Salam.

Aku tau sekarang ni masing2 busy dan sibuk; dengan tugasan masing2 serta beristirehat di rumah dan kampung halaman. Aku tak balik rumah. Haha. Oh ya, semalam seperti yang aku ceritakan dalam entry sebelum ni, KVC dah pun bermula. KVC stands for Karnival Varia-C, lbh kurang mcm family daay kolej aku la kat UKM ni. Huhu.

malam tadi, bermulalah misi aku untuk mencari makanan untuk santapan malam. Memandangkan banyak gerai2 makan dibuka, maka, mata pun melilau2 tgk foods. Gila lah aku ni.. pandang nampak food, harap je makan banyak...badan tu sekeping jugak... haha. So, takyah la aku kesah kalau makan banyak2.. tak gemuk (lagi) pon! Huhu.

Misi bermula dengan melewati gerai AVON yang takde kena mengena dgn food tu. Then, singgah ke lori Indocafe, minum air free. Wah, kalau dah free namanya tu, sedap je la kan... layan je. Then, nampak satu benda menarik di tepi khemah utama... Gerai A&W, satu jenama yang makin jarang aku dengar namanya. hidup lagi rupanya. Instead of beli combo set, aku beli 1 hotdog je, harga RM3.60, satu pembaziran pun bermula bagi diri aku ni. Comparing kekenyangan, aku rasa nasi ayam kat gerai sblh A&W tu lagi kenyang kot.. Harganya pun RM3.50 je. maka, syaitan telah merasuk pemikiran untuk melakukan pembaziran.

Misi mencari makanan diteruskan lagi dengan persinggahan ke kedai seterusnya yang menjual kuih-muih dan juga kek. Mulanya aku saja je nak tengok2, alih2 akak (makcik) yang jaga tu offer lak sampel kek coklat tu.. Aiseyh! sedap la pulak. Lama dah tak makan kek coklat ni... Seingat aku last skali makan kek coklat time bulan 12, besday my mom. Huh! Langsung saja aku cuba sampel2 tu dan membeli kek coklat yang sedap itu. Harga untuk saiz sederhana: RM5. Serius SEDAP weh! yang jual tu pun ramah!

Then, lepak2 ngan member2 yang rasanya dah lama tak jumpa, walaupun duk satu kolej. Lepak2 depan court squash yang dijadikan tempat hantu berkumpul... Pastu lepak2 sampai lupa diri sekejap.

Nahar call, katanya nak minta tlg aku drive kete Nora. Nora nak ke Ampang mlm tu. Since aku mmg free, aku pun on je. Menyaksikan kejadian sesat2 barat timur utara dan selatan. Haha, sampai bilik kul 2 lebih. Borak2 ngan J jap. Rindu dia.

Ok. Sampai sini sahaja la kot. Oh ya, semalam aku telah berjaya membongkarkan satu aksi plagiat (btul ke spelling?). Ada masa aku cerita.




NUke

5 Comments:

  1. nora de lala said...
    yeah. org pertama komen. bangga2.
    haha. kek tu nampak cedap untuk org2 lapar mcm aku. hahah. nanak blnja ker?
    semua nmpk cedap. nyam2..

    nway, thnx for cmlm. hahaha. hnya kiter yg tahu.. rahsia
    ejan said...
    lg sedap awek aku wat kek coklat.. hahaha
    Anonymous said...
    Misi bermula dengan melewati gerai AVON yang takde kena mengena dgn food tu.


    LOL. dalam lapar2 tu sempat jugak ko singgah ke gerai AVON ya..
    NUke_Rude said...
    to nora:
    Tahniah la yer!

    to ezan:
    eleh. J aku tu masak apape pun sedap!

    to ray:
    singgah tengok jer... huhu
    amin h said...
    ishhhhhhhhhhhhh

    kek coklat tuh eh??

    mouth watering!!!!!!

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.