Salam Aidilfitri kepada para pembaca.

Ya, setelah 4 tahun berturut2 beraya di KL (5 tahun secara kumulatif!), akhirnya, family decided utk beraya di kampung ayah. Sungkai, Perak. Ya, tak jauh pun. kalau drive secara normal, mungkin mengambil masa dalam satu jam setengah atau dua jam. Kalau secara abnormal, mungkin boleh sampai dlm masa 45 minit atau berhari-hari. Tapi kalau berjlan kaki... aku tak pasti.

Tak ikut highway pun. Cuma ikut jalan lama. Menyusuri Ulu Yam, Ulu Yam Baru, Batang Kali, Rasa, Kerling, Tanjung Malim, Behrang, Slim River, Trolak... sebelum ternampak stesen minyak Petronas beberapa ratus meter sebelum simpang tiga menuju ke Sungkai.

Malam raya tu, aku balik ke kampung bersama Angah. Dan anaknya.

Alhamdulillah, semalam, kitorang semua dah selamat sampai dan kembali ke KL. Penat, letih, dan macam2 jugalah rasanya. Dan yang nyata, Raya kali ni, aku memang tak banyak muncul dalam kamera digital. Sebab? Aku je yang asyik menangkap2 gambar semua orang. Tak adil pulak rasanya! Hahaha. Tapi, mengambil gambar itu satu kepuasan. Walaupun masih belum memiliki DSLR. Haih! Memandangkan esok hari lahir aku, mungkinkah akan ada seseorang yang akan menghadiahkan aku DSLR satu?

Raya tahun ni mungkin sederhana bagi aku. Tapi, dalam kesederhanaan itulah aku mula mengerti dan cuba untuk menikmati kesedapan beraya bersama keluarga. Yang mana sebelum ni agak sukar untuk aku temui kenikmatan itu.

Salam Aidilfitri sekali lagi kepada semua rakan blogger dan pembaca.

Dan selamat bekerja dan belajar semula!

Oh ya, raya korang camne lak?

NUke

5 Comments:

  1. Faizal Sulaiman said...
    wohhh

    seronok tak raya kampung?duit raya ada baki lagi?hehehehehe

    raya aku ok je.ada publish dlm entry ..semalam kut


    ps:warna baju raya kita sama la bro:))thn ni aku tengok banyak gila pakai baju merah.seksi.LOOOOOL
    Mel said...
    oi... duit raya??? ='(
    eqbalzack said...
    samala bro...raya kl je...jalanraya 'heaven' sgt! hehe
    chentaMAYA said...
    sronok je bace entry owg balik raye~
    NUke_Rude said...
    faizalsulaiman:
    hoho. itu baju lama. pakai time raya ke2. thn ni baju mlayu warna hitam. duit raya lak tidak berbaki. hahaha. wahahah!

    liz:
    u mana boleh dapat duit raya. u dah besa!!

    eqbal:
    yeap. kalo raya kat KL mmg best. happy je. mmg jln sgt heaven.

    maya:
    heee.. terima kasih. raya kamu camne?

Post a Comment




Segala kenyataan yang terdapat di dalam laman ini hanyalah pandangan peribadi penulis sahaja; dan tidak wajar dijadikan rujukan ilmiah. Semua nukilan adalah karya asli NUke_Rude MELAINKAN setiap perkara yang telah diperjelaskan sumber-sumbernya. Sebarang paparan semula adalah dilarang tanpa kebenaran bertulis. Penulis tidak bertanggungjawab atas kesan daripada salah laku yang disebabkan oleh tindakan pembaca itu sendiri.

 

K2 Modify and NUke Rude Blog 2010 | Use it. But don't abuse it.