Salam.

Aku kembali ke UKM setelah menghabiskan masa bersama keluarga di rumah tempoh hari. Ribuan kemaafan kepada anda yang kerap kali melawat blog ini, menantikan entry yang baru.. (ada ke yang buat camtu?)

Jadi, hari ni cuti. Maulidur-rasul.

Aktiviti wajib ketika cuti adalah seperti berikut:-

  1. Tidur yang melewati subuh.
  2. Mandi setelah tibanya waktu tengahari.
  3. memalaskan diri untuk keluar dari bilik.
  4. melakukan hal2 tak berfaedah menerusi capaian internet.

Aku rasa aktiviti2 tu valid bagi aku je kot. Tapi kalau korang ada penambahan or cadangan yang baik bagi mengisi waktu cuti, aku amat alu-alukan. Btw, aku balik rumah haritu sebab nak jumpa adik aku before dia ke sekolah barunya esok. Merasa la jugak dia masuk sekolah asrama tu. haha! Semoga dia akan menikmati kehidupan 'indah' di asrama tu nanti.

Aku kembali melakukan rutin harian. Makan. tidur. Mandi. dan macam2 lagi..termasuklah kekeliruan dalam memilih baju yang sesuai untuk ke kuliah. huhu... dan apa yang aku harapkan adalah terdapat sedikit kelainan dalam rutin harian aku kelak. ye, aku akan berusaha untuk mempelbagaikan aktiviti normal ku nanti. Oh ya, dengar cerita karnival kolej akan mula hujung minggu ni..betul kah? Jika ya, aku ingin sekali mengucapkan selamat sibuk kepada mereka yang terlibat dalam menjalankan setiap program yang dirancang.

Oh ya, kepada mereka yang mengirimkan salam kepada adikku tempoh hari.. Maaf kalian, aku terlupa menyampaikannya. huhu.. bukan disengajakan.. tapi memang terlupa. Lagipun... aku kan abang dia! haha.. ada hati nak ngorat adik aku konon.. aku report kat awek2 korang kang! hahaha. Gurau jer kay.

Nway, selamat maulidur-rasul dan menjalankan tugasan anda seperti biasa selepas cuti ni.










NUke

6 Comments:

  1. amin h said...
    adik ko masok sekolah mana?
    charco said...
    hahaha..rutin harian tu, tambah la "menelaah pelajaran"

    Btw,gud luck utk adik anda..

    -mode:demam+sakit tekak+sakit kaki-

    :(
    tOpeQ said...
    xpe.. aku dh kem salam direct terus ke adek ko.. huhuhu
    NUke_Rude said...
    to amin:
    masuk sekolah asrama

    to charco:
    menelaah pelajaran? wah! terlupa pula saya. akan saya masukkan ia.

    to topeq:
    erk! ye ke?
    ejan said...
    nuke.. ko repot je kt awek 'dorg'.. xblh pkai pye bf.. hahaha
    nora de lala said...
    betol!!!! report2..
    lelaki 'playboya'

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.