Aku : Opah... hujan lebat ni! nak mandi hujan boleh?
Opah : Ish.. ni kan baru je hujan.. tunggu hujan lama sikit la baru mandi hujan tu.
Aku : Lama lagi ke opah?
Opah : Ha, kejap je lagi.. lepas tu pergi la main hujan tu.

10 minit lepas tu, Opah pun benarkan aku main hujan! Seronok.

namun, hal ni berbeza dengan Hujan Panas. Aku yang time tu kecik lagi, tak faham kenapa opah aku tak bagi main hujan panas...

Aku : Opah! hujan ni. boleh main hujan tak?
Opah : Jangan! hujan panas ni, jangan main hujan... masuk dalam rumah cepat!
Aku : Ala.. kenapa pulak? Sama je.
Opah : Issh.... nanti demam! Kang mak kau marah pulak! Esok ko sekolah.. (start membebel)
Aku : Ye la!






Tadi, hujan panas kejap, and aku pun kelam kabut amik baju2 yang aku baru je basuh kat ampaian tu. So, disebabkan beria2 sgt nak angkat baju tu (walaupun aku tahu hujan panas ni skejap je), maka aku pun accidentally termain hujan panas. At first, aku mmg tak kesah pun psl hujan panas ni. But suddenly, lepas aku masuk bilik. Aku teringat akan kesah aku and opah aku time kecik2 dulu... Opah aku SANGAT TAK BAGI kitorang adik beradik main hujan panas. Katanya boleh demam.

Aku pun teringat dialog aku dgn Angah aku beberapa tahun lalu..

Angah : Hadei.. nk demam la ni!
Aku : Ape kes monyet? Balik2 kerja je bising ni?
Angah : Banyak la kau punye monyet... Sakit pala ah!
Aku : Pesal?
Angah : Kena hujan panas tadi.. trus kpala pening!
Aku : Oh, ye ke?


Hm, honestly aku pun tak faham apa kaitan hujan panas dan pening lalu demam. Tapi yang nyatanya, aku pun sedang sakit kepala ni, just after kena hujan panas. Should I beli Neslo kat kafe untuk menghilangkan sakit kepala? Hm...



Malam ni aku akan menutup lampu bilik untuk support Earth Hour yang digembar-gemburkan. Namun, aku tak boleh lak nak ber-tidak-online selama satu jam pada malam2 hari, maka, aku hanya akan menutup lampu, tetapi tidak menutup PC aku.. hahahaha




NUke

6 Comments:

  1. farish izaryl @izreez said...
    hehe sama la kite nk ttup lmpu tp nk tgok af hajarnye hikss
    Anonymous said...
    mane leh.sume yg berletrik kena la tutup.nasib bek dia wt earth hour.kalo earth day?
    haha...
    support earth hour!
    ejan said...
    ujan2.. jom maen ujan.. pkai underwear je la.. hahaha
    Faizal Sulaiman said...
    hah..ada dgr gak org tua2 cakap camtuh.
    betol kot!
    ak pon x leh x on9. hehehehe
    but tv3 pon x tutop hapa?
    diorg pon nak untung maa..
    Costa Rica said...
    hmmm knape kamo xbagi CR delet blog?
    Anonymous said...
    tak tau la betul ke x info yg ray dgr ni !

    hujan panas ni orang kata ayaq ujannya beracid...huhuhu
    sbb tu senang pening pala.

    PS : lenjun kena air hujan yg sangat lebat kebelakangan ni...diselang seli dengan panah petir

    menakutkan !!

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.