salam.

hari ceria bagi aku yang nearly putus asa dengan thesis. Don't want to talk about it.

by the way, hari ni segalanya berjalan lancar. hari yang mendung dan hujan di tengah hari, memberikan kesejukan instead of kepanasan terik. Syukur kepada-Mu ya Allah.

Ibu telefon, menyatakan bahawa adikku mendapat tawaran masuk ke sekolah asrama di Perak. Alhamdulillah, tiada berita yangmenggembirakan bagi seorang ibu apabila mendapat tahu anaknya mendapat tempat pengajian yang baik, sesuai dengan usaha membina jati diri dan keyakinan diri dan berjauhan (lagi) dengan anaknya.

Demi memastikan anaknya mendapatkan pelajaran yang terbaik, si ibu rela berpisah dan berjauhan dengan anaknya itu yang selama ini ada di depan mata.

Bagi aku, mendapat tahu adik aku yang seorang tu dapat masuk sekolah asrama adalah sesuatu yang menggembirakan. Aku pun sangat mengharapkan dia dapat menikmati kehidupan asrama, perasaan rindu dan menghargai keluarga, berdikari dan menjaga diri.

Tak ada yang lebih menyedihkan bagi aku apabila perlu berjauhan dengannya. Sebab apa? Sebab dia lah satu-satunya adik aku. baru kini aku faham akan perasaan sedih untuk berpisah dengan adik sendiri. Ya, dahulu giliran aku ke sekolah asrama, dan aku tak pasti bagaimana perasaan kakak2ku dan abangku apabila mereka terpaksa berjauhan dengan adik-adik mereka ni... Sekarang aku yakin aku sudah tahu akan perasaan mereka ini.

Impian aku sebagai seorang abang agar kau lebih matang dalam pemikiran, setelah bergaul dengan orang yang pelbagai ragam. Kau ikutilah segala yang baik, larangi lah sahabatmu pabila mereka ingin melakukan kesalahan kelak.

Impianku sebagai seorang abang agar kau lebih menghargai erti sesebuah kekeluargaan, yang mana aku pasti kau akan merindui ibu bapamu, adik beradik mu, dan juga bilikmu. Aku juga berharap agr kau bijak dalam meilih kawan. Kerana sebab kawan lah kita maju, dan sebab kawan jugalah kita jatuh.

Impianku sebagai seorang abang agar kau berjaya dalam pelajaran dan kemahiran yang kau pilih. Kau melihat segala kesusahan ibu ayah dalam usaha mencari wang untuk kita bersekolah. pada usia sematang kau, kau patut tahu untuk lebih berdikari. Berdikari tak bermakna kau bebas, berdikari juga tak bermakna kau tak memerlukan keluargamu... tapi, berdikari untuk mempertahankan diri, menjaga maruahmu, menjaga nama baikmu, dan berjaya dalam pelajaranmu.

Kalau adik beradikmu yang lain boleh sampai ke universiti dan boleh dibanggakan dengan bidang tersendiri, kenapa tidak kamu, wahai adikku?







Selasa ni, kau akan ke sekolah baru mu. Aku sedih. Aku ingin sekali menghantarmu...



Impian seorang abang;
NUke

15 Comments:

  1. aPish said...
    kem slm adek ko..
    windu sama die..
    muahaha!
    ejan said...
    kco la apish ni.. aku nk kirim slm jgk.. huahua.. xpe2.. nnti dtg perak.. singgah la kt umh aku tau.. apish jgn jeles.. hahaha
    tOpeQ said...
    woi2.. kuang ajo pnye apis n ijan... ehem2, abg amier.. ckp kat adik gd lak ye.. ikhlas dr abg taufiq...hehehe.. (epong jgn nk cbuk..)
    oyen said...
    congrats kepada adikmu...
    :)
    NUke_Rude said...
    apish:
    Haha, jgn nak ngengada!

    ezan:
    xpe, bia aku yg jwbkan salam tu.. waalaikumusalam. haha

    topeq:
    erk?! abg amier?? wahahaha

    oyen:
    yer, congrats kat dia.!
    Anonymous said...
    This comment has been removed by the author.
    Unknown said...
    Salam,
    Alhamdulillah....
    Semoga adik ko teguh dalam perjuangan.
    Nantikan kim salam ea ABG AMIER.
    OOOPPSSSS!!!
    ;-P

    p/s: Aku pung dulu masa dpt sekolah asrama memang mcm xmo pegi awalnya.
    what my mom told me?
    Anak jantan kena blaja berdikari untuk membela family.
    lama-lama best gak kat asrama bila ramai member.
    nora de lala said...
    haha. amai nya nk jd adik iparmu.. untuk j (adik amier) good luck.. kat sana jgn lyn laki2 gatal mcm kat atas2 tu... haha. guwau jer..

    yippie2...
    Costa Rica said...
    huuhuh bagus btol adik die ada abg camni...kuhkuhkuhkuh
    nak jadi abg kepada adik amir gak lah...mesti lagi untung die...kihkihkihkih
    tOpeQ said...
    ijan, apis.. ade gal kt atas ni ckp korg gatal.. pe lg...huhuhu
    NUke_Rude said...
    wuhuhu.. adekah aku tak patut meletakkan entry pasal adik aku? wuu wuu wuu..

    haha. aku tatau aa.. nora yg ckp korang gatal. (aku berkecuali)

    haha apekah korang ni..?
    Nizam Zahri said...
    abg amier
    saya jugak yang seswai kan jadi adek ipar abang amier..
    diowang ni suma nya gatal..
    tapi saya x macam tu..
    k, nk solat jap..
    dah azan asar..

    verification today: sunalid
    tOpeQ said...
    hai nizam gay~...hahaha
    ejan said...
    nizam 2 mcm mak nyah je.. cara ckp pn da tau.. hahaha.. awas!!! mak nyah mnyerang.. hahaha.. lindungi la 'senjata anda'.. hahaha
    nora de lala said...
    apekah yg berlaku di ruangan ini.. haha..

    amier.. ada mana2 guys di atas tu ker yg menjadi plhn atimu? haha..

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.