dalam topik : personal
dalam topik : sekolah
dalam topik : life
PE'US : Siri 8
Enjin motorsikalnya segera dihidupkan. Dengan perlahan, Amiroul menuju kea rah Fairus yang sedang berjalan keseorangan.
“Hey, Fairus!”
Menoleh ke kiri, sapaan Amiroul segera dibalas dengan senyuman. Tangan kanannya dihulurkan untuk bersalam, sebelum matanya kembali menghadap skrin telefon bimbitnya.
“Sorang je ke?”, Tanya Amiroul memulakan bicara.
“Ye la.”
“Aku nak gi lunch. Nak ikut?”
“Oh. Hm. Ok gak. Tapi, aku kena pergi kolej Lima dulu. Nak hantar buku kat someone jap. Takpe ke?”, balas Fairus yang menerima ajakan Amiroul untuk lepak dan makan tengahari bersama.
“Jom la naik motor aku ni. Kita singgah Lima dulu, lepas tu baru gi makan.”
“Takde helmet ni… takpe ke?”
“Slamber je. Kalau pak guard kejar, pecut je la…”, sambil ketawa kecil, Amiroul membalas pertanyaan Fairus yang agak kerisauan untuk menaiki motorsikalnya tanpa memakai helmet.
“Ah! Slamber je la…”
Dalam perjalanan yang tidak sampai lima minit itu, Amiroul sempat bertanya akan seseorang yang ingin dijumpa Fairus di Kolej Lima. Sambil-sambil itu juga dia menyuruh Fairus sama-sama berfikir akan tempat yang sesuai untuk makan tengahari.
“Aku just nak bagi buku je la.”
“Ye la. Nak bagi kat siapa? Junior?”
“Adalah…”
--
Motorsikal biru itu segera diparkir di hadapan perkarangan pintu masuk utama Kolej Lima. Fairus segera turun dan memberikan isyarat kepada Amiroul untuk menunggunya seketika. Tangannya ligat mendail nombor telefon sesorang. Langkah yang diatur menjauhi Amiroul itu tidak berjaya memperdengarkan perbualan ringkas Fairus dengan seseorang di talian…
“Sayang, abang dah ada kat foyer ni…”
Amiroul menggeleng-gelengkan kepalanya. Tersengih.
“Jumpa awek rupanya…”, bisik hati kecilnya.
--
“Sorry B. Ada kat kafe tadi. Study group dengan Ain before exam petang nanti…”. Buku rujukan itu segera diambil dari tangan Fairus.
Alangkah terkejutnya Amiroul apabila memerhatikan kelibat seorang perempuan yang mendampingi Fairus yang berdiri tidak jauh daripadanya.
“Cepatnya B datang. B Datang dengan kawan ke?”, tanya perempuan itu kepada Fairus.
“Ha’ah. Dengan kawan.”
“Kenalkan, Amiroul. Kawan B.” Bergerak perlahan menghampiri Amiroul yang masih duduk di atas motorsikal, Fairus memperkenalkan Amiroul kepada kekasihnya.
“Miroul, meet my girlfriend…”
“Khadijah.”
--Bersambung…
NUke
dalam topik : life
dalam topik : lelaki
dalam topik : personal
dalam topik : kerjaya
dalam topik : muzik
dalam topik : personal
dalam topik : life
dalam topik : family
dalam topik : love
dalam topik : personal
dalam topik : kerjaya
dalam topik : blog
PE'US : Siri 7
“Sebab Miroul masih sayang pada Khad...”
Kalaulah dia mampu mengungkapkan apa yang sebenarnya dirasakan kepada Khadijah... Kalaulah. Itu cuma kalau. Realitinya, dia kini lebih mengerti akan situasi yang sebenar. Khadijah kini sudah berpunya.
“Zam, esok kejutkan aku Subuh ya. Aku nak bangun awal. Pagi nanti aku ada exam.”
“Beres!”, balas Zamri ringkas, sambil melipat kain sejadahnya sesudah selesai menunaikan solat Isya’.
--
Tali kasutnya dipastikan terikat rapi, sebelum Amiroul bangun dari cangkungan, dan mengambil helmet yang diletakkan di sisinya. Perlahan melangkah, dia hanya mampu memandang terus ke hadapan – menuju ke arah motorsikal birunya yang diparkir di tempat letak motosikal kolejnya.
7.45 pagi.
Setelah memastikan enjin motorsikalnya panas, langsung saja dia mengenakan helmet kelabu lalu terus menunggang. Perjalanan pagi ke dewan peperiksaan pada hari itu dirasakan agak selesa, sementelah di akhir-akhir minggu peperiksaan, tidak banyak pelajar kelihatan. Tersenyum.
--
11.00 pagi
“Masa peperiksaan telah tamat. Para pelajar diminta untuk berhenti menulis.”
Amiroul mahu segera keluar dari dewan peperiksaan. Tujuannya hanya untuk keluar dan merehatkan minda. Mungkin kali ini tidak bersama-sama teman biasanya. Bukan bersama Wahidah dan Aisyah. Bukan juga bersama best buddy-nya; Izham.
“Khadijah...”
Telefon bimbitnya dikeluarkan.
Salam. Khad. Free x? Jom lunch.
Sorry Miroul. Khad ada exam ptg ni. Lain kali ya.
Hampa. Beg galasnya diletakkan ke dalam raga motorsikalnya itu. Helmet dipakai sambil enjin cuba dihidupkan... sebelum matanya terperasan akan kelibat seorang kenalan.
“Fairus.”
Senyum.
--Bersambung...
p/s: Sorry, sambungan ni dah ada. Cuma lupa mahu schedulekan.
NUke
dalam topik : pantang larang
Tinggal berdua saja di rumah. Dengan ibu. Yang lain mana pergi? Merata-rata. Ada kat kampung, ada yang gi kursus, ada yang dah balik ke skolah asrama.
dalam topik : ibu
Senarai Pemenang ABPBH2009.
dalam topik : award
dalam topik : family