Cuba kau orang tanya kat sesiapa saja lah, jantina mana yang selalunya dikaitkan dengan ego? Maybe majoriti akan jawab 'Lelaki'. Sebab apa? Sebab ego lelaki itu memang tinggi (berbanding perempuan). Dan ego itu jugalah yang kadang-kadang membunuh diri lelaki itu sendiri.
Bukan nak kata perempuan tu tak ada ego, cuma perkara ini acapkali dikaitkan dengan seorang insan bergelar lelaki. Bila lelaki buat silap, agak sukar untuk dirinya mengakui kesilapan itu. Andaikata dalam pertelingkahan juga, amat sukar untuk lelaki untuk beralah. Sebab itu semua normal bagi lelaki untuk bersikap protective & defensive. Mempertahankan thoughts yang dirasakan benar (walaupun ada kalanya perkara yang dipertahankan itu tidak logik sama sekali).
Aku, lelaki. Dan aku juga mempunyai ego. Ego terhadap lelaki lain. Ego terhadap perempuan. Dan ego terhadap adik aku. Ye lah, aku kan abang! Abang mestilah betul! Ego itu jugalah yang membolehkan aku mengarahkan adik aku untuk membuka gate rumah apabila ada orang datang; atau mengarahkan adik aku untuk memanaskan air dalam cerek!
Haha! Gila best jadi abang!
NUke
dalam topik : lelaki
2 Comments:
-
- Sky0ne said...
December 10, 2010 at 6:01 PMyayyy pada kita yg bergelar abang...hihi- zixol said...
December 10, 2010 at 8:15 PMkan..kalo bapak aku soh abg aku wat pape, die akan suh aku,then aku pas kat adik aku..adik aku pas kat yg bongsu..hahaha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.