Zaman aku kecik2 dlu, air kopi slalu dikaitkan dengan minuman untuk orang2 tua. Kiranya, air kopi ni kalau ada sedara mara datang rumah, hanya akan dihidangkan kepada makcik2 dan pakcik2 saja. Anak2 kecil pula, akan dihidangkan dengan air oren kordial atau sirap.
Zaman dulu la. Time aku kecik2 dlu.
Then, aku ikut opah balik kampung. On the way tu, ada la jugak singgah kat kedai2 makan. Opah pun order air kopi. But then, instead of air kopi yang berwarna hitam, orang kedai makan tu bagi air kopi berwarna coklat kap opah.
Aku pun heran, sebab setau aku, air kopi sepatutnya berwarna hitam. Aku tanya opah ape bezanya. Opah kata air kopi yang dia oder tu ade campo susu. Jadi, manis la skit. Tak sempat aku nak tanya banyak2, opah amik piring alas cawan tu, dia tuang skit air kopi dalam piring, dan bagi aku.
"Tunggu air kopi tu sejuk dulu. Lepas tu baru minum."
Terbongkok2 lah aku sambil memuncung je minum air kopi dalam piring. Sedap. Aku takkan lupa peristiwa ni.
Bila dah besar skit baru lah aku tau ada beza kalau kita mintak "kopi" kat certain2 tempat. Sebab di stengah tempat, kalau kita oder air kopi, diorang akan bagi air kopi O (yakni, tak campur susu). Ada jugak di tempat2 lain, kalau kita oder air kopi, diorang akan bagi air kopi susu.
Sampai skarang, kalau aku nak oder air kopi, aku pasti akan cakap dengan jelas; sama ada air kopi O atau kopi susu. Senang. But selalunya, aku akan oder neslo.
Rindu opah.
NUke
dalam topik : life
6 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
tentang "nama" kopi mmg betul kt certain area mmg jd laen..kt Swak siap ada "kopi peng" yg aku sndri tak sure refer kpd kopi yg mne satu :P
mode:mari menaip report! :D
bab minum dalam piring tu comel >_<
ye la.. zaman2 kita dlu, org2 tua je minum kopi.
asna:
haha. agak ar..
putra:
aku suka kopi. sedap! :D
aku suke starbuck je...*ceh..bajet..*