Siri 10
Tidak mampu menipu dirinya, Asyraf membiarkan air mata yang jernih itu terus mengalir; walaupun diperhatikan oleh Fadhiri. Egonya kini begitu rendah, serendah yang pernah dirasakan olehnya. Fadhiri menghampirinya dan mengusap belakang badannya. Dia tidak mahu berkata apa. Bagi Fadhiri, biarlah saat-saat itu berlalu perlahan dan hanya diketahui dirinya. Setelah keadaan sedikit relaks, Asyraf mengajak Fadhiri yang sedari tadi duduk bersila disebelahnya untuk ke bilik TV.
Dalam kesunyian subuh itu, Asyraf meluahkan kekesalannya yang kerap mengabaikan kewajiban diri sebagai seorang Muslim kepada Fadhiri. Ingin sekali dia menceritakan akan perilaku dosa yang dilakukan bersama Xyryll, namun, dia merasakan masih belum bersedia untuk melakukan sedemikian rupa. Tambah-tambah kepada Fadhiri, yang juga rakan sebilik dirinya, dan Xyryll. Apa yang kedengaran cumalah sesalan dirinya yang kerap melakukan dosa, dan membelakangi perintah Yang Maha Esa. Fadhiri, walaubagaimanapun tenang sahaja mendengar tanpa memberikan sebarang balas. Dia tahu, ketika ini, peranan yang perlu dimainkan hanyalah mendengar. Dan terus mendengar.
--
Entah mengapa, Asyraf berasa begitu tenang sekali hari ini. Mungkin disebabkan oleh apa yang telah berlaku subuh tadi, atau, barangkali ia disebabkan oleh kuliah Fizik yang membincangkan tentang Fizik Nuklear; salah satu topik kegemarannya. Justeru, mudah untuk dirinya memahami segala kandungan dan persamaan yang digunakan dalam menyelesaikan setiap permasalahan.
Ketika dia sedang sibuk mendalami ilmu itulah, Meor yang duduk di kerusi sebelahnya menegur.
"Asyraf, Jumaat nanti kau balik KL tak?"
"Balik."
"Kau dah beli tiket bas ke belum?"
"Belum."
"Kau balik dengan siapa?"
"Tak tahu lagi. Xyryll kot!"
"Aku ikut kau balik sekali lah! Kita beli tiket sekali lah!"
"Ok je."
Nota yang dihamparkan menerusi projector itu disalin cepat oleh para pelajar lain. Masing-masing mahu kuliah Fizik itu segera selesai memandangkan jam sudahpun menghampiri 2 petang, dan kesemuanya sudah mula kelaparan. Termasuk Asyraf dan Meor.
"Meor, kejap lagi, jom kita lunch sama-sama."
"Okay."
--
Nasib tidak menyebelahi mereka apabila tempat duduk di kafeteria sudahpun penuh dengan pelahar-pelajar yang asyik menikmati hidangan tengahari. Lalu, Asyraf mengambil keputusan untuk menangguhkan saja masa untuk makan tengahari dan ingin pulang ke biliknya. Pun begitu, Meor mencadangkan untuk mereka sama-sama menunggu dan melepak sebentar di biliknya yang jaraknya lebih dekat dengan kafeteria. Dan Asyraf pun bersetuju.
Kasut hitam dibuka dan disusun Asyraf di luar pintu bilik Meor. Beg sandang miliknya itu diletakkan di atas lantai bersebelahan dengan katil Meor. Meor pula terus saja membuka baju kemeja dan melonggarkan tali pinggang yang dililit di seluar slack hitamnya.
"Panas kan, hari ni?", Meor memulakan bicara setelah masing-masing membisu sepanjang perjalanan dari kafeteria ke biliknya.
"Ya!", balas Asyraf ringkas.
"Kalau kau nak minum, ambil sajalah air dalam heater aku tu."
"Gelas, ada kat sebelah heater."
Asyraf memandang ke arah pemanas air dan gelas. Dan berpaling semula ke arah Meor.
"Don't worry lah, heater dan gelas tu, aku yang punya...", balas Meor, tersenyum. Dia kemudiannya duduk di sebelah Asyraf yang sudah lama melabuhkan punggungnya di atas katil. Lutut mereka bertemu dan tiada sebarang reaksi mengelak dilakukan oleh kedua-dua individu itu.
"Boleh aku tanya kau satu soalan?", soal Meor.
"Boleh. Tapi belum tentu aku akan menjawabnya." jawab Asyraf.
"What is so special about Xyryll, ya?"
Mendengar saja persoalan itu, Asyraf hampir-hampir saja mengambil keputusan untuk berpura-pura tidak memahami isi kandungan pertanyaan yang diajukan Meor. Perlukah dia menjawab atau hanya tersenyum dan berdalih?
--Bersambung...
NUke
dalam topik : ku ampunkan cintamu 2, novel
3 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
kantoi!
tetiba "semalam i call u, u tak answer"hahaha
huh...