Salam.

6 Mac. 61 tahun dulu, ayah aku dilahirkan, kalau ikut cerita orang kampung, nama asal ayah aku ialah Mohamad. Tapi ntah macam mana ntah, lama lama jadi Mahamad...Mahmad...Mahmod..! heran gak aku ngan orang dulu2 ni. So, nama rasmi ayah aku dalam kad pengenalan ialah Mahmod.

Tak kisah la apa nama betul dia, tapi yang pasti dialah ayah aku.

Ayah, tak mungkin ayah akan membaca blog anakmu di sini. Sedangkan memegang 'mouse' pun ayah tak reti. Anakmu ini tak menyalahkan mu apabila perhatian daripada mu kurang diberi. Ayah jadi begitu kerana ayah sendiri membesar dengan keadaan tanpa ayah. Anakmu ini mengerti semua itu.

Di kesempatan ini, anakmu ini ingin sekali mengucapkan selamat ulang tahun yang ke 61. Anakmu ini sedar akan dirimu yang semakin tua... Maafkan anakmu kerana kurang mendakapimu, membelai dirimu, malah tak pernah mengucup pipi dan dahimu sementelah usia anakmu ini sudah pun masuk 20 tahun.
Semoga ayah akan senantiasa sihat, dirahmatiNya, dan panjang umur. Saya sangat menyayangimu, Ayah.


.

Tadi, waktu nak ke masjid untuk solat Jumaat, aku dikejutkan dengan kehadiran ular daun (kot) pada raga motorsikalku. Tak lah besar, namun tak lah kecil sangat. Cukup lah untuk membuatkan diri ini gementar seketika. First time aku tengok ular duk lepak kat raga motor. Motor aku plak tu. Xpe kau ular.. sib baik la kau ni spesies terancam, kalo ko ni sespesies mcm lipas, dah ku penyekkan kau!

Roomate-ku sempat meng-capture beberapa keping gambar ular itu. Apa kesudahan ular itu?

Ha, aku gi la amik kayu dan cuba alihkan ular itu, alih-alih dia pegi kat motor sebelah aku pulak, dan terus turun ke bahagian bawah motor tu, lepastu...HILANG! Dalam hati ni cuak jer, berkata aku pada diri sendiri "Eih, ni ular ke ape? Aku harap benda yang baik je.."

Kepada ular, terima kasih kerana meningkatkan adrenalin aku. Peergh, sesungguhnya hari Jumaat ini sememangnya lain daripada yang lain.



NUke

8 Comments:

  1. Anonymous said...
    This comment has been removed by the author.
    meow said...
    hepi besday pkck mahmod..

    ala..msti ula 2 nk wat suprise besday kt ayah ko tp ayah ko jauh sgt lak...hehe..suprisekn anak ckup...(memahami persaan ula)

    hm...apepn..'kucing lg bhya dr ula' btulkn?kn?
    ejan said...
    perghh.. nsb baek ular daun.. herbivor je.. mkn tumbuhan.. kalo ular daging.. lg la takot.. karnivor.. mkn org.. hahaha
    tOpeQ said...
    hai ayah mertua....
    Unknown said...
    Lg bernasib baik sbb ular tu x mkn besi.
    Kalo x, tentu da tertelan moto ko.
    kan? kan?
    kim salam epi besday kt ayah ko.

    Meow@Faeezah's law state that : 'kucing lg bhya dr ula'
    Beta@Nahar's law state that : 'Faeezah's law is invalid'
    Jidih M. said...
    epy bufday kat ayah ko. .wlpn xknl. .keke. .mka mcm 16 thun je. .ble mnta petua awet muda ayah ko x?. .hehe. .kidding. .jgn mara r. .peace!!. .ular tu nk tmpg p solat jumat. .tp ko xbawa. .jahaaat!!. .hahaha. .LoL~
    nora de lala said...
    Allah selamatkan kamu
    Allah selamatkan kamu
    Allah selamatkan uncle mahmood
    Allah selamatkan kamu..

    aku x cuker ular. cuber ko tgk ular tu.. nth2 ular betina ker., die berkenan kat ko tuu. tu nk ngorat ko.. ko tgk jer cara dia landing kat motor ko.. penuh keayuan. american next top snake tuu... wakaka..
    Shafiqa Mohd said...
    hey~ahaha.=)
    thanks sbb cmment kt my blog that day~
    lawa gile blog u.tak la dull je mcm mine.=D.tade mase nk buat la.=D
    btw,u org bangi ey?kt mne?=P

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.