Salam.
Dah lama tak naik motorsikal-ku. Since ada kereta kancil milik Nora, ke mana saja pergi, mesti dgn nya di samping ada Nora dan Ferdi! Cis. Kesian motorku ini. Actually, setiap hari mesti naik punya motor tu. Biasa la, cuma tak sekerap dulu jer.
Hm, tadi aku balik rumah kejap, amik barang kat rumah. Then, singgah office mom and borak2 before balik semula ke UKM. Huhu, satu perjalanan yang mencecah kejauhan 100 kilometer okay! Hm, menunggang motorsikal membuatkan aku lebih alert. Memandu kereta pun alert gak, tapi tak se-alert masa menunggang motorsikal. Kenapa?
Sebab, menunggang motor ni tak ada dinding2 besi dan keluli yang melindungi badan. Aku hanya dilindingi oleh helmet yang disahkan kualitinya oleh SIRIM.
Menunggang motor ni terdedah dengan proses 'luluhawa'. Luluhawa ialah proses mengubah sesuatu kepada sesuatu yang lain. Dalam hal ni, aku ter'luluhawa' akibat terik matahari yang menjadikan kulitku semakin malap. Aku juga akan basah lenjun kalau hujan lebat tiba2 turun mencurah.
Aku hanya menunggang motor. Kalian harus tahu bahawa jalan raya itu bukan untuk kereta2 mewah semata2. kenapa aku kata kereta mewah? Sebab kereta lagi mahal dari motor. So, mewah la kan? Begitu juga dengan lori2, bas2, dan lain2.
Aku hanya penunggang motor. Aku mengharap agar kamu terlihat akan kelibat aku di tengah2 lgarisan2 putus yang memisahkan laluan kamu. Aku tahu kamu marah dan memaki apabila penunggang motor menunggang di tengah2 jalan. Namun, kamu sikit pun tak kisah akan hak si penunggang motor di atas jalan itu.
Kamu suka bersejuk dalam kereta tatkala hujan di luar. Dan kamu bersimpati akan penunggang yang sedang kebasahan. Namun dalam bersimpati itu jugalah kamu sengaja melanggar takungan air di jalanan dan membasahkan kami. Aku hanya penunggang... apa yang termampu aku lakukan ketika itu hanyalah bersabar dengan siraman air jalan yang kadang kala busuk baunya!
Aku hanya penunggang. Dan kamu pemandu mewah. Kamu masuk ke persimpangan dengan sesuka hati... tanpa sikit pun berusaha untuk memastikan tiada penunggang motor disisi kereta mewah mu itu. Aku hanya penunggang... apa yang termampu aku lakukan adalah mengelak daripada masuk ICU.
Aku hanya penunggang. Tatkala jalan sesak, kamu mencemburui ku. Kamu mahu lebih laju daripada ku. Kamu seolah2 geram setiap kali ada motor memintas sisi kereta mewah mu itu. Dan oleh sebab itu, setiap kali ada peluang untuk menukar lorong, kamu terus sahaja tukar... Dan apabila si penunggang yang terkejut akan tindakan mu itu lalu merempuh keretamu...kamu keluar dan memaki hamun si penunggang... tapi, apalah daya... AKU HANYA PENUNGGANG...
aku si penunggang motorsikal;
NUke
dalam topik : life
i nk jual camry putih i
nk beli motor gak la..
cam besh je merempit...