Dah lah kredit ni memang dah low. Aku pun bergegas ke Kedai Jimat untuk beli top up. Kononnya nak beli top up biasa, alih2, Hot Tiket je yang ada. Dengan penuh keyakinan, aku membeli Hot Tiket RM15 setelah terpengaruh dengan iklan kat TV dan hebahan daripada kawan2.
"Saya jual"
"Saya beli"
Akad jual beli itu penting dalam urus niaga Islam. Lepas saja aku selitkan Hot Tiket ke dalam poket baju kemeja G2000 berwarna perang, aku terus memecut perlahan motorku menuju ke rumah. Then dengan semangatnya, aku terus gores lapisan perak di belakang kad untuk mendapatkan activation number.
*105*#
Send.
"Service currently not available."
Masuk kali ni dah dekat 10 kali aku cuba! Tak boleh-boleh jugak!!! Mungkin ini kali pertama dan terakhir aku akan gunakan Hot Tiket!
Maxis, please take note on this matter! (Cewah!)
NUke
dalam topik : malaysia
4 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.
Bukan rezeki la tu.