
salam.
Kegusaran dalam hati mulai pudar dan hilang dengan pertemuan seorang sahabat sebentar tadi. penjelasan demi penjelasan dihamburkan sesama sendiri, dalam usaha mencari kebenaran dan kepastian segala kekusutan dan salah pengertian yang berlaku. Oh, tak sia-sia ubat tidur yang aku makan malam tadi, nyenyak lenaku.Sumber masalah dikenalpasti, sebuah kisah yang dimanipulasikan serta diolah jalan ceritanya supaya nampak hebat dan kesalahan sebelah pihak! Tak guna! Siapalah dia pengubah dan penokok tambah ceritera itu?
Selesai sudah episod salah faham antara aku dan dia. menjanjikan keadaan seceria dahulu tatkala diri meniti hari-hari terakhir bergelar mahasiswa prasiswazah di UKM ini.
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat Illahi. Kekusutan aku kini hanya terfokus pada satu perkara - Thesis. Lain2 perbalahan...? Selesai sudah...
Terima kasih kamu, kerana memberi peluang untuk berbicara.
"Biasa lah... Aku Kan Macho!"
boleh lah bergelak ketawa lepas ni kan?
NUke
4 Comments:

caiyok 4 ur thesis, skit jer lg tu..
Peace = )
p/s: Kebijaksanaan seseorang hakim terpancar apabila dia mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak dalam penghakimannya.