Aku dikejutkan dengan berita kematian bapa kepada seorang sahabat aku. tiada kata selain istighfar dan ucapan takziah yang dapat aku paculkan. Innalillah.

Sahabat, semoga kau sabar menghadapi ujianNya yang Maha Hebat ini. Sesungguhnya Dia lebih menyayangi ayanhandamu itu. Aku turut bersimpati kepadamu.

Perkhabaran ini turut membuatkan aku tersentak daripada kelalaian. Apakah aku sudah bersedia untuk menghadapi situasi yang sama? Tidak. Aku masih belum bersedia untuk menghadapinya. Aku moho pada-Mu ya Allah agar Kau melindungi ibu bapaku, dan ahli keluargaku dari segala ancaman musuh, bahaya, dan malapetaka yang tak pun aku ingini. Aku terfikir akan usia ayah dan ibu ku yang sudah pun menjejah usia senja. Dan aku? Aku baru 20 tahun dan aku tak tahu akan kesediaan ku untuk kehilangan kedua2 ibu bapaku.

Turut membuat aku terfikir akan tindakan aku sebagai seorang anak yang selama ini (mungkin) banyak mengguris hati orang tuaku. Sempatkah aku memohon ampun daripada mereka? Sempat kah aku mengucup dahi mereka tatkala mereka masih lagi bernafas di bumi milikNya ini? Atau sempatkah aku membalas segala pelaburan yang mereka lakukan dalam memastikan anak mereka ini hidup sebagai seorang insan yang beriman dan bertaqwa?

Kalian pula? Sempatkah?

Oh Tuhan, panjangkan lah usia kedua2 ibu bapaku, agar mereka dapat memperbanyakkan lagi amal jariah, bersedekah, dan menambahkan koleksi pahala dalam usaha untuk masuk ke syurga Mu yang abadi. Panjangkan lah usia mereka agar aku sebagai seorang anak dapat menatap wajah2 mereka sepuas2nya, membalas segala jasa mereka, dan senantiasa tidak alpa akan pengorbanan mereka. Kau perkenankanlah permintaan hambaMu ini ya Allah.


Takziah buat saudara Ammar dan keluarganya.

Al-Fatihah.





NUke

5 Comments:

  1. tOpeQ said...
    smoga ammar sekeluarga tabah menghadapi dugaan dan arwah di tempatkan dikalangan org yg beriman... al-fatihah...
    Nizam Zahri said...
    huhu..
    AL-Fatihah
    MYRAspberry said...
    amier,sile la tukar aku nye blog name tu.. bkn the join n pain lg la... MYRAspberry
    ejan said...
    sesungguhnya.. ajal tidak lmbt sminit n tidak cepat sminit.. insaf la sblm anda diseksa ngn azab kubur yg dahsyat...
    Anonymous said...
    i've been with it.
    and u can never really get over with it.
    but once u accept it,
    u'll find blessings + opportunities hidden in each of it.
    then u can go through with it.
    :)

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.