Mungkin sedikit terlambat untuk aku menyenaraikan lagu-lagu yang layak ke peringkat Akhir Muzik Muzik a.k.a Anugerah Juara Lagu 25 (AJL25). Dalam sedar tak sedar, AJL dah nak masuk edisi ke-25. Kalau diikutkan usia, memang sudah cukup matang; baik dari segi pemilihan lagu yang layak bertanding, konsep yang akan diketengahkan, dan juga dari segi penerbitan. Itulah yang kita, peminat muzik tempatan mengharapkan dalam AJL25 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Pun begitu, sebaik sahaja lagu-lagu yang layak ke AJL25 diumumkan, ada juga komen-komen daripada kalangan teman-teman yang mempertikaikan keputusan juri. Seperti biasa, bila ada saja lagu-lagu yang dijangkakan layak tetapi tidak tersenarai, maka akan ada lah rasa ketidakpuasan hati. Justeru, bibit-bibit bicara yang cuba menjejaskan AJL pun kedengaran. Saban tahun, memang isu ini tidak akan surut.
Back to the all finalist, I personally impressed with AJL yang cuba membawa kepelbagaian konsep menerusi finalis-finalis mereka. Itu sudah menjadi 'hidden trademark' AJL, yang setiap tahun memperkenalkan muka-muka baru dalam industri. Barangkali itu pengajaran yang diperoleh daripada edisi-edisi terdahulu. Masihkah anda ingat akan satu zaman di mana Dato' Siti Nurhaliza pasti akan membawa sekurang-kurangnya 2 trofi? Sehinggalah kedengaran komen-komen seperti "Asyik-asyik Siti (Nurhaliza) yang menang...". AJL memang tak pernah kering dengan kontroversi. Daripada isu pemilihan lagu 'Keliru' sebagai Juara Lagu, sehinggalah persoalan akan lagu 'Pergi' yang menafikan kualiti komposisi dan lirik 'Dan Sebenarnya'. Ke mana pula perginya Aizat untuk edisi ke 25 kali ini?
Mungkinkah Juara Lagu 25 milik Faizal Tahir?
Tahun ini, walaupun belum berlangsung lagi, AJL25 terus hangat dibincangkan. Ada yang menyatakan bahawa lagu-lagu yang layak tidak cukup 'uumph!' untuk menarik ramai penggemar muzik tempatan untuk menyaksikan AJL25. (Melainkan strategi pemasaran & pengiklanan untuk AJL kali ini betul-betul berkesan!).
Lagu-lagu yang layak ke AJL 25:-
- Hanyut - Faizal Tahir
- Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Shahir
- Noktah Cinta - Hafiz
- Drama King - Meet Uncle Hussain ft. Black
- Ku Ada Kamu - Adira
- Cinta Sempurna - Yuna
- Pelita - A.P.I
- Berlari - Tomok
- Sofea Jane - Black
- Mencari Konklusi - Hujan
- Selamat Malam - Faizal Tahir
- Ekstravaganza - Bunkface
- Jahat - Stacy
- Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
Melihat sendiri senarai finalis, ada beberapa lagu yang boleh dijangka berpeluang untuk berada pada kedudukan 3 teratas. Bagi 2 kategori khas - Vokal & Persembahan Terbaik, tiada apa yang boleh dijangka memandangkan kedua-duanya bergantung sepenuhnya kepada persembahan artis pada malam pertandingan.
Perhatian pastinya tertumpu pada Faizal Tahir (sekali lagi) memandangkan 2 lagunya layak ke peringkat akhir. 'Selamat Malam' sememangnya memberikan tiket kepada FT untuk ke AJL25. Namun, dengan 'Hanyut' yang turut sama berjaya ke peringkat akhir, memberikan dan mencerahkan lagi peluang untuk FT berada di posisi 3 teratas. Bagi penulis, 'Hanyut' memang salah satu lagu dan produk muzik tempata yang terbaik pernah dihasilkan. Tidak mudah dinyanyikan oleh sebarangan orang, lagu ini seolah-olah memberikan gambaran kepada semua bahawa 'lagu ini Faizal Tahir yang punya!', seakan-akan menjadikan signature atau trademark kepada FT.
Satu lagi lagu yang dirasakan tidak menjadikan AJL kali ini hambar ialah 'Tolong Ingatkan Aku' nyanyian Ana Raffali. Walaupun kemunculannya dalam industri muzik acapkali disamakan dengan Yuna, tetapi ternyata lagu Ana Raffali berada pada kelas tersendiri, sesuai dengan kemampuan vokalnya. Sangkanya lagunya yang lain akan layak, tetapi 'Tolong Ingatkan Aku' ini pula yang menjadi pilihan juri. Syabas! Sebab lagu ini memang layak untuk berada dalam kelompok 14 terbaik!
Jika mahu diperhatikan dari segi komposer / penulis lirik, maka individu yang paling tinggi peluangnya untuk merangkul Juara Lagu ialah Edry Abdul Halim. Daripada kesemua 14 lagu yang akan bertanding, 3 daripadanya adalah hasil ciptaan & ciptaan bersama nya. 'Kebahagiaan Dalam Perpisahan' oleh Shahir dirasakan perlu untuk AJL25 kerana lagu ini memang memberikan impak kepada industri muzik. Dan juga memberikan impak kepada titik permulaan seorang artis baru kelahiran Akademi Fantasia (AF). Kalau dilihat semula dalam perkembangan AF, hanya Mawi yang mampu memberikan impak dan kesan berganda pada industri muzik tempatan, dek kerana 'aura'nya dan lagu kemenangan. Perkara ini berulang kembali menerusi kemenangan Shahir. Secara peribadi, penulis menjangkakan lagu ini berada di tempat 5 teratas, dengan perasaan ragu untuk meletakkan lagu ini layak diangkat sebagai Juara Lagu. Jika betullah lagu ini diangkat sebagai Juara Lagu, macam-macam perkara juga boleh dipertikaikan; dari segi susunan muzik, struktur lagu dan lirik.
Kejayaan 'Cinta Sempurna' ke peringkat akhir melengkapkan lagi kisah gembira komposer-penulis-penyanyi Yunalis Zarai (Yuna) yang baru-baru ini dianugerahkan Ultimate Shout! Award oleh juri-juri Shout! Awards 2010. Pun begitu, peluang untuk lagu ini dinobatkan sebagai Juara Lagu mungkin tidak sebesar lagu-lagu lain memandangkan ciri dan konsepnya yang mirip 'Dan Sebenarnya' tahun lalu. Kekuatan lagu ini selain daripada struktur komposisi, adalah darisegi susunan muziknya. Kelainan lagu ini mungkin dibayangi lagu-lagu Yuna yang lain, yang sudahpun menembusi corong-corong radio mainstream, dan bukan lagi MySpace. Ya, memang kita semua senang untuk mengecam lagu-lagu ciptaan dan nyanyian Yuna, kerana vokalnya, penulisannya, dan juga komposisi lagu yang melankolik. Itulah yang menjadikan Yuna seorang penyanyi yang berbakat besar.
Perlu diingat ya, segala yang dicoretkan ini cumalah pandangan peribadi penulis dan tidak menggambarkan pandangan semua peminat muzik tempatan terhadap AJL25.
- - Catatan daripada seorang peminat muzik tempatan.
NUke
dalam topik : juara lagu, muzik
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
tp hanyut memang kaw la wehh!!
jahat budak jahat??hahahahahaha
saya bersetuju dengan pendapat penulis..lagu2 ke final tahun ni kurang ummphh dan macam tiada pembaharuan sangat dalam industri muzik.. kebanyakkannya rentak jenis yang sudah biasa didengar..
kadang kala kita (sebagai penonton) tidak bersetuju dengan keputusan juri kerana minat kita dalam genre yang berlainan..
saya rasa AJL 25 akan mengundang kontroversi.. entahlah kenapa, hati saya kuat rasakan begitu..
tapi, hanyut tu bagi saya memang mempunyai peluang cerah.. berkenaan shahir pula, saya rasa jika TV3 memberi kuasa kepada penonton 100% untuk undi persembahan terbaik, dia akan menang kerana dia masih lagi 'segar' dengan kemenangan AF.. (dan beliau juga akan menang KATEGORI ARTIS BARU LELAKI POPULAR BERITA HARIAN 2010 nanti dek kerana kuasa penonton) tetapi jika juri diberi kuasa sepenuhnya.. memang pada malam itu sahaja kita dapat lihat..
tetapi vokal terbaik bagi saya, BLACK dan FAIZAL TAHIR ada peluang tinggi kerana mereka pernah menang..
persembahan terbaik pula, saya menjangkakan stacy akan buat persembahan seperti 2 ajl sebelum ini..tetapi faizal tahir, adira, shahir, yuna, hafiz dan ana raffali boleh menang kerana lagu mereka banyak bentuk dan idea boleh dipersembahankan..tetapi jangan lupa hujan,a.p.i.,bunkface,hafiz dan yang lain-lain boleh menang kerana persembahan terbaik tidak berkaitan dengan lagu dan lirik tetapi mengenai bagaimana penyanyi boleh buat persembahan yang kena dengan lagu.. contohnya lagu kebahagian ddalam perpisahan, takkan la nak lompat2 kot..
untuk tempat pertama (juara lagu), kedua dan ketiga, biasanya juri akan melihat lagu yang lain daripada biasa.. ini sudah sinonim.. contohnya macam kemenangan yasin (irama arab), waheeda (irama arab), farah wahida (elemen cina), meet uncle husein (indie)..
jadi saya rasa sudah buat ramalan dan analisa sebelum pertandingan.. kita tidak tahu apa yang terjadi masa pertandingan, mungkin ada kelainan dalam susunan muzik seperti yuna (ajl24), hazami (ajl21),meet uncle husein (ajl23)..jadi saya akan lihat juga nanti pada malam pertandingan