Salam. Entry yang ke seratus-satu-belas.

Hm, tak banyak perkara berlaku hari ni memandangkan aku takde kelas. Namun, pagi ni aku dikhabarkan dengan berita gembira setelah design baju nukegroup telah siap. Hari Jumaat diteruskan dengan perjalanan menggunakan motorsikal ku ke masjid UKM bagi melaksanakan solat Jumaat. Alhamdulillah, nasib baik hujan turun sesudah kesemua muslimin pulang dari masjid. Hujan rahmat barangkali.

Bukan mengisahkan tentang hujan. Tapi, keseronokan aku melihat kawan2 kolej ku main futsal bersempena dengan Karnival Varia-C, satu acara tahunan kolej aku ni. But the difference, untuk tahun ni, aku tak terlibat dengan sebarang aktiviti yang dianjurkan, kecuali membeli juadah2 di gerai2. Haha, sesungguhnya mengertilah bahawa aku kuat makan.

Best gak tengok budak2 ni main futsal. Topeq jadi goal-keeper. Umair, Ezan, Epong, Jawa, Nazri pun main skali (ada yang aku tak sebut ke? Harap2 semua la aku sebut).. dan Apish pun ada.. walaupun tak main.. tapi support beb! haha, aku ter-miss 1st match dorg tapi sempat tgk dorg main 2nd match. Haha, layan.

Habis dorg main then aku terperasan yang kaki sorang member ni berdarah... Ala, standard aa kan main bola sepak or futsal ke.. Mesti ade injuries.. baru ah best! Baru ah semangat berkobar2.. Ceh! poyo jer. Kat sini, aku letak gambar kecederaan pemain itu. Korang teka lah sapa! hahahaha.. Aku letak gamba ni pun dengan keizinan empunya diri ya! So, takyah nak bayar2 royalti. Hahaha.

kaki si pemain yang berdarah

Btw, malam ni mungkin aku tak ke mana2 sebab nak survey makanan yang ada kat dataran kolej aku tu. Hm, apa yang sedap eyh kat gerai2 tu..?





NUke

3 Comments:

  1. tOpeQ said...
    ko letak gmba kaki umair wt pe.. wt busuk blog ko je.. ptt letak gamba time aku save bola td(ade ke aku save)..hahaha..
    Nizam Zahri said...
    sempat lak tuh
    ejan said...
    cantik la sliper 2.. mane bli ek.. hehehe

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.