The secrets behind entries continue...

SEPTEMBER

  • Baju Melayu untuk raya kali ni merupakan warna hitam. Baju Melayu aku yang pertama kali dibeli setelah bekerja. Dan juga setelah 5 tahun aku memakai baju melayu warna merah.
  • Aku bagitau Along yang aku rasa macam sambutan Raya Aidilfitri tahun ni merupakan sambutan terakhir aku dengan seseorang.
  • Sehari lepas Hari Lahir aku yang ke-22, aku menyerahkan Resignation Letter aku.
  • Dari dulu lagi aku memang dah aimed Myvi SE warna Oren. Tapi, J kata, kalau aku pakai Myvi SE warna Putih lagi ok. Nampak macam professional!
OCTOBER
  • Vlog Face.Book tu dirakam sejurus aku sampai rumah daripada tempat kerja. Time tu, aku rasa betul2 rindu pada zaman sekolah asrama. Segala macam kerja gila dan entah apape yang aku & kawan2 buat. Kat dalam buku tu juga ada satu 'kod' rahsia.
  • Megi Claypot merupakan idea spontan. Semuanya bermula dgn aku yang sengaja meletakkan lesung batu itu atas stove. Kemudian ditegur oleh Alang "Kau ingat ni Claypot ke?". Dari situ, ia berkembang menjadi satu bahan lawak. Terima kasih kepada Angah.
  • Figura Batman dalam komik Monster itu merupakan hadiah pemberian Along. Aku simpan figura tu sejak tahun 1999. Even, aku pernah membawanya ke universiti dan meletakkannya di atas flat screen monitor aku ni. Dan tak ada orang berani curi! Soft toy Itik tu pulak diberi oleh Pe'us pada thn 2008.
  • Kerja ke-2. Aku kini bekerja sebagai 'Event Executive'.
NOVEMBER
  • Dalam KAC2 : F, huruf F itu bermaksud F**k.
  • Aku outstationed. Bukan lah jauh sangat. Cuma ke Serdang saja. Sebab ada event. Event apa? MAHA 2010.
DECEMBER
  • Aku telah menyenaraikan 100 lagu ini sejak tahun 2006. Utk tahun 2006 & 2007, aku pernah publishkan di blog Friendster aku dulu. Tahun 2006, lagu InTeam - Ratu Syahadah rank #1. Utk thn 2007, lagu Siti Nurhaliza - Destinasi Cinta pulak rank #1.
  • Sehingga aku membuat entry ini, ketahuilah bahawa nukilan aku bertajuk Anugerah Juara Lagu 25 : Finalist Review telah dibaca sebanyak 168 kali. Entry ini juga boleh dibaca di yoyooh.com.
  • Tiba-tiba semua ahli keluarga menggemari Nutella. Disebabkan itu, kitorang mesti membeli sebuku roti setiap 2 hari. Kadang2, sebuku roti tu boleh habis dalam masa beberapa jam saja.
  • Gambar dalam Poster rasmi untuk siri Ku Ampunkan Cintamu 2 itu sebenarnya diambil di Lumut, Perak.
  • Ramai yang bertanya, KAC & KAC2 itu merupakan adaptasi kisah benar atau rekaan semata. Jawapannya: REKAAN semata-mata. Watak-watak dalam cerita ini diambil daripada nama2 kawan2 aku. Kecuali Xyryll. Yang mana, Xyryll merupakan nama pilihan aku untuk anak lelaki aku kelak. (kalau ada anak lelaki lah). Nama Alya' pula diolah daripada nama seorang sahabat ketika di sekolah; 'Alyaa.

Dan pada kesempatan ini juga, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kpd semua pembaca blog ini. Tahun 2010 ni menjadikan aku seorang blogger dengan pengalaman selama 8 tahun. Dan aku berharap aku akan terus saja menulis dan merepek dengan pelbagai isu; kalau masih diizinkan Allah. Andai kata sepanjang tahun ini aku ada terbuat salah secara sedar atau tidak, hanya Maaf yang aku pinta.







2 + 0 = 1 + 1



NUke

4 Comments:

  1. zixol said...
    aku suke entry megi claypot..haha..
    slalunye aku akan pecaya bulat2 ape yg ko tulis.and kekadang end up buat aku gelak sorg2..haha..welcome to twenty11..!
    Faizal Sulaiman said...
    hebat la ko bro!!

    tunggu top 100 ko tu:P
    NUke_Rude said...
    zixol:
    thx bro. sesungguhnya ketahuilah bhw aku pun suka akan entry maggi claypot tu. :P

    faizalsulaiman:
    thanks. nway, top100 pun dah publish!!
    Musafir Bulat said...
    pasal MAHA2010 tu, ada ternampak saudara jaga eskeleter..
    tahniah lah sebab berjaya handle event besar..

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.