PE'US : Siri 7


Sebab Miroul masih sayang pada Khad...

Kalaulah dia mampu mengungkapkan apa yang sebenarnya dirasakan kepada Khadijah... Kalaulah. Itu cuma kalau. Realitinya, dia kini lebih mengerti akan situasi yang sebenar. Khadijah kini sudah berpunya.

Zam, esok kejutkan aku Subuh ya. Aku nak bangun awal. Pagi nanti aku ada exam.”

Beres!”, balas Zamri ringkas, sambil melipat kain sejadahnya sesudah selesai menunaikan solat Isya’.

--

Tali kasutnya dipastikan terikat rapi, sebelum Amiroul bangun dari cangkungan, dan mengambil helmet yang diletakkan di sisinya. Perlahan melangkah, dia hanya mampu memandang terus ke hadapan – menuju ke arah motorsikal birunya yang diparkir di tempat letak motosikal kolejnya.

7.45 pagi.

Setelah memastikan enjin motorsikalnya panas, langsung saja dia mengenakan helmet kelabu lalu terus menunggang. Perjalanan pagi ke dewan peperiksaan pada hari itu dirasakan agak selesa, sementelah di akhir-akhir minggu peperiksaan, tidak banyak pelajar kelihatan. Tersenyum.

--

11.00 pagi

Masa peperiksaan telah tamat. Para pelajar diminta untuk berhenti menulis.

Amiroul mahu segera keluar dari dewan peperiksaan. Tujuannya hanya untuk keluar dan merehatkan minda. Mungkin kali ini tidak bersama-sama teman biasanya. Bukan bersama Wahidah dan Aisyah. Bukan juga bersama best buddy-nya; Izham.

Khadijah...

Telefon bimbitnya dikeluarkan.

Salam. Khad. Free x? Jom lunch.

Sorry Miroul. Khad ada exam ptg ni. Lain kali ya.

Hampa. Beg galasnya diletakkan ke dalam raga motorsikalnya itu. Helmet dipakai sambil enjin cuba dihidupkan... sebelum matanya terperasan akan kelibat seorang kenalan.

Fairus.

Senyum.


--Bersambung...

p/s: Sorry, sambungan ni dah ada. Cuma lupa mahu schedulekan.


NUke

2 Comments:

  1. Ema Razali said...
    running :)
    NUke_Rude said...
    :)

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.