tempatan.
AJL 23 sememangnya berjaya merampas gelaran 'AJL Terbaik' yang mana sebelum ini AJL 22 dirasakan AJL terbaik pernah dianjurkan. Biarpun tanpa persaingan nama-nama besar seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Jaclyn Victor, dan M. Nasir, namun AJL 23 sememangnya seimbang dengan penyertaan artis baru dan lama seperti Ziana Zain, Spider, Elyana, Stacy, Aiman, Faizal Tahir, Aizat, dan Meet Uncle Hussain.
Setelah menyaksikan persembahan semua peserta AJL 23, Penulis menjangkakan bahawa Vokal Terbaik dimenangi oleh Meet Uncle Hussain, dan Persembahan Terbaik oleh Stacy, namun sememangnya Faizal Tahir mempunyai aura dan kreativiti tersendiri dalam menyampaikan lagu hebatnya - Sampai Syurga yang merangkul 2 anugerah itu.
So,... apakah tajuk yang sesuai untuk artikel saya ni?
- Super Faizal Hebat Membolot AJL23
- Lagu Untuk Mu Sememangnya Lagu Meet Uncle Hussain
- Indie Band Suatu Fenomena
- AJL 23 - AJL Terbaik Dekad Ini
Hm..?
NUke
----------
:: All text written by En. Amier Mahmod ::
----------
dalam topik : juara lagu, muzik
2 Comments:
-
- MYRAspberry said...
January 19, 2009 at 5:43 PMsuper faizal hebat membolot AJL... aku ingt die dah Juara Lagu..- NUke_Rude said...
January 19, 2009 at 5:45 PMhahahu.. tu la pasal