aku jarang menyebut itu
kerna apa ya?

kerna aku mahu kau tahu

tahu apa ya?

luahan jujur dari hatiku


aku jarang mendampingimu

mungkin malu

malu dengan apa?

aku malu dengan kamu

tinggi santunmu

indah bahasamu


aku jarang bertanya khabarmu

sombong barangkali

mungkin mementing diri

tapi tak bermaksud aku menafikan kamu
kewujudanmu

kasih sayang mu


---


rumit kah?
apa?
menjadi seorang lelaki?
kamu rasa?
tak serumit perempuan barangkali...
mungkin ya. tapi..
tapi apa?
lelaki memikul tanggungjawab yang besar kan?
ya, aku setuju.
jadi?
aku faham. rumit juga menjadi lelaki.
aku tak kisah semua tu.
...
kenapa diam?
saja. aku berfikir.
boleh aku tahu? kalau kau tak kisah untuk berkongsi...
mesti lah. kau kan lelaki aku.
Ha ha. aku tahu.
apa yang kau tahu?
kamu sayang aku kan?
Ish, perasan.
tak mengapa. aku pasti kau akan menyayangi aku...
...?
...lebih daripada kau menyayangi aku sekarang ini.
kenapa kau cakap macam itu?
sebab aku sangat pasti.
apa dia?
bila aku sudah mati, kau akan lebih menyayangi diri aku ni.
kenapa kau cakap begini?
kau sayang aku kan?
TAK!
Haha, nanti kau akan sayang aku!
Haha...

nanti dulu...
kenapa?
ada seperkara yang aku perlu kongsi denganmu.
apa dia?
perasaan ini.
aku tak faham.
Aku...
?
Aku sayang kamu.





NUke

1 Comment:

  1. rizal kamaruzaman said...
    huh?

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.