PE'US : Siri 8

Enjin motorsikalnya segera dihidupkan. Dengan perlahan, Amiroul menuju kea rah Fairus yang sedang berjalan keseorangan.

Hey, Fairus!

Menoleh ke kiri, sapaan Amiroul segera dibalas dengan senyuman. Tangan kanannya dihulurkan untuk bersalam, sebelum matanya kembali menghadap skrin telefon bimbitnya.

Sorang je ke?”, Tanya Amiroul memulakan bicara.

Ye la.

Aku nak gi lunch. Nak ikut?

Oh. Hm. Ok gak. Tapi, aku kena pergi kolej Lima dulu. Nak hantar buku kat someone jap. Takpe ke?”, balas Fairus yang menerima ajakan Amiroul untuk lepak dan makan tengahari bersama.

Jom la naik motor aku ni. Kita singgah Lima dulu, lepas tu baru gi makan.

Takde helmet ni… takpe ke?

Slamber je. Kalau pak guard kejar, pecut je la…”, sambil ketawa kecil, Amiroul membalas pertanyaan Fairus yang agak kerisauan untuk menaiki motorsikalnya tanpa memakai helmet.

Ah! Slamber je la…

Dalam perjalanan yang tidak sampai lima minit itu, Amiroul sempat bertanya akan seseorang yang ingin dijumpa Fairus di Kolej Lima. Sambil-sambil itu juga dia menyuruh Fairus sama-sama berfikir akan tempat yang sesuai untuk makan tengahari.

Aku just nak bagi buku je la.

Ye la. Nak bagi kat siapa? Junior?

Adalah…

--

Motorsikal biru itu segera diparkir di hadapan perkarangan pintu masuk utama Kolej Lima. Fairus segera turun dan memberikan isyarat kepada Amiroul untuk menunggunya seketika. Tangannya ligat mendail nombor telefon sesorang. Langkah yang diatur menjauhi Amiroul itu tidak berjaya memperdengarkan perbualan ringkas Fairus dengan seseorang di talian…

Sayang, abang dah ada kat foyer ni…

Amiroul menggeleng-gelengkan kepalanya. Tersengih.

Jumpa awek rupanya…”, bisik hati kecilnya.

--

Sorry B. Ada kat kafe tadi. Study group dengan Ain before exam petang nanti…”. Buku rujukan itu segera diambil dari tangan Fairus.

Alangkah terkejutnya Amiroul apabila memerhatikan kelibat seorang perempuan yang mendampingi Fairus yang berdiri tidak jauh daripadanya.

Cepatnya B datang. B Datang dengan kawan ke?”, tanya perempuan itu kepada Fairus.

Ha’ah. Dengan kawan.

Kenalkan, Amiroul. Kawan B.” Bergerak perlahan menghampiri Amiroul yang masih duduk di atas motorsikal, Fairus memperkenalkan Amiroul kepada kekasihnya.

Miroul, meet my girlfriend…

Khadijah.

--Bersambung…


NUke

7 Comments:

  1. charco said...
    wohoho... makin menarik yer jln cerita.. hurm..hurmm!!
    iyllienaz said...
    alamak..dah berpunya..
    Ren said...
    Misterinya si khadijah tu.
    NUke_Rude said...
    charco:
    ye la.. cerita ini sedang mendaki klimaksnya.

    iyllie:
    tu la pasal..

    janggel:
    ye ke khadijah tu misteri? or org lain?
    Faizal Sulaiman said...
    opss orang punya daaa
    Unknown said...
    ok bkn amirul kenal khadijah ker..??
    Unknown said...
    haha dh agak dh hahaha

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.